Menunggu kehadiran cahaya mata ke-3 ternyata satu debaran buat Memey Suhaiza. Walaupun dah dua kali melalui proses bersalin, pengalaman mengandung kali ini juga antara yang dinanti oleh mereka sekeluarga.
Berdasarkan apa yang dikongsikan oleh pasangan suami isteri ini, nampak gayanya rumah mereka akan dihuni oleh seorang puteri tak lama lagi. Jika betul alhamdulillah!
Sebelum ini Norman dan Memey dah pun dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, 5 dan Muhammad Dikhriz Hakim, 3 tahun.
Ads
Manakala perkahwinan terdahulu Norman hasil perkahwinan dengan Abby Abadi dikurniakan tiga anak iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Damia Hakim dan Maria Danisha Hakim.
Sumber: Ig Memey Suhaiza & Norman Hakim
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahukah anda, wanita hamil berpotensi mendapat diabetes gestasi jika pemakanan hariannya tidak dikawal langsung?
Oleh sebab itu, bagi mengurangkan risiko mendapat masalah kencing manis semasa hamil ini, ibu perlulah mengamalkan beberapa kaedah pemakanan yang tepat.
Apakah jenis makanan atau cara menurunkan gula darah pada ibu hamil agar tidak mendapat diabetes gestasi?
Ada beberapa cara menurunkan gula darah pada ibu hamil yang sangat mudah untuk dipraktikkan.
Mungkin sebelum ini anda tidak tahu mengenainya justeru adalah lebih baik untuk anda melihat kepada 7 cara yang kami kongsikan di sini.
#1. Kurangkan makanan manis
Tip pertama untuk wanita hamil menurunkan paras gula darah adalah dengan mengawasi pengambilan makanan yang manis. Ini merupakan langkah paling penting dan lazim walaupun untuk pesakit diabetes biasa.
Untuk mengelakkan gula darah anda meningkat naik secara mendadak, cuba kurangkan pengambilan makanan manis seperti kuih-muih, kek, minuman manis bahkan gula-gula.
Jika anda mengidam makanan manis, gantikannya dengan sumber lain seperti buah-buahan.
Namun, anda masih perlu mengawal pengambilan harian agar tidak makan buah secara berlebih-lebihan.
Tahukah anda bahawa air kosong tidak mengandungi sebarang kalori.
Selain itu, ia juga mempunyai beberapa khasiat lain yang membantu memastikan keseimbangan dan metabolisme tubuh agar berjalan dengan lancar.
Air kosong membantu anda mengurangkan keinginan untuk mengambil minuman manis selain mengekalkan diri untuk kekal hidrat.
Pengambilan air putih setiap hari mampu menstabilkan gula darah wanita hamil supaya tidak meningkat naik.
#3. Cara menurunkan gula darah pada ibu hamil: lakukan senaman ringan
Tip yang seterusnya bagi menurunkan paras gula darah wanita yang sedang hamil adalah dengan melakukan senaman ringan.
Namun, sebelum melibatkan diri dengan sebarang senaman, dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu. Jika doktor membenarkan anda untuk melakukan senaman ringan, barulah anda boleh melakukannya.
Senaman bukan sahaja membantu mengawal paras gula darah tetapi juga memberikan manfaat kepada pernafasan dan peredaran darah.
Cukup sekadar dengan berjalan-jalan di sekitar rumah pada waktu pagi dan petang.
Senaman juga boleh mengurangkan sakit-sakit belakang yang sering terjadi dalam kalangan wanita hamil.
#4. Ambil makanan yang mengandungi probiotik
Makanan yang kaya probiotik atau bakteria baik ini sangat diketahui membantu sistem pencernaan tubuh. Selain itu, ia juga boleh membantu mengawal paras gula darah dalam tubuh manusia.
Antara jenis makanan yang kaya dengan probiotik adalah seperti yogurt, keju dan susu.
Namun, ia tidak bermakna bahawa anda boleh mengambilnya tanpa had.
Anda masih perlu mengawal pengambilan harian walaupun ia baik untuk tubuh agar tidak berlaku sebarang komplikasi lain.
#5. Ambil jenis lemak sihat
Tidak semua lemak adalah jenis lemak yang buruk. Ada jenis lemak sihat dan bermanfaat kepada tubuh yang disebut sebagai lemak tidak tepu tunggal atau mono.
Antara contoh makanan yang kaya dengan jenis lemak tidak tepu ialah minyak zaitun, minyak kanola, buah avokado, kekacang, biji-bijian dan juga ikan salmon.
Kandungan lemak sihat yang diambil ini mampu mengawal paras gula darah sehingga menjauhkan diri kita daripada risiko mendapat penyakit diabetes.
#6. Cara menurunkan gula darah pada ibu hamil adalah dengan makan oat
Bijirin oat adalah salah satu jenis makanan yang memiliki indeks glisemik atau GI yang rendah.
Apabila jenis makanan itu rendah GI, maka ia akan mengambil lebih banyak masa untuk dihadam dan membuatkan perut kita berasa kenyang dalam tempoh yang lebih lama.
Pengambilan oat tidak sama dengan pengambilan nasi kerana oat tidak akan meningkatkan kadar gula darah anda.
Jika anda inginkan hidangan oatmeal yang lebih enak dan berkhasiat, tambahkan juga hirisan buah-buahan seperti kekacang, buah pic, pisang dan juga buah beri ke dalam mangkuk oat anda.
#7. Ambil sumber makanan berprotein
Protein juga mampu mengawal kadar gula dalam darah wanita hamil agar ia sentiasa stabil.
Selain itu, protein juga boleh membuatkan kita berasa kenyang dengan lebih lama. Antara jenis makanan yang kaya dengan kandungan protein adalah seperti ikan, daging tanpa lemak, ayam, dan juga telur.
Elakkan makanan ini juga!
Selain mengambil beberapa jenis makanan seperti di atas, ada juga beberapa jenis makanan yang perlu dielakkan bagi menurunkan paras gula darah.
Antaranya ialah minuman beralkohol, makanan segera, makanan bergoreng, dan juga makanan yang tinggi kandungan kanji seperti nasi putih dan kentang.
Dengan mengamalkan beberapa cara menurunkan gula darah pada ibu hamil seperti ini, anda bukan sahaja boleh mengelakkan diri daripada mengalami diabetes gestasi, malah risiko beberapa penyakit kronik lain.
Kredit: Hello Doktor
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
“Bang, Isteri saya yang pregnant teringin sangat masakan Khairul Aming. Saya masak tiru resipi Khairul Aming pun dia kata tak sedap. Bantuin Bang”
Kicapan yang di hantar oleh Ashrafhmas pada Khairul Aming, namun tak disangka-sangka Khairul Aming membalas kicapan tersebut dan meminta untuk Ashraf menghantar mesej personal kepadanya.
“Wah tahniaahhhh! duk kat kl kan? roger je nak makan apa. Pm tepi”
Terkejut dan tak menyangka Khairul Aming membalas kicapan tersebut, Ashraf sangat gembira sehingga tak dapat tidur malam katanya. Akhirnya hasrat isterinya yang hamil mengidam nak makan makanan yang dimasak oleh Khairulming tercapai jua.
Meriah sungguh menu untuk ibu hamil. Untungnya dapat merasa air tangan Khairul Aming kan?
Sempat lagi bergurau minta baby bakal lahir untuk mengikutinya di Instagram.
Khairul Aming antara chef selebriti di Instagram yang terkenal dengan video-video masakanya yang bersahaja tetapi nampak menarik dan sangat sedap. Penyampaian yang berstail dan intro bersahaja “hei whatsup guys” diselit pula dengan lawak jenaka dalam setiap video membuatkan Khairulming diminati ramai.
Semoga isteri Ashraf dipermudahkan urusan melahirkan baby nanti. Semoga rezeki Khairulming mencurah-curah kerana tak lokek berkongsi resipi masakan dan tak sombong dengan peminatnya.
Followers Pa&Ma yang nak dapatkan barangan bayi dengan harga murah, dapatkan di SINI.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mengandung kali ini tak ada mabuk langsung. Itu yang dikongsikan oleh isteri kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Shahida.
Shahida yang kini mengandungkan anak kelima dan kandungannya mencecah lima bulan menganggap kehamilan ini rezeki baginya walaupun pada awalnya telah mengalami keguguran setelah disahkan hamil anak kembar.
Namun rezeki masih berpihak kepada pasangan itu apabila satu lagi janin terselamat dan sudah mempunyai denyutan jantung.
Walaupun di peringkat awal kehamilan telah diuji dengan kehilangan satu kembar, Shahida akui sangat bersyukur Allah permudahkan urusan hami. Allah tu adil!
“Mengandung kali ini langsung ada mabuk. Cuma awal mengandung muka naik jerawat terlalu banyak.
“Jika mengandungkan Yusoff dulu, alahan teruk sangat hingga apa yang dimakan akan keluar balik. Harapnya kali ini kandungan baik-baik saja dan sihat sehingga melahiran nanti.
“Cuma yang risau walaupun makan banyak, berat tetap sama hingga doktor pun bising,” kongsinya.
Peminat Teka Baby Girl!
Terbaru, dalam satu perkongsian Shahida jelas nampak ‘baby bump’ di perutnya yang makin membesar.
“Dr kegemaran, nak bersalin je mesti cari Datin Dr Suhaiza. Last checkup before nak jalan jauh. Dr cakap jangan banyak jalan, uri dah ke bawah. InsyaAllah dipermudahkan,” tulisnya.
Posting tersebut meraih perhatian pengikutnya di Instagram yang rata-rata cuba untuk berteka-teki mengenai jantina cahaya mata kelimanya itu.
Sumber : Shahida Rashid
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak bongsu menyusul pergi sebulan selepas isteri dan anak sulung terkorban kemalangan jalan raya. Seorang bapa sekali lagi diuji apabila anak bongsunya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, hanya sebulan selepas kehilangan isteri dan anak sulung dalam kemalangan.