Apabila anak demam, ibu bapa yang akan berasa resah. Apatah lagi bila siangnya anak kecil cukup aktif tapi tiba-tiba demam di malam hari.

Paling membuatkan ibu bapa bimbang, apabila suhu anak terlalu tinggi hingga boleh menyebabkan anak terkena demam sawan. Situasi ini yang paling menakutkan dan sebolehnya nak dielak.

Sebagai ibu bapa, tip dari Dr Muhammad Uwais Al Qorni bila anak terkena demam sawan yang dikongsikannya sangat membantu bila berhadapan dengan situasi cemas ini.

Bila Anak Terkena Demam Sawan

Awal pagi sehari sebelum krismas, jam di dinding menunjukkan pukul 1pagi. Doc baru balik kerja, dah beberapa hari doc demam dan batuk-batuk. Anak doc yang paling bongsu, namanya Muhammad Thohir Al Haddad pulak berjangkit demam dari doc. Sejak maghrib tadi berpangku di paha ibunya, dengan kain basah di dahi.

Baru je doc nak melelapkan mata, doc dikejutkan dengan teriakan suara isteri doc, “Abang, anak kita keras bang!” Doc pun waktu tu menggunakan naluri doc sebagai seorang bapa untuk sambung tidur balik. Sekali lagi wife doc teriak itunjal kepala doc, “Abang! Thohir keras ni bang!” Suaranya mulai bernada ketakutan.

IKLAN

Baru doc sedar yang anak doc sudah terkena penyakit demam sawan atau dalam istilah perubatannya “Febrile seizure”.

Perkara paling menakutkan apabila anak yang anda kasihi demam dan terkena sawan. Namun apabila mereka terkena juga, walaupun sebagai seorang doc, terkedu juga seketika doc pada saat-saat itu. Kali pertama doc berdepan situasi begini pada anak sendiri.

Apa Patut Buat

IKLAN

Tiba-tiba doc teringat latihan doc ketika menjadi doc pelatih (HO) dahulu, mentor doc pesan :

  1. Bertenang! Jangan panik. Rekodkan waktu anak anda menghidap sawan dan tempohnya. Kerana maklumat ini amat penting bagi doktor kanak-kanakyang merawat
  2. Demam sawan adalah disebabkan suhu badan yang terlalu tinggi (lebih 38’C) Oleh itu, cepat tanggalkan pakaian anak anda untuk mengurangkan suhu badannya. Pastikan anak anda memakai pakaian nipis dan berlengan pendek sahaja. Jika suhu terlalu panas, boleh tinggalkan anak anda dalam keadaan ber”pampers”.
  3. Letakkan anak anda di atas kain bersih, dan dalam keadaan baring mengiring di sebelah kiri (Left lateral decubitus). Jangan sesekali meletakkan anak anda baring terlentang kerana ia boleh menyebabkan anak anda tersedak air liur/muntah.
  4. Keluarkan sebarang objek/makanan yang ada di dalam mulut anak anda untuk mengelakkan tercekik. Jangan sesekali sumbat sudu untuk mengelakkan rongga mulut anak anda cedera.
  5. “Mandi jerlum” boleh dilakukan sementara menunggu sawan reda. Istilah ini bukanlah bermaksud dengan cara memandikan anak, tapi cukup dengan mengusap anak anda menggunakan kain basah. Perlu diingat bahawa tiada bukti saintifik yang menunjukkan mandi jerlum dapat membantu meredakan demam sawan. Bahkan,jika anda terlalu cepat menurunkan suhu, anak anda mungkin menjadi biru dan menggigil (Hypothermia)!
  6. Ingat setiap keadaan yang berlaku. Contohnya keadaan anak mata, pergerakan kaki dan tangan serta samaada anak anda ada terberak/terkencing sewaktu sawan.
  7. Demam sawan akan reda dengan sendirinya selepas 15minit. Namun,janganlah tunggu di rumah sahaja. Selepas 5minit pertama, segeralah ke klinik berdekatan. Jika anak anda baru pertama kali menghidap demam sawan, bawalah anak anda terus ke hospital berdekatan.
  8. Demam sawan yang melebihi 15minit adalah tidak normal dan perlu menjalani pemeriksaan lanjut di hospital bagi mengenalpasti penyakit lain seperti meningitis.
  9. Pesakit demam sawan tidak semestinya akan menjadi sawan babi (epilepsy). Namun risiko untuk mendapat demam sawan yang seterusnya adalah tinggi iaitu sekitar 30%. Oleh itu, sentiasalah bersedia dengan membeli Thermometer dan ubat demam seperti Syrup Paracetamol/Syrup Ibuprofen setiap kali anak anda demam. Dua-duasama sahaja, jangan tanya doc yang mana satu lagi kuat ya. Kah kah kah
  10. Lagi satu sebab ramai yang berminat nak tau tentang Cafe au lait spot, atau tanda lahir pada anak ni ada kaitan kah dengan sawan. Tanda lahir ada banyak jenis dan bentuk, secara general doc panggil Neurocutaneous stigmata.

Doktor Ini Kongsi Pengalaman Anak Sendiri Terkena Demam Sawan Dan Tip Berdepan Situasi Cemas!

Ya! sekiranya anak anda memiliki tanda lahir, memang ada risiko untuk mendapat sawan.

IKLAN

Dari dulu lagi doc memang dah takut sangat, sebab antara anak-anak doc memang Thohir seorang sahaja yang ada tanda lahir Cafe au lait spot ni. Warnanya seperti warna nescafe susu. Sebab dalam bahasa France memang maksud dia Kopi susu.

Majoriti besar Cafe au lait spot ini adalah tidak berbahaya. Kaitan tanda lahir cafe au lait spot dan sawan adalah lebih penting untuk mendiagnosa penyakit lain seperti Neurofibromatosis type 1 dan McCune-Albright syndrome. Dalam kedua2 penyakit ini, tanda lahir akan biasanya membesar dan bertambah bilangannya.

Oleh itu, pesan doc, sentiasalah perhatikan bilangan dan saiz tanda lahir anak anda juga selain suhu badannya ya.

Namun itu tidak bererti anak yang tidak mempunyai tanda lahir tidak akan terkena demam sawan ya!

Nanti doc ada masa lapang doc akan karang artikel lebih detail tentang ini.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI