Ramai ibu bapa yang bagi bayi mereka hisap puting kosong sebagai salah satu cara untuk memastikan si kecil kurang menangis dan meragam.
Betulkah ada orang cakap bayi yang kerap hisap puting akan mempunyai masalah gigi jongang? Jawapannya adalah ‘ya’ menurut Dr Ib Shah, seorang doktor gigi yang berkongsi info di twitter beliau.
Tabiat menghisap puting yang terlalu kerap menyebabkan gigi si kecil menjadi jongang kerana gusi mereka masih lembut dan membuatkan tulang dan gigi hadapan mereka terbentuk mengikut bentuk puting yang menyebabkan gigi depan terbuka.
Selain dari itu Dr Ib Shah turut memberitahu tabiat kanak-kanak yang suka menghisap jari juga boleh menyebabkan masalah jongang.
Ads
Begitu juga dengan tabiat sesetengah kanak-kanak yang suka letak lidah keluar kerana ia boleh mempengaruhi pertumbuhan gigi.
Punca Utamanya Adalah Tempoh Masa
Menurut Dr Ib Shah lagi lagi lama hisap puting atau jari, lagi tinggi kebarangkalian untuk gigi menjadi open bite
Ads
Beliau nasihatkan ibu bapa untuk kurangkan tabiat anak atau hentikan terus ia.
Tegasnya lagi walaupun bayi menghisap puting jenis ortodontik masalah jongang masih ada walaupun
peratusannya rendah lebih-lebih lagi jika ia terlalu kerap dihisap oleh si kecil.
Begitu juga dengan kes kanak-kanak menghisap jari. Risiko untuk jongang tetap ada tetapi agak berkurangan dan yang
penting cuba untuk hentikan tabiat tersebut kerana tulang masih lagi membesar.
Dalam kes ini, tindakan ibu bapa perlu tegas untuk menghentikan tabiat hisap puting dan jari di kalangan si kecil.
Ads
Bagaimanapun menurut Dr Ib Shah lagi, ketika anak masih bayi dan berusia bawah 2 tahun tabiat hisap puting boleh dipertimbangkan lagi.
Tetapi ia perlu dihentikan bila sudah berumur 2 tahun ke atas kerana gigi depan perlu bertemu satu sama lain.
Melatih anak bebas lampin memerlukan kesabaran tinggi kerana jika ibu bapa sendiri cepat merungut dan putus asa, automatik anak pun akan lambat nak belajar. Terkucil tu biasa di merata-rata tempat dalam fasa awal tapi kita tak boleh terus marah.
Kena cakap elok-elok dan perlukan sedikit pengorbanan masa dan tenaga. Jika anda sendiri tak bersedia, jangan salahkan anak. Anak kecil ni dia pun dalam proses belajar dan janganlah anggap sekali kita cakap terus faham ya.
Namun bagi anda yang nak tahu macam mana cara mudah nak ajar anak potty training, pengalaman Puan Rosmaizati Rashid ini mudah. Cara diajar pada anak perempuannya ketika itu adalah di usia 2 tahun 3 bulan.
Potty training Raanaafia at 2years 3months 5days
1.Intro apa itu kencing dan berak.
Sebelum start potty train taw, maksudnya belum mula potty train lagi. Just nak dia biasakan dulu apa itu kencing dan berak.
Macam Afia tiap kali mandi, mama suruh dia kencing dulu. Kalau dia berjaya kencing cakap “waa afia kencing”. Kadang-kadang je masa ni dia dapat kencing tak selalu. Mungkin kebetulan. Kalau dia tak kencing tak apalah, cuba lagi masa masa akan datang. Kalau buang air besar pula, tunjuk najis dia kat pampers tu. Cakap laa “eee afia berak”.
2. Ibu bapa sendiri kena bersedia
Kena ada kegigihan, kesabaran, nekad dalam diri. Lagi awal latih anak lagi mencabarlah cara nak train. Bila dia besar sikit tak ada masalah sangat sebab lagi senang nak dengar arahan.
Terkucil itu pasti dalam proses ni, kena banyak sabar, jangan putus asa. Penat sikit tak apa, nanti akan ada sinar di penghujungnya.
Untuk makluman ni kali ke-2 train afia, kali nie baru berjaya. First masa afia officially 2 tahun. Puncanya sebab mama la yang tak bersedia hahaha. Tak sabar dan cepat give up.
3. Set timer
Ajak anak ke tandas sekurang-kurangnya 15 minit atau 30 minit pada mulanya. Lepas tu kita cari rentak anak kita macam mana. Kalau dia minum banyak set kejap je. Kalau tak berapa minum set lama sikit.
Masa hari pertama dan kedua memang struggle sebab tak menentu. Set 30minit kejap dia dah kencing dulu, kejap dia tak nak kencing lagi. Selepas itu, ok dah, set sejam sekali.
Selepas seminggu dia dah makin pandai control her bladder so set at 2 hour once. Lepas tu tak pasang timer dah tunggu dia cakap atau kita yang ajak.
3. Sokongan dari suami
Sokongan suami sangat penting. Tambah-tambah bila kita latih anak yang usia kecil lagi. Sama-sama jayakan potty train ni. Jangan harapkan isteri sorang je.
Macam latih afia tengah pkpb, jadi daddy afia selalu kt rumah. So daddy banyak bantu. Alhamdulillah. Bila afia terbabas seorang bersihkan lantai, sorang bersihkan anak. Jangan ayahnya pula pergi marah atau jatuhkan semangat isteri nak potty train anak sebab anak asyik kencing merata. Apa pun tak jadi nanti. Terbantut nak train anak bila tak ada sokongan suami. Gittew
4. Kerap ingatkan anak
Mesti selalu kerap ingatkan anak kena kencing kat mana? Tanya soalan nak kencing pergi mana, nak kencing pergi toilet. So dalam otak dia akan tersimpan pesanan khidmat masyarakat mama daddy tu.
Boleh dikatakan 5-10 minit sekali kita orang ingatkan afia. Banyak kali tanya sampai afia pun malas jawab.
5. Explain bukan marah
Kalau anak terkucil terangkan elok-elok pada awalnya . Explain why can’t here! Explain and explain. Bukan terus nak marah-marah. Anak tak tahu pun benda tu salah. Kita la yang betulkan dan ajar.
Bagaimanapun, mama afia day 1 cakap baik-baik. Day 2 and 3 cakap sambil tepuk-tepuk manja gitu kat montot tu. Hahaha. Nak bagitahu yang mana mama marah kalau kencing merata. Bagi dia faham sikit benda tu salah.
6. Prepare environment
Sediakan potty toilet yang sesuai, yang comel atau yang senang digunakan untuk kanak-kanak. Selesa untuk dia gunakan dan dia pun rasa seronok nak potty kat toilet.
7. Pakai pakaian yang simple dan beli panties comel-comel atau kartun kegemaran untuk anak
Kenapa tak pakai potty pants je?? Sebab fungsinya dia lebih kurang pampers. Jadi anak kita tak dapat rasa air kencing mengalir masa dia terkucil. Bila pakai panties je, dia dapat rasa dan through accident, lesson are learnt.
8. Pintu toilet jangan tutup rapat.
Ini untuk mudahkan anak kita masuk tandas sendiri. Atau mudah untuk kita angkut anak masa nmpak anak kita tak tahan nak kencing dah.
(Ini yang di praktiskan dekat afia. Lain orang lain cara potty train anak, it’s just my personal tips. Moga bermanfaat.) Selepas seminggu afia dah free pampers siang dan malam.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak suka sangat pada satu buku dan selalu minta ibu ayah membacakannya. Wahai anak, tidakkah kamu bosan kerana ceritanya sama sahaja? Rupa-rupanya ia memberikan faedah kepada anak.
Umpama ayat-ayat yang telah dihafal, ibu dan ayah seolah-olah sudah ‘hafal’ setiap muka surat buku kegemaran anak. Tapi jangan bosan kerana ia adalah perkembangan yang baik untuknya terutama sekali penguasaan tatabahasa dan perbendaharaan kata.
PENGULANGAN
Pengulangan yang berterusan ini adalah cara terbaik untuk kanak-kanak belajar perkataan baru dan menguasai perbendaharaan kata yang seterusnya menggalakkannya minat untuk membaca dalam jangka masa panjang.
Menurut Dr Jessica Horst dari University of Sussex’s WORD Lab yang menjalankan penyelidikan mendapati mendapati kanak-kanak berusia tiga tahun berupaya mengenal pasti dan mengingat kembali sekurang-kurangnya enam perkataan apabila dibacakan sebuah buku berulang kali.
Menurut Dr Horst, hasil kajian susulan yang dilakukannya menunjukkan pembacaan atau pendedahan yang berulang kali kepada anak walau pun tanpa kemahuannya untuk mempelajarinya juga turut menyebabkan perkataan diingati.
Beliau juga menekankan supaya ibu bapa perlu meluangkan lebih banyak masa dengan anak dan membacakan mereka buku setiap hari. Tambahnya lagi, 1 dari 3 ibu bapa tidak membacakannya buku kepada anak.
Sesi pembacaaan sekurang-kurangnya 30 minit sehari boleh memperbaiki kemahiran membaca pada kanak-kanak dalam masa lima bulan.
KENAPA ANAK SUKA SATU BUKU DIBACAKAN BERULANG KALI
-Kanak-kanak belajar lebih cepat dengan hanya beberapa buah buku ialah kerana;
-Berulang kali membaca buku yang sama untuk kanak-kanak membantu mereka mempelajari kata-kata baru.
-Penceritaan berulang adalah cara terbaik untuk meluaskan perbendaharaan kata kepada kanak-kanak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perkembangan setiap anak kecil mungkin berbeza-beza, tapi jika ingin mengasah kemahiran motor halus anak, beberapa aktiviti yang akan menyeronokkan si kecil akan mengalihkan perhatian anak dari gajet.
Malah, tak perlu tunggu anak usia enam tahun untuk asah motor halusnya, takut nanti jejas pembelajarannya di tadika. Ini kerana kemahiran motor halus ini penting untuk anak-anak belajar menulis, zip baju, guna gunting dan sebagainya yang melibatkan pergerakaan jari.
Penguasaan skil motor halus amat penting untuk si kecil untuk menguasai pelbagai kemahiran sebelum ke sekolah. Mama dan papa boleh lakukan pelbagai 10 aktiviti ini di rumah untuk membantu mereka.
Penguasaan kemahiran motor halus amat mustahak untuk melakukan melibatkan penggunaan halus otot kecil yang mengawal tangan, jari dan ibu jari. Dengan perkembangan kemahiran ini, si manja dapat menyelesaikan tugas-tugas penting seperti menulis, memotong menggunakan gunting, menyuap makanan sendiri, membutangkan pakaian sendiri dan zip.
Mama dan papa boleh melakukan aktiviti rangsangan yang disarankan ini untuk membantu anak menguasainya. Lebih awal dilakukan maka lebih baik.
1.BERMAIN PASIR
Pasir sama ada pasir kinetik atau pasir biasa merangsang jari-jemari dan tapak tangan si kecil. Sediakan alatan yang lain seperti penceduk, trak kecil untuk mengangkut pasir dan acuan. Selain itu, isikan pasir ke dalam dulang dan biarkan si manja melakar di atasnya. Anda juga boleh membawa si kecil ke pantai dan ajaknya untuk membina istana pasir. Tentu dia seronok!
2.DOH MAINAN
Doh mainan memang sesuai untuk tujuan sensori motor halus. Dia bebas menguli, memicit, mencubit doh pelbagai warna. Ini adalah latihan yang baik untuk jari dan ibu jarinya. Berikan penggelek dan acuan untuk menjadikan permainan lebih menarik.
3.MENAMPAL
Menampal kertas mahu pun pelekat boleh menggalakkan si manja menggunakan tangannya. Anda boleh ajaknya membuat kolaj pelbagai bentuk seperti buah epal, payung dan sebagainya.
4.MENGKATEGORIKAN OBJEK KECIL
Objek kecil seperti butang, pompom, klip kertas dan tutup botol pelbagai warna boleh dimanfaatkan sebagai permainan si kecil. Anda boleh menyuruh si kecil mengasingkannya mengikut warna atau bentuk yang berlainan.
5.BUSY BOARD
Bermain dengan busy board ialah aktiviti yang bagus untuk si kecil. Ia menggalakkan penguasaan si manja untuk membutangkan baju, membuka tombol, membuka ikatan, memasang zip dan sebagainya.
6.MENYUSUN MENGIKUT BENTUK
Ambil sekeping kadbod dan lukis dua garisan iaitu zigzag dan berombak. Sediakan juga objek seperti kacang atau butang. Minta si manja untuk menyusun objek mengikut garisan-garisan ini. Penggunaan hujung jari untuk mengambil objek melenturkan otot jari dan tangan mereka.
7.MENJAHIT
Sediakan kadbod mengikut bentuk yang anda sukai dan tebuk lubang pada sekelilingnya. Berikan anak benang kasar atau tali dan minta mereka masukkan tali ke dalam lubang pada sekeliling kadbod. Ketika tangan memasukkan tali ke dalam lubang, mereka telah menggunakan jari dan serta koordinasi mata-tangan.
8.RANTAI PASTA
Sediakan semangkuk pasta penne dan seutas benang kasar yang bersaiz besar. Ajak anak untuk memasukkan benang ke dalam lubang pasta sehingga membentuk rantaian panjang. Anda boleh mewarnakan penne menggunakan pen penanda untuk efek yang lebih cantik dan menarik.
9.MENGGUNAKAN PENYEPIT
Anda boleh menyediakan objek seperti pompom, bebola kecil atau pasta penne berwarna dan biarkan si manja mengasingkannya mengikut warna menggunakan penyepit. Selain itu, boleh juga ajak si manja bermain air menggunakan syringe. Ia boleh menggalakkan penggunaan jari dan tangan.
10.MELAKAR MENGIKUT GARISAN
Melakar atau tracing adalah aktiviti yang baik untuk motor halus. Ia boleh dilakukan dengan membiarkan si manja melakar dengan meniru garisan yang telah anda buat pada kertas. Buku yang mempunyai latihan menyambungkan titik juga adalah saranan yang baik.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas insiden membawa dua lelaki ke dalam rumah, kali ini pempengaruh doctor selebriti, Dr Say diuji sekali lagi bila mana pembantu rumahnya mengasari anak ketiganya yang baru berusia 10 bulan.