Ramai ibu bapa yang bagi bayi mereka hisap puting kosong sebagai salah satu cara untuk memastikan si kecil kurang menangis dan meragam.
Betulkah ada orang cakap bayi yang kerap hisap puting akan mempunyai masalah gigi jongang? Jawapannya adalah ‘ya’ menurut Dr Ib Shah, seorang doktor gigi yang berkongsi info di twitter beliau.
Tabiat menghisap puting yang terlalu kerap menyebabkan gigi si kecil menjadi jongang kerana gusi mereka masih lembut dan membuatkan tulang dan gigi hadapan mereka terbentuk mengikut bentuk puting yang menyebabkan gigi depan terbuka.
Selain dari itu Dr Ib Shah turut memberitahu tabiat kanak-kanak yang suka menghisap jari juga boleh menyebabkan masalah jongang.
Ads
Begitu juga dengan tabiat sesetengah kanak-kanak yang suka letak lidah keluar kerana ia boleh mempengaruhi pertumbuhan gigi.
Punca Utamanya Adalah Tempoh Masa
Menurut Dr Ib Shah lagi lagi lama hisap puting atau jari, lagi tinggi kebarangkalian untuk gigi menjadi open bite
Ads
Beliau nasihatkan ibu bapa untuk kurangkan tabiat anak atau hentikan terus ia.
Tegasnya lagi walaupun bayi menghisap puting jenis ortodontik masalah jongang masih ada walaupun
peratusannya rendah lebih-lebih lagi jika ia terlalu kerap dihisap oleh si kecil.
Begitu juga dengan kes kanak-kanak menghisap jari. Risiko untuk jongang tetap ada tetapi agak berkurangan dan yang
penting cuba untuk hentikan tabiat tersebut kerana tulang masih lagi membesar.
Dalam kes ini, tindakan ibu bapa perlu tegas untuk menghentikan tabiat hisap puting dan jari di kalangan si kecil.
Ads
Bagaimanapun menurut Dr Ib Shah lagi, ketika anak masih bayi dan berusia bawah 2 tahun tabiat hisap puting boleh dipertimbangkan lagi.
Tetapi ia perlu dihentikan bila sudah berumur 2 tahun ke atas kerana gigi depan perlu bertemu satu sama lain.
Boleh dikatakan, semua rumah yang ada anak kecil pasti pernah atau masih ada dinding yang berconteng di rumah anda. Bukannya tanda anak nakal atau tiada disiplin tapi sebenarnya memang itulah fasa tumbesarannya.
Seorang anak yang aktif dan sihat pasti akan lasak. Itu salah satu petunjuk yang mereka sedang membesar dengan baik, seharusnya ibu ayah kurangkan memarahi mereka. Untuk menghadapi karenah anak-anak yang ‘banyak akal’ begini, anda perlu bijak memainkan peranan. Jangan marah, tapi gunakan pendekatan psikologi yang dapat membantu dia berfikir dengan lebih baik kelak.
Apabila mempunyai anak, anda bakal menghadapi cabaran untuk mengendalikan anak yang mempunyai pelbagai keletah. Namun ia normal bagi seorang anak yang aktif dan sihat. Untuk menjadi ibu bapa yang hebat anda perlu tahu cara bagaimana menghadapi keletah anak dengan cara yang betul. Ada 4 keletah si manja untuk anda selidiki.
Kanak-kanak pada usia ini sudah mula menunjukkan sikap membuat keputusan untuk dirinya. Oleh itu, dia akan menanggalkan pakaian sesuka hatinya apabila merasakan pakaian itu merimaskannya. Dia berasa seronok untuk memgambil baju di dalam almari dan memakai baju pilihannya.
Cara atasi:
Jelaskan kepadanya jika bajunya kotor sahaja perlu menukar baju. Baju bukan ‘alat permainan’ untuknya dijadikan permainan. Anda juga boleh membelikan permainan anak patung yang boleh dipakaikan dan ditukarkan baju.
Dinding rumah yang telah diconteng oleh si kecil memang mencabar kesabaran anda. Ia berlaku apabila dia sudah boleh memegang pen atau pencil. Ketika ini dia mula melukis garisan tidak tentu arah. Kemudian semakin pandai untuk melukis secara bebas mengikut gerak hatinya. Dia menconteng apa sahaja permukaan yang berdekatan dengannya termasuk dinding rumah anda!
Cara atasi:
Pastikan pen, pencil, pencil warna dan krayon disimpan di tempat yang tidak boleh dicapai oleh anak anda. Keluarkan ia apabila anda telah menyediakan ruang untuknya melakukan aktiviti menconteng pada kertas yang disediakan. Lebih baik jika kertas itu bersaiz besar. Pastinya anak anda seronok untuk menunjukkan hasil ‘karyanya’ yang hebat itu.
Ada sesetengah kanak-kanak yang sudah mencecah usia 24 bulan, sudah tidak selesa memakai lampin. Dia dengan mudah akan menanggalkan pelekat lampin itu sendiri. Terkadang terbuang air kecil atau besar di ruang tamu semasa tidak memakai lampin.
Cara atasi:
Inilah masa untuk latihan ‘potty training’! Ajar dia untuk mengenali tandas. Beritahu setiap kali hendak membuang air kecil atau besar mesti pergi ke tandas. Namun, latihan ini akan mengambil masa antara satu hingga dua minggu sehingga si kecil betul-betul memahaminya.
Anda perlu bersabar dalam tempoh ini untuk lap lantai jika si manja masih tidak dapat mengawal dan mengetahui waktu yang betul untuk dia membuang air kecil atau besar.
Si manja suka melakukan penerokaan dipersekitarannya. Termasuk mengetuk apa sahaja objek yang menarik minatnya termasuk periuk, mangkuk dan cawan plastik. Ia menjadi alat ‘muzik’ kegemarannya. Habis rak pinggan anda bersepah ‘dikerjakannya’.
Cara atasi:
Secara umumnya, tingkah laku ini meningkatkan koordinasi mata dan tangannya. Usia 18
bulan sehingga 24 bulan adalah usia aktif buat si manja. Dalam hal ini, anda boleh melibatkan si kecil dalam kumpulan muzik khas untuk kanak-kanak atau dikenali sebagaiAak s playgroup. Kelas itu mengajar pelbagai aktiviti termasuk bermain muzik, menyanyi dan bermain.
Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu ibu ayah yang selalu sangat mengetap bibir kerana menahan diri dari memarahi anak. Selamat mencuba!
Hisap jari sebenarnya tabiat biasa di kalangan anak-anak. Namun dah tidak jadi biasa apabila anak semakin meningkat usia tetapi masih menghisap jari. Menurut pakar kanak-kanak, anak menghisap jari kerana mahu menenangkan diri atau mendapat perhatian.
Walau bagaimanapun sampai bila tabiat atau ketagihan ini akan berterusan. Sebagai ibu bapa pastinya anda mahu lihat tabiat ini dihentikan secepat mungkin. Jadi bagaimana cara terbaik untuk hentikannya.
Berikut perkongsian dari Dr Wan Nurhana Wan Chek mengenai cara terbaik boleh diajar untuk anak lepaskan tabiat ini perlahan-lahan tampa perlu berkeras secara mendadak.
Anak hisap jari
Apabila anak menghisap jari yang paling terkesan adalah pertumbuhan gigi serta tulang muka anak.
Terutama bila anak-anak berusia 3 tahun ke atas. Budak 2 tahun ke bawah dianggap normal jika menghisap jari. Dipanggil thumb sucking.
Apakah kesan ” thumb sucking”
Mengapa anak ‘thumb sucking”/ menghisap jari?
Menurut catatan dari Puan Saleha Idris,
Anak hisap jari dari kecil kerana kurang mendapat keperluan asas yang cukup ataupun ketika mereka sedang explore dunia semasa kecil hingga terbiasa melakukannya.
Maka ia dipanggil habit atau kebiasaan.
Biasanya bayi menghisap jari kerana refleksi emosi seperti bosan, marah atau letih.
Cara nya untuk menghilangkan tabiat menghisap jari anak atau ‘thumb sucking’ :
1. Tawarkan hadiah untuk proses tukaran dengan hisap jari. Jika berjaya maka dipanggil peneguhan positif. Kerana tingkahlaku yang dikehendaki berhasil.
2. Hukuman
Apabila hisap jari letakkan perisa yang tidak disukai atau rasa pahit
3. Memberi pujian dengan menyebut usaha dan doakan. Bagus ani tidak hisap jari. Nanti kawan sayang ani. Jari ani pun bersih dan tak ada kuman . jari ani wangi. Allah suka orang bersih. Kalau Allah suka boleh masuk syurga.
4. Boleh sediakan carta plan tindakan tidak hisap jari. Kira satu hari berapa Kali. Dalam tempoh 20 hari fokus untuk kurangkan tingkahlaku dalam kekerapan.
5. Semasa anak tidur dan bedtime lakukan teknik tutup mata dan bayangkan kalau hisap jari nanti jari putus. Jari pun hilang. Sayang kan jari kita ada 5 tinggal 4.
Kemudian perlahan lahan dalam gelombang alpha beritahu dia esok mesti bangun tidur dengan gembira jari ada 5. Sebab kita tak makan jari.
Anak usia 3 tahun ke atas peniru no 1 mak ayah? Jika ada tak kena cepat cari penyelesaiannya. Macam tak percaya tapi inilah hakikatnya. Ini kerana ibu bapa adalah orang yang diperhatikan setiap hari oleh anak-anak. Bukan setakat perhati tapi juga meniru tingkah laku ibu bapa. Lebih-lebih lagi jika ada anak yang usianya 3 tahun ke atas, yang dah pandai memerhati dan meniru perlakuan.
Bukan setakat tingkah laku, tapi bahasa dan tutur kata juga turut ditiru. Menakutkan bila difikir-fikir. Yelah kadang-kadang kita sendiri tak dapat kawal perkataan yang keluar dari mulut.
Jadi setiap keputusan yang kita buat, setiap perkataan yang kita ucap, setiap tindakan yang kita ambil semuanya di bawah pemerhatian. Oleh siapa? Anak kita sendiri. Anak kita belajar dari kita. Sama ada positif atau negatif semuanya ditiru. Melalui blog Puan Nurul Aziyana, beliau telah berkongsi maklumat yang berguna untuk peringatan kita sebagai ibu bapa.
7 perangai anak akan belajar atau tiru dari ibu bapa adalah:
Jika bapa adalah jenis yang loving, caring, supportive layan ibu dengan hormat dan bermaruah, anak-anak akan buat benda yang sama pada isterinya nanti.
Tetapi kalau sebaliknya, memang tak mustahil dia akan buat seperti itu pada isterinya. Bila dia di ajar dengan keganasan, tak mustahil dia pun akan jadi ganas.
Kalau kita ni jenis boros, belanja ikut suka, anak pun insya-Allah jenis suka boros juga. Tapi kalau kita ajar mereka menyimpan duit sejak kecil dan uruskan wang dengan bijak, sampai besar pandailah mereka uruskan perbelanjaan.
Kalau kita suka merendah-rendahkan orang dan memarahi dengan bahasa kasar tak mustahil anak akan berperangai sama apabila dah besar. Terutamanya apabila dalam kereta dan kita terperangkap dalam jem, lepas tu maki orang sebab bawa kereta terlalu perlahan.Awas! anak akan dengar apa yang keluar dari mulut kita. Sama juga bila kita herdik orang di restoran kerana servis yang lambat.
Jika kita kurang ajar pada orang yang lebih tua dan berumur atau sentiasa melemparkan kata-kata kasar anak-anak kita juga akan membesar dengan kurangnya rasa hormat kepada orang yang lebih dewasa termasuklah kita sendiri sebagai mak ayahnya.
Anak-anak akan tahu kalau kita menipu. Mereka tahu jika kita cakap lain tapi buat lain. Cakap tak serupa bikin. Kalau sentiasa cakap tak betul, lama kelamaan anak-anak juga akan mula menipu kerana mereka sudah terbiasa dengan perlakuan yang tidak jujur.
Kalau kita makan banyak, selalu membazir, anak-anak juga akan terbiasa dengan keadaan macam tu. Mereka tidak akan menghargai yang sedikit. Lambat laun perasaan tamak juga mungkin akan bersarang dalam kehidupan mereka.
Walau bagaimanapun, jika kita pilih untuk menjalani kehidupan yang berdisiplin, anak-anak kita akan buat pilihan lebih baik (dan sihat) dengan kehidupan mereka.
Kalau kita selalu terlibat dengan kerja-kerja amal, bersedekah, amalan-amalan baik ini juga akan diikuti oleh anak-anak.Apa lagi kalau kita turut libatkan anak-anak dalam perkara ini contohnya hasil pengumpulan duit tabungan mereka, kita agihkan untuk tujuan sedekah.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!