Apabila anak demam, ibu bapa yang akan berasa resah. Apatah lagi bila siangnya anak kecil cukup aktif tapi tiba-tiba demam di malam hari.
Paling membuatkan ibu bapa bimbang, apabila suhu anak terlalu tinggi hingga boleh menyebabkan anak terkena demam sawan. Situasi ini yang paling menakutkan dan sebolehnya nak dielak.
Sebagai ibu bapa, tip dari Dr Muhammad Uwais Al Qorni bila anak terkena demam sawan yang dikongsikannya sangat membantu bila berhadapan dengan situasi cemas ini.
Bila Anak Terkena Demam Sawan
Awal pagi sehari sebelum krismas, jam di dinding menunjukkan pukul 1pagi. Doc baru balik kerja, dah beberapa hari doc demam dan batuk-batuk. Anak doc yang paling bongsu, namanya Muhammad Thohir Al Haddad pulak berjangkit demam dari doc. Sejak maghrib tadi berpangku di paha ibunya, dengan kain basah di dahi.
Baru je doc nak melelapkan mata, doc dikejutkan dengan teriakan suara isteri doc, “Abang, anak kita keras bang!” Doc pun waktu tu menggunakan naluri doc sebagai seorang bapa untuk sambung tidur balik. Sekali lagi wife doc teriak itunjal kepala doc, “Abang! Thohir keras ni bang!” Suaranya mulai bernada ketakutan.
Baru doc sedar yang anak doc sudah terkena penyakit demam sawan atau dalam istilah perubatannya “Febrile seizure”.
Perkara paling menakutkan apabila anak yang anda kasihi demam dan terkena sawan. Namun apabila mereka terkena juga, walaupun sebagai seorang doc, terkedu juga seketika doc pada saat-saat itu. Kali pertama doc berdepan situasi begini pada anak sendiri.
Apa Patut Buat
Tiba-tiba doc teringat latihan doc ketika menjadi doc pelatih (HO) dahulu, mentor doc pesan :
Ya! sekiranya anak anda memiliki tanda lahir, memang ada risiko untuk mendapat sawan.
Dari dulu lagi doc memang dah takut sangat, sebab antara anak-anak doc memang Thohir seorang sahaja yang ada tanda lahir Cafe au lait spot ni. Warnanya seperti warna nescafe susu. Sebab dalam bahasa France memang maksud dia Kopi susu.
Majoriti besar Cafe au lait spot ini adalah tidak berbahaya. Kaitan tanda lahir cafe au lait spot dan sawan adalah lebih penting untuk mendiagnosa penyakit lain seperti Neurofibromatosis type 1 dan McCune-Albright syndrome. Dalam kedua2 penyakit ini, tanda lahir akan biasanya membesar dan bertambah bilangannya.
Oleh itu, pesan doc, sentiasalah perhatikan bilangan dan saiz tanda lahir anak anda juga selain suhu badannya ya.
Namun itu tidak bererti anak yang tidak mempunyai tanda lahir tidak akan terkena demam sawan ya!
Nanti doc ada masa lapang doc akan karang artikel lebih detail tentang ini.