Tidak semua kelahiran berlaku dengan mudah. Bagi sebahagian ibu, setiap kali melahirkan anak, mereka perlu melalui pembedahan caesarean (C-section) iaitu satu prosedur besar yang melibatkan risiko kepada rahim dan kesihatan keseluruhan.
Bila sudah tiga kali melalui pembedahan ini, ramai ibu tertanya-tanya mengapa doktor mula menasihati mereka untuk mempertimbangkan prosedur ikat selepas czer, atau nama perubatannya bilateral tubal ligation (BTL). Adakah ia bermaksud tidak boleh hamil lagi? Atau sekadar langkah keselamatan?
Dr. Malar & Dr. Lisa Terangkan Sebab Di Sebalik Saranan Ini
Baru-baru ini, Dr. Malar Santhi Santherasegapan, seorang doktor dan pempengaruh kesihatan media sosial terkenal, berkongsi penjelasan penting di platform Threads bersama Dr. Lisa Eik Lee Cil Cah, pakar sakit puan dari sebuah hospital swasta di Cheras.
Mereka menjelaskan bahawa selepas tiga kali pembedahan caesarean, risiko komplikasi meningkat dengan ketara bukan sahaja semasa pembedahan, tetapi juga pada kehamilan seterusnya.
Ads
Menurut mereka, antara risiko utama yang sering menjadi pertimbangan doktor ialah:
Lekatan tisu (adhesion) yang semakin teruk dan boleh mencederakan organ berdekatan seperti pundi kencing atau usus.
Dinding rahim menjadi semakin nipis, meningkatkan risiko rahim pecah ketika hamil atau bersalin.
Uri melekat pada parut lama (placenta accreta), yang dalam kes serius boleh menyebabkan pendarahan teruk hingga memerlukan pembuangan rahim (histerektomi).
‘Ikat’ Bukan Nak Halang Rezeki Anak, Tapi Untuk Lindungi Ibu
Dr. Malar menjelaskan, saranan untuk melakukan ikat selepas czer bukan bertujuan menafikan rezeki atau menutup peluang hamil, sebaliknya demi keselamatan dan kesihatan ibu yang telah melalui banyak pembedahan besar.
“Atas faktor keselamatan ibu, kebanyakan doktor akan mencadangkan untuk melakukan BTL selepas pembedahan kali ketiga,” kata Dr. Malar.
“Namun, keputusan akhir tetap bergantung kepada ibu dan pasangan selepas berbincang dengan doktor pakar obstetrik dan ginekologi (OBGYN).”
Prosedur BTL ini biasanya dilakukan serentak semasa pembedahan caesarean terakhir, bagi mengelakkan risiko pembedahan berulang. Ia bersifat kekal, jadi keputusan perlu dibuat dengan penuh pertimbangan dan persetujuan bersama pasangan.
Ads
Pengalaman Ibu-Ibu: Antara Keputusan & Keyakinan
Dalam ruangan komen perkongsian Dr. Malar, ramai wanita tampil berkongsi pengalaman peribadi mereka menjalani prosedur ikat selepas czer selepas tiga kali pembedahan caesarean.
“Kehamilan ketiga saya dirancang sebagai elective c-section dan doktor cadangkan BTL. Ramai terkejut sebab usia baru 30-an, tapi saya dan suami sepakat. Badan kita, kita yang jaga,” kongsi seorang pengguna.
Ads
“Saya pula dah tiga kali czer, tapi doktor tak mahu ikat sebab luka cantik dan sembuh elok. Katanya boleh cuba lagi sebab anak semua lelaki. Tapi saya rasa cukuplah tiga,” tulis seorang lagi ibu.
Ada juga ibu yang tidak disarankan melakukan BTL kerana keadaan rahim masih baik, dan mereka hanya dinasihatkan menggunakan peranti intrauterin (IUD) untuk menjarakkan kehamilan.
Ilmu Reproduktif Patut Didedahkan Lebih Awal
Menariknya, ramai warganet berpendapat bahawa topik seperti risiko selepas banyak kali caesarean dan pilihan perancangan keluarga ini sepatutnya diterangkan lebih awal — contohnya ketika kursus praperkahwinan atau sesi kaunseling keibubapaan.
“Dicadangkan ketika kursus kahwin diselitkan penerangan begini supaya bakal suami dan isteri sama-sama faham. Bukan sekadar topik ringan yang buat peserta segan,” tulis seorang pengguna Threads.
Pesanan Pa&Ma
Setiap ibu berhak membuat pilihan yang terbaik untuk diri dan keluarganya. Prosedur ikat selepas czer bukanlah hukuman atau penafian terhadap rezeki anak, tetapi satu langkah keselamatan apabila risiko kehamilan semakin tinggi.
Bincanglah dengan doktor pakar, fahami kondisi tubuh dan buat keputusan dengan tenang. Apa jua pilihan, yang paling utama adalah nyawa dan kesihatan ibu kerana di situlah bermulanya kasih, kekuatan dan kebahagiaan seisi keluarga.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tahniah diucapkan buat personaliti media sosial, Dr Fatin Liyana yang selamat bersalin anak ketiganya pada 20 April lalu.
Menurut kata Dr Fatin menerusi Instagramnya, due kelahiran anak ketiganya itu sepatutnya selepas hari raya. Namun si kecil ini memilih untuk bertemu ibu dan ayahnya lebih awal, iaitu seminggu sebelum raya.
Menerusi Instagramnya, Dr Fatin yang kini sedang berpantang turut berkongsi wajah si comel yang diberikan nama indah, Kayla.
“Look who’s here! Assalamualaikum anty & ankel.
“Nama saya Kayla Anwar Fazal, umur saya 8 hari. Sepatutnya saya lahir lepas raya, tapi saya rasa ada keberkatan jikalau lahir di bulan Ramadhan,” tulisnya berkongsi.
Malah menurut ibu cantik ini lagi, dia dan anaknya Kayla berada dalam keadaan baik dengan berat si comel, 3.2kg.
“Maka saya mengatur langkah untuk engaged dengan lebih awal. Saya lahir pada 20.4.2022 dengan berat 3.2kg.
“Ummi kata saya yang paling berat di antara semua siblings saya. Mohon anty & ankel doakan kesihatan Kayla ye,” tulisnya berkongsi.
Dalam pada itu, rakan-rakan selebriti dan pengikut setia Dr Fatin turut mengucapkan tahniah di atas kelahiran bayi ketiganya.
Terdahulu Dr Fatin mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Dr Anwar Fazal. Pasangan ini dikurniakan dengan dua cahaya mata, Ajda dan Nolan dan kini Kayla hadir melengkapkan bahagia pasangan ini.
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Syukur alhamdulillah, dah dapat sepasang! Aktres Tasha Shilla selamat melahirkan cahaya mata perempuan seberat 3.19 kilogram menerusi kaedah pembedahan sekitar 10.37 pagi (5 September).
Memetik laporan Metro, menurut suami Tasha iaitu Muhammad Atiq Idris, proses pembedahan yang memakan masa 45 minit itu berjalan lancar. Malah, Tasha dan bayi juga berada dalam keadaan baik.
“Alhamdulillah…Tasha selamat melahirkan anak perempuan secara pembedahan. Bayi dan Tasha juga berada dalam keadaan baik.
“Syukur kerana pembedahan selama 45 minit itu juga turut berjalan dengan lancar. Malah, saya juga berada di dalam bilik pembedahan untuk menemani Tasha.
“Saya berterima kasih kepada doktor kerana banyak memberikan penjelasan bagi memudahkan urusan pembedahan,” kata Atiq.
Pilih nama Nyla Kaadira
Terdahulu, Tasha atau pemilik nama penuh Natasha Sheila Abdul Razak, 35, memaklumkan bakal melahirkan cahaya mata kedua secara pembedahan.
Malah, pasangan itu juga sudah memilih nama Nyla Kaadira buat cahaya mata kedua mereka.
Tasha sebelum ini turut berkongsi keterujaan dikurniakan sepasang cahaya mata dan bersifat terbuka berkongsi pemilihan nama buat cahaya mata kedua mereka.
Tasha dan suami, Muhammad Atiq Idris mendirikan rumah tangga pada 28 Februari 2020.
Selain Nyla, pasangan itu turut dikurniakan cahaya mata Raees Zander yang kini berusia setahun lima bulan.
Semasa didatangi haid, ada segelintir ibu menyusu yang perasan bahawa penghasilan susunya sedikit terjejas.
Hal ini telah dikesan melalui kajian yang pernah dijalankan oleh beberapa penyelidik di Barat. Hasil kajian itu mendapati ia ada kaitan dengan tahap kalsium dan vitamin D (penyerap kalsium) yang menurun sepanjang tempoh fasa haid berlangsung iaitu di antara waktu ovulasi dan haid keluar.
Seperti yang semua orang sedia maklum, kalsium merupakan salah satu nutrien yang penting dalam penghasilan susu ibu. Malah dianggarkan lebih kurang 40% komposisi susu ibu itu pun terdiri daripada kalsium.
Sehubungan itu, anda tentu sedar bahawa keadaan fisiologi ibu menyusu itu sendiri sememangnya memerlukan keperluan kalsium yang lebih tinggi. Jika tahap kalsium menurun dan pada masa yang tiada usaha menambah bekalan kalsium atau mengekalkan tahapnya pada kadar yang mencukupi, sudah tentulah susu ibu tidak dapat dihasilkan pada tahap yang paling optimum.Tanpa pengambilan sumber kalsium yang mencukupi ketika haid, anda pasti berasa susah hati apabila bekalan susu ibu perahan mahupun amaun yang diminum oleh si kecil tidak mencukupi dan memuaskan seleranya.
Sebagai langkah mengatasinya, pastikan pengambilan kalsium setiap hari adalah konsisten sepanjang tempoh haid mahupun pada hari-hari biasa.
Tidak perlu risau berpanjangan kerana selepas tempoh haid tamat, penghasilan susu ibu anda akan kembali seperti biasa. Cuma ia akan kembali menghantui anda sekiranya keperluan kalsium tidak dipenuhi dengan secukupnya. Jadi, ambillah sumber makanan yang mengandungi kalsium atau suplemen pada kadar yang telah ditetapkan oleh pakar pemakanan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cara kenalkan telur kepada bayi dengan selamat, langkah demi langkah dari minggu ke minggu. Ketahui bila boleh mula, tanda alergi dan tip penting untuk elak risiko pada si manja.