Keibubapaan

“Doktor Cakap Dah Boleh Makan” Aidil Teruja, Kongsi Video Suapan Pertama Anak Di Usia 5 Bulan!

Share

Menunggu saat untuk memberikan suapan pertama pada anak ternyata cukup mendebarkan. Momen manis ini dikongsikan oleh suami pelakon cantik Fasha Sanda, Aidil Aziz yang memberikan makanan pejal pada anaknya pada usia genap lima bulan.

Menerusi sebuah video, Aidil berkongsi momen indah tu di instagramnya peribadi miliknya. Kata Aidil lagi, pemberian makanan pejal itu disyorkan oleh doktor selepas temujanji bersama doktornya diusia anaknya, Aisha Amaira berusia lima bulan.

“Aisha dah 5 bulan. Alhamdulillah.

“Pagi-pagi bawak pergi cucuk, doktor cakap dah boleh start makan. Selalunya baby 6 bulan baru boleh start makan.

“Takut dia tak pandai nak kunyah sebab tak biasa, asyik nenen je..So @fashasandha try bagi Aisha makan, tak payah ajar terus tahu. Semua excited,” katanya berkongsi.

Kata Aidil lagi, melihat aksi Aisha yang begitu teruja untuk makan membuatkan dia teringat pada satu pantun lama.

“Teringat satu pantun‼️

Sorong papan tarik papan,
Buah keranji dalam perahu,
Suruh makan dia makan,
Suruh mengaji dia tak tahu,” tulis Aidil lagi.

Perkongsian video Aidil itu mendapat reaksi para pengikutnya. Malah ada yang berkongsi turut memberikan anak suapan pertama pada usia lima bulan, selepas disyorkan oleh doktor.

Tidak kurang juga yang memuji wajah Aishah yang cukup comel persis wajah ayahnya.

 

Terdahulu, Aidil dan Fasha Sandha mendirikan rumah tangga pada 28 Mac 2019 dan selepas mengalami keguguran, Fasha selamat menimang cahaya mata pertama mereka, Aisha Amaira pada 7 Ogos 2020.

Artikel berkaitan: Penat Tau Jadi Cikgu Kat Rumah, Fasha Sandha Kongsi Rutin Dengan Anak, Harap Covid-19 Cepat Berakhir

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Kredit: @itsaidilaziz & @fashasandha

Published by
SRM