Wanita hamil yang mengidam memang berbeza-beza rentaknya. Sukakan makanan manis, pedas dan masam itu biasa, tapi lain pula halnya jika asyik sukakan makanan yang pelik-pelik dan bahaya malah sukar di dapati.
Makanan yang satu ini pula, Roti Telur Gorang sentiasa ada di restoran mamak. Jadi tak hairanlah kalau wanita hamil teringin sangat untuk menjamahkan. Tapi awas, bahaya! Menurut Dr Kamarul Nor Saddan, sebaiknya elakkan kerana tersangatlah bahaya pada wanita hamil. Suami sila pantau ya!
Bahaya!
“Doktor, isteri saya ni asyik mengidam telur goyang. Bahaya tak?”
Jangan fikir bukan-bukan. Lelaki ni mengadu isteri dia yang hamil hari-hari nak makan telur goreng separuh masak. Dia risau kalau ia tak selamat.
Ads
Jawapannya: BAHAYA!
Boleh kena jangkitan bakteria yang menyebabkan simptom cirit-birit, muntah-muntah, kejang perut, dan demam tinggi. Jika ibu hamil kena jangkutamln ini, ada risiko berlaku keguguran kandungan.
Untuk elakkan risiko ini, kena pilih, simpan dan masak telur dengan betul.
1. Pilih telur yang tidak retak. Telur tidak retak pun boleh dicemari bakteria sebelum pembentukan kulit telur, namun yang tak retak lebih rendah risiko.
Ads
2. Bersihkan telur sebelum disimpan tapi tak usah sental kuat-kuat kerana itu akan menghilang lapisan perlindungan pada kulit telur dan sebabkan telur cepat rosak.
3. Simpan telur di dalam peti ais di dalam bekas tertutup supaya makanan lain tak tercemar. Suhu 0-4°C akan membantutkan pembiakan bakteria.
4. Bila nak guna telur, pecahkan telur dalam mangkuk dulu, periksa tembelang ke tak. Kalau OK, baru masukkan dalam kuali.
Ads
5. Masak telur sehingga masak sempurna agar kuman yang ada pada telur terbasmi. Jika resepi gunakan telur mentah, gunakan telur yang dipasteur.
*Telur pasteur tu apa?
Telur yang telah dibasmi kuman dengan teknik pempasteuran. Telur yang dipasteur, di paketnya ada ditulis. Harganya mahal sikitlah.
Telur yang tak pasteur, dan tak dimasak sempurna boleh akibatkan keracunan,l terutamanya untuk kanak-kanak di bawah usia 5 tahun, warga emas, wanita hamil, serta mereka yang punya imun yang rendah.
Jadi, hati-hati!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap anak ada rezekinya dan kehadiran dalam hidup suami isteri dianggap sebagai penyeri rumah tangga. Semestinya, setiap pasangan mempunyai perancangan masing-masing mengenai berapa orang anak yang diimpikan dalam keluarga.
Tambah pula, dengan keadaan ekonomi, cabaran nak membesarkan anak semua perlu difikirkan. Jadi ada yang selesa untuk menjarakkan kehamilan dengan membuat perancangan keluarga bagi memudahkan pihak suami dan isteri.
Namun begitu, ada sesetengah keadaan di mana pasangan suami isteri dapat dua cahaya mata dalam tahun yang sama.
Seperti kisah ibu ini, Puan Nurul Balqis, perancangan untuk merancang sendiri tak kesampaian apabila Allah berikan lagi zuriat yang kedua selepas melahirkan anak sulung pada awal tahun.
Dapat sepasang ‘kembar’ tahun sama
Menerusi perkongsiannya di TikTok atas akaun qizz.99, mulanya mereka suami isteri dikurniakan anak sulung pada Januari 2021. Namun Disember tahun sama, hadir pula anak kedua.
Ibaratnya bersalin anak kembar tahun sama, tapi beza bulan sahaja. Lagi seronok dapat sepasang. Anak sulung lelaki diberi nama Aryan Qalish (22 Januari 2021) dan kedua pula perempuan, Aryana Dahlia (30 Disember 2021).
Berkongsi ceritanya, ibu muda ini akui memilih untuk tidak pakai sebarang perancang kehamilan ketika dicadangkan oleh seorang jururawat. Namun tanpa disangka-sangka, hadir pula yang kedua selepas beberapa bulan melahirkan anak sulung.
Nurul Balqis, 21, akui bersyukur dikurniakan sepasang anak lelaki dan perempuan serentak dalam tahun yang sama. Malahan, dia juga akui tidak sabar menanti detik 2 beradik tersebut mula sekolah bersama-sama.
Tambah ibu muda ini, buat masa ini mahu berehat dahulu dan akan betul-betul merancang kehamilan seterusnya supaya tumpuannya boleh difokuskan pada dua beradik.
Perkongsian Nurul Balqis ini buatkan ramai tumpang gembira dan kagum dengan semangatnya yang positif. Malah kedua-dua kelahirannya juga secara normal. Moga abang dan adik dapat membesar dengan sihat bersama-sama.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kalau gugur mesti kena buat D&C atau tak? Peluang nak hamil adakah tipis lepas buat D&C. Apabila berhadapan dengan situasi keguguran, ramai wanita bimbang tentang keperluan menjalani prosedur D&C (dilation and curettage) dan sama ada peluang untuk hamil semula akan terjejas.
Kalau Gugur Mesti Kena Buat D&C Atau Tak?
Untuk menjawab persoalan ini, penting untuk memahami tujuan dan situasi di mana D&C diperlukan, serta bagaimana ia mempengaruhi peluang kehamilan pada masa hadapan.
“Salam doktor, saya ingin bertanya mengenai peluang untuk hamil semula selepas menjalani rawatan D&C akibat keguguran. Adakah prosedur ini boleh menjejaskan kesuburan saya?”
Setiap kali ditanya tentang keguguran, saya merasa simpati yang mendalam terhadap mereka yang mengalaminya. Dugaan ini memerlukan kesabaran yang tinggi, dan saya percaya terdapat hikmah di sebalik setiap ujian. Walau bagaimanapun, penting untuk memastikan kesihatan kembali pulih seperti sediakala.
Peluang Nak Hamil Adakah Tipis Lepas Buat D&C
Berdasarkan pengetahuan saya, tiada bukti saintifik yang menunjukkan prosedur dilation and curettage (D&C) untuk mengeluarkan sisa janin akibat keguguran akan mengurangkan kebarangkalian untuk hamil semula, sekiranya keguguran itu bukan disebabkan oleh penyakit kronik.
D&C itu sendiri bukan penyebab utama kesukaran untuk hamil. Sebaliknya, jika sisa janin tidak dikeluarkan, ia boleh menyebabkan pendarahan berterusan dan jangkitan yang akhirnya menjejaskan kesuburan. Prosedur D&C membantu membersihkan rahim dan mendorong pembentukan semula lapisan endometrium, yang penting untuk memastikan ovum yang disenyawakan dapat tertanam dengan baik.
Perlukah Semua Keguguran Menjalani D&C?
Keguguran, yang bermaksud kematian janin, memerlukan tindakan segera untuk mengelakkan komplikasi seperti jangkitan dan pendarahan. Sekiranya kehamilan masih awal (kurang dari 10 minggu), tubuh biasanya mampu mengeluarkan janin secara semula jadi tanpa memerlukan D&C.
Namun, jika usia kehamilan melebihi 10 minggu, doktor selalunya akan mengesyorkan D&C untuk memastikan semua sisa janin dikeluarkan sepenuhnya. Ultrasound sering digunakan untuk memeriksa sama ada masih terdapat sisa janin yang tertinggal di dalam rahim.
Sesetengah wanita memilih untuk membiarkan proses keguguran berlaku secara semula jadi tanpa menjalani D&C. Keputusan ini harus dibuat setelah memahami risiko yang mungkin timbul, seperti pendarahan berpanjangan, demam, atau sakit di bahagian bawah perut.
Bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan lain seperti diabetes atau gangguan ginekologi, D&C adalah pilihan yang lebih selamat untuk mengelakkan komplikasi serius. Namun, keputusan akhir hendaklah dibuat bersama doktor selepas perbincangan yang teliti.
Kehamilan Selepas D&C
Ramai wanita bertanya mengenai peluang dan tempoh menunggu untuk hamil semula selepas keguguran dan D&C. Dalam kebanyakan kes, tidak ada kajian yang menunjukkan D&C menjejaskan peluang kehamilan, selagi keguguran tidak berkait dengan penyakit kronik.
Doktor biasanya menyarankan untuk menunggu sehingga tiga kitaran haid sebelum mencuba untuk hamil semula. Tempoh ini memberi peluang kepada rahim untuk pulih dan membantu wanita bersedia dari segi emosi.
Wanita yang ingin mencuba hamil semula disarankan memantau kitaran haid mereka dengan teliti, menggunakan kalendar untuk mencatat permulaan dan akhir setiap kitaran. Selain itu, penggunaan Ovulation Predictor Kit (OPK) dapat membantu menentukan waktu subur.
Gunakan OPK bermula dari hari ke-10 selepas haid bermula, dan lakukan ujian sekurang-kurangnya 10 kali sebulan. Jika OPK menunjukkan hasil positif, ovulasi biasanya berlaku dalam masa 12-24 jam. Ketika ini, bersama suami adalah waktu terbaik untuk mencuba kehamilan.
Dengan mengikuti nasihat doktor dan memahami tubuh sendiri, kebanyakan wanita boleh hamil semula tanpa masalah. Semoga artikel ini dapat memberi pencerahan kepada mereka yang memerlukan.
Seorang ibu wanita tempatan melaporkan bayi lelakinya yang berusia lima bulan dilaporkan meninggal dunia ketika di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di kawasan Kangkar Pulai, Johor Bharu semalam.