Air ketuban mempunyai pelbagai fungsi kepada janin. Sekiranya jumlahnya sedikit, boleh menjejaskan kehamilan. Ia hanya boleh dikesan menerusi ujian imbasan. Apakah kemudaratan yang boleh terjadi dan adakah ia boleh diatasi?

Menurut Dr Siti Aishah Daud, Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Subang Jaya Medical Centre air ketuban kurang atau oligohidramnios ialah keadaan di mana air ketuban yang kurang daripada paras indeks AFI kurang daripada 5sm.

Doktor Dedahkan 6 Punca Air Ketuban Kurang. Kalau Tidak Terkawal Boleh Jejaskan Janin

 

Ia hanya berlaku kepada kira-kira 4% kehamilan. Menurut Dr Siti Aishah, jika kes oligohidramnios berlaku pada enam bulan pertama kehamilan , ia akan meningkatkan risiko kecacatan pada bayi, keguguran, kelahiran pramatang (bersalin awal) atau bayi meninggal dalam kandungan.

PUNCA OLIGOHIDRAMNIOS

1)Gangguan genetik

Bayi mempunyai masalah buah pinggang dan saluran kencing. Oleh sebab itu, dia tidak berupaya untuk memproses air ketuban yang ditelan untuk dikeluarkan sebagai air ketuban semula.

2)Plasenta tidak berfungsi baik

IKLAN

Ia juga boleh disebabkan oleh plasenta tidak berfungsi dengan baik. Kemungkinan di mana aliran darah dan zat yang diperlukan janin tidak disalurkan secukupnya kepada janin menyebabkan penghasilan air ketuban menjadi sedikit.

3)Air ketuban bocor

Selaput ketuban bocor juga boleh menyebabkan jangkitan kuman. Ia selalunya berlaku semasa proses bersalin (in labor) atau ketika kandungan berusia sembilan bulan ke atas.

Doktor Dedahkan 6 Punca Air Ketuban Kurang. Kalau Tidak Terkawal Boleh Jejaskan Janin

4)Tekanan darah tinggi

IKLAN

Pra eklampsia atau kencing kotor juga boleh menyebabkan sawan kepada ibu. Pra eklampsia menyebabkan ditandai dengan sakit kepala, loya, penglihatan yang kabur dan sakit ulu hati. Ia hanya boleh terjadi selepas usia kehamilan lima bulan (20 minggu) ke atas apabila uri mula terbentuk.

5)Overdue

Apabila kandungan melebihi 40 minggu lebih , fungsi plasenta mula menurun. Dengan ini air ketuban akan menjadi sedikit.

6)Komplikasi kesihatan ibu

Ibu yang mempunyai masalah kesihatan akan juga boleh menyebabkan penghasilan air ketuban yang kurang. Antaranya ialah pra eklampsia, diabetes dan tekanan darah tinggi.

IKLAN

4 RISIKO MASALAH AIR KETUBAN SEDIKIT

Ibu perlu memahami keadaan yang dialaminya ini boleh menyebabkan pelbagai masalah kepada ibu dan janin.

  1. Tekanan kepada organ janin (yang berusia 20 minggu ke bawah) di mana pembentukan janin tidak normal seperti paru-paru tidak matang/ kembang, cacat anggota badan, keguguran dan bayi meninggal dalam kandungan.
  2. Kecacatan pada bayi iaitu pertumbuhan janin terbantut, bersalin awal atau pramatang, masalah kesukaran bernafas atau respiratory distress syndrome pada bayi serta pendarahan otak.
  3. Akan berlaku komplikasi semasa bersalin di mana berlaku himpitan pada tali pusat di mana menyebabkan aliran darah dan oksigen tidak lancar dan boleh mengakibatkan bayi lemas.
  4. Ia juga boleh menyebabkan aspirasi mekonium di mana bayi boleh tersedut najis sendiri.
  5. Air ketuban sedikit juga boleh meningkatkan risiko kelahiran secara pembedahan

Doktor Dedahkan 6 Punca Air Ketuban Kurang. Kalau Tidak Terkawal Boleh Jejaskan Janin

APA YANG IBU BOLEH BUAT JIKA DISAHKAN OLIGOHIDRAMNIOS?

Apa yang perlu dilakukan oleh mama ialah cuba untuk tidak panik apabila dimaklumkan air ketuban makin berkurangan. Antara usaha yang boleh dilakukan oleh  mama ialah;

  1. Membuat pemeriksaan imbasan pada janin lebih kerap bagi memeriksa sekiranya ada kecacatan pada bayi.
  2. Cuba mengawal tekanan darah supaya pada paras yang normal dan tidak meningkat menerusi kawalan pemakanan, pengurusan emosi dan sebagainya.
  3. Mengelakkan dehidrasi dengan minum lebih banyak air iaitu kira-kira 1.5 hingga 2liter sehari.

Doktor Dedahkan 6 Punca Air Ketuban Kurang. Kalau Tidak Terkawal Boleh Jejaskan Janin

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI