Rokok menjadi punca jangkitan kuman kepada paru-paru. Asap dan habuknya menjadi pelbagai masalah kesihatan kepada para perokok pasif termasuk bayi dan kanak-kanak.

Dr Ainul Farahin Kamalruzzaman membuat catatan di Facebooknya mengenai dua pesakit kecilnya yang mengalami masalah jangkitan kuman pada paru-paru gara-gara ahli keluarga merokok. Beliau menyelar tindakan bapa atau ahli keluarga yang merokok tanpa memikirkan orang sekeliling sehingga menyebabkan masalah kesihatan.

Doktor Dedahkan 2 Bayi & Kanak-kanak Alami Jangkitan Kuman Pada Paru-Paru Dalam Satu Malam,  Semuanya Gara-Gara Rokok

Kedua-dua pesakitnya mengalami simptom yang sama namun salah seorangnya mengalami demam. Simptom jelas ialah batuk, nafas laju dan dada melekuk. Kedua-duanya diberikan rawatan nebulizer dan terpaksa diwadkan untuk rawatan lanjut. Berikut ialah perkongsian Dr Ainul Farahin;

Malam menghampiri jam 12..

Masih ada lagi beberapa kes yg menunggu untuk dipanggil.

Aku panggil nama seorang pesakit.. Sambil membaca chief complaint ni kertas triage: ‘cough/fever x 1 day’

Masuk seorang ibu mendukung anak yg berusia 1 tahun 4 bulan.

Comel budaknya..

Tapi sayang, bila aku senyum kat budak tu, budak tu terus nangis..

Mungkin muka aku tak cukup comel? Atau muka aku macam hantu kaklimah yg menakutkan..

Known case of ‘aku suka budak, budak tak suka aku’

K fine.

“Dia kenapa, mak?”

“Dia demam, batuk2… “

“Berapa hari sudah?”

“baru ja harini.. Tapi teruk butul batuk, tidak pandei berenti. Nda mau tidur.. “

Sambil2 aku perhati je budak tu.

Nafas berombak2.

IKLAN

Cepat2 aku selak baju beliau.

Tudiaa… Punya laju nafas dia…Lekuk2 di dadanya pulak punya la dalam, kalau semut lalu nescaya terpeleot.

Doktor Dedahkan 2 Bayi & Kanak-kanak Alami Jangkitan Kuman Pada Paru-Paru Dalam Satu Malam,  Semuanya Gara-Gara Rokok

Jadi sebelum semut lalu dan terpeleot, aku perlu buat sesuatu…

Aku pun bagi la neb kat budak tu…

Tau tak neb tu apa? Neb tu singkatan untuk nekbat.

Sambil2 prepare neb, ak tanya2 lagi further history daripada emaknya.

“mak, ada sapa2 merokok ka di rumah kamu? Atau ada sapa2 suka merokok dalam kereta?”

“Ada… “

“siapa?”

“bapak dia… “

(haih… Mengeluh sekejap ak depan maknya)

IKLAN

” bapak ada diluar? “

” ada… “

” nanti saya nak jumpa dia”

*********

Doktor Dedahkan 2 Bayi & Kanak-kanak Alami Jangkitan Kuman Pada Paru-Paru Dalam Satu Malam,  Semuanya Gara-Gara Rokok

Sambil2 budak comel nombor 1 kena nekbat, aku sambung tengok kes lain.

Panggil lagi satu kes..

Masuklah ibu bersama anaknya umur 9 bulan.

Sekali lagi aku senyum kat budak comel nombor 2, dia bagi blank stare je.

K fine.

Pendek cerita, kisah budak comel nombor 2 ni sebijik dengan budak comel nombor 1 kecuali yg nombor 2 ni xde demam. Nafas pun laju, semut pun ada risiko terpeleot di dadanya. Nafas pun bunyi2.

Aku nekbat kan budak comel nombor 2. Tanya maknya, bapak perokok tegar.

IKLAN

“nanti saya nak jumpa bapak dia ya”

Maka, bisinglah ruang asma tersebut dengan teriakan dua budak yg di’neb’ sambil emak2nya struggle masing2 nak pegang budak yg menggelepar menangis bagaikan diberi gas beracun. Tak paham lagi sebenarnya kenapa budak suka nangis time neb tak selesa kut kan~

********

1 jam.. 2 jam..

Nekbat (nebulizer) dah, sedut kahak dah, bagi oksigen dah… Namun budak2 comel masih lagi berlekuk2. Ak pun refer doktor kanak2 untuk masuk wad.

Selepas 2 jam, baru bapak2 masuk cari anak2.

“encik bapak dia? ” sapa aku

” iya… “

” encik, anak encik kemungkinan masuk wad malam ni, jangkitan paru2 dia agak teruk, nafas laju sangat, perlukan oksigen.. Salah satu punca jangkitan yg teruk macam ni berlaku adalah disebabkan anak encik terdedah kepada asap rokok atau habuk2 rokok yg melekat di langsir rumah, karpet, baju encik, kerusi kereta dll..”

Saya nasihatkan encik untuk cuba kurangkan merokok, dan kalau boleh berhenti terus. Kalau tak boleh sangat, jgn merokok dlm rumah dalam kereta, lepas merokok salin baju mandi baru main dengan anak. Tapi lebih baik kalau encik boleh berhenti untuk kebaikan anak.”

*********

Doktor Dedahkan 2 Bayi & Kanak-kanak Alami Jangkitan Kuman Pada Paru-Paru Dalam Satu Malam,  Semuanya Gara-Gara Rokok

1) Tahukah anda kanak-kanak yg terdedah kepada asap/habuk rokok di rumah berisiko mendapat jangkitan bronkiolitis dua kali lebih teruk dan 5x lebih tinggi risiko memerlukan bantuan mesin pernafasan (masuk tiub pernafasan). [kajian University of Liverpool]

2) Tahukah anda 20-30% perokok pasif (dia tak merokok tapi dia hidu asap rokok sebab contohnya suami/ayah merokok) mendapat kanser paru2 dan 25-35% mendapat penyakit jantung. Ha tepuk!

3) Tahukah anda di kecemasan hospital, yg duk layan anak menangis masa neb tu majoritinya emak2, bapak main henset tunggu kt luar. Dan bila masuk wad, mak2 yg tunggu anak, bapak kalau tunggu, banyak yg kalau doktor tanya pasal anak semua tak tahu, esoknya tukar dah emaknya pula menjaga. Amboi, kamu yg merokok sampai paru2 anak tak bagus, emak2 yg menanggung sengsara.

4) Tahukah anda bapak2 sekalian, bahawasanya neb itu sebenarnya bukan nekbat? Apakah beza neb dan nekbat? Tanya la isteri anda.

5) Tahukah anda peribahasa ‘sayang anak tangan-tangankan, sayang isteri tinggal-tinggalkan’? Sambungan peribahasa tu adalah ‘sayang anak isteri, rokok tinggal-tinggalkan’.

Sumber: Dr Ainul Farahin Kamalruzzaman

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI