Doktor terangkan ibu yang ingin bersalin secara normal selepas caeser boleh tapi perlu tahu risikonya. Rahim pecah & terpaksa dibuang sangat tinggi.Doktor ini jelaskan secara lanjut.
Menurut Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan ada kes ibu boleh bersalin secara normal selepas sekali bersalin secara pembedahan caesarean.
Keadaan berbeza sekiranya bersalin normal selepas bersalin secara pembedahan caesarean melebihi sekali. Pelbagai risiko perlu dihadapi oleh ibu dan bayi dalam kandungan.
Pendek kata, ia memang berisiko tinggi dan perlukan pantauan rapi. Kelahiran secara gentle birth/ bersalin di rumah adalah sangat-sangat tidak digalakkan!
Anak pertama (2004) :bersalin normal
Anak ke-2 (2006) : bersalin normal
Anak ke-3 (2009) : bersalin caesar
Anak ke-4 (2010) : bersalin caesar
Anak ke-5 (2012) : bersalin caesar
Anak ke-6 (2018) : BERSALIN NORMAL/GENTLE BIRTH KAT RUMAH – bayi meluncur laju disambut oleh suami. Alhamdulilah Alhamdulilah. Allahu Akbar!
Boleh ke selepas bersalin 3/4 kali caesar, lepas tu bersalin normal?
Sebelum ni saya pernah terangkan mengenai bersalin normal selepas 1 caesaer, bukan 2,3 atau 4 caesar. Bersalin normal lepas 1 caesar sememangnya digalakan selepas kaunseling selewat-lewatnya 36 minggu dengan doktor O&G.
Ads
4 PERKARA PERLU DIKETAHUI UNTUK BERSALIN NORMAL SELEPAS 2 KALI CAESAR
Ni nak cerita sikit. Kajian menunjukkan wanita dengan 2 caesar yang ingin melahirkan anak secara normal perlu tahu bahawa
1-kejayaan bersalin normal adalah 71.1%
2-kadar rahim pecah 1.36%,
3-kadar operation buang rahim meningkat
Ads
4-keperluan untuk transfusi darah meningkat jika dibandingkan dengan mereka yang ada 1 caesar dan cuba untuk bersalin biasa.
Segala maklumat ini perlu diberitahu kepada pesakit dengan teliti dan secara terangnya, supaya pesakit tahu risiko yang bakal timbul. Bukan hanya bercerita perkara-perkara yang indah sahaja, dan melenyapkan fakta. Pesakit mempunyai hak untuk mengetahui risiko yang boleh terjadi ini.
PERLU BERSALIN DI HOSPITAL YANG LENGKAP DEWAN BEDAH & TABUNG DARAH
Jika dah diterangkan mengenai risiko ini dan pesakit masih lagi bertekad untuk bersalin biasa walaupun sudah pernah caesar 2 atau 3 kali oleh pakar senior, pesakit hanya boleh bersalin di hospital dengan kemudahan dewan bedah kerana jika berlakunya mana mana komplikasi, kemudahan sudah ada, termasuklah adanya tabung darah.
Ads
Sebaliknya jika sedar akan komplikasi besar yang mungkin timbul ini, pesakit biasanya akan bersetuju dan mendengar nasihat doktor untuk caesar sekali lagi.
PESAKIT YANG PERNAH CAESER & INGIN BERSALIN NORMAL PERLU DIPANTAU RAPI
Penjagaan semua pesakit yang pernah ada caesar dan ingin bersalin normal adalah lain dari pesakit biasa. Penjagaan dititikberatkan dari segi ;
One to one care ( 1 misi kepada 1 pesakit ) – untuk penjagaan yang menyeluruh
Darah pesakit sudah diambil terlebih dahulu untuk jenis kumpulan darah dan standby jika perlu. Termasuk la intravenous access
Graf jantung anak (CTG) perlu dipasang dan dipantau secara terus menerus
Keadaan ibu dipantau secara berkala untuk mengenalpasti tanda-tanda awal rahim pecah. Misi dan staff dewan bersalin dah dilatih dan diajar kenalpasti tanda tanda ini.
Pemeriksaan jalan kelahiran setiap 4 jam untuk menentukan kemajuan proses bersalin, bukan dibiarkan sakit berpanjangan melebihi 6-8 am apatah lagi 16 jam. Kalau tk periksa cmne nak tahu ada progress ke tak? Bukan nak seluk suka-suka
Bila rahim pecah berlaku, bukan main main. Bayi boleh meninggal, ibu boleh kehilangan rahim, ibu boleh hilang banyak darah sehingga meragut nyawa.
Jangan ingat berjaya bersalin normal selepas 2 caesar tu adalah kejayaan. Anda mungkin selamat ketika itu, tapi untuk masa dan ketika yang lain nye, Wallahu a’lam.
Berhenti menzalimi diri sendiri. SAY NO to unsafe birth practices.
Pelakon Farah Nabilah yang baru sahaja selesai menjalani tempoh berpantang berkongsi wajah putera sulungnya dalam beberapa gambar yang dimuat naik semalam di Instagram.
Dalam hantaran tersebut, Farah memuat naik gambar-gambar sekitar majlis cukur jambul Andre Omar yang berlangsung pada Sabtu di kediaman mereka. dihadiri oleh keluarga terdekat, majlis tersebut meraikan Andre yang dilahirkan pada 22 Oktober yang lalu
Lengkap mengenakan persalinan putih, Farah berkongsi momen indah sepanjang majlis berlangsung sekaligus mendedahkan wajah anaknya buat pertama kali kepada umum.
“Assalamualaikum everyone! Today me, mommy and daddy dah habis pantang! & today is my cukur jambul day,” tulisnya.
Berkongsi kegembiraan ini, ruangan komen dihujani dengan komen dari wargamaya. Rata-ratanya turut memanjatkan rasa syukur dan teruja melihat wajah comel Andre.
Terdahulu, Farah mendirikan rumah tangga dengan suaminya yang merupakan seorang juruterbang, Mohamed Amirul Yunus pada Disember tahun lalu selepas dua bula mengikat tali pertunangan.
Comel Andre Omar, moga membesar jadi anak yang soleh untuk mommy dan daddy!
Sumber: IG Farah Nabilah
Mama jom take a break, jamu mata & shopping! Klik sini!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Apabila seseorang wanita selamat melahirkan, antara masalah yang biasa dialami ialah kenaikan berat badan. Hal yang sama turut dialami oleh pelakon terkenal Lisa Surihani.
Kredit: IG lisasurihani
Terkini, dia tampil lebih ramping daripada sebelumnya selepas selamat melahirkan anak keduanya, Yusof Leonne. Lisa kelihatan seperti anak dara, sedangkan tubuhnya berisi selepas bersalin tujuh bulan yang lalu.
Ekoran daripada muat naik gambar-gambar terkini di dalam Instagram miliknya, ramai pengikut memohon Lisa berkongsi rahsia kelihatan langsing yang telah diamalkannya itu. Lisa pula tidak lokek dan memberi tip-tip yang menurutnya memberi kesan buat dirinya tetapi mungkin tidak bagi orang lain. Walau bagaimanapun, tidak salah jika yang lain mencuba tip yang sama.
Terdapat empat tip yang diamalkan oleh Lisa untuk mengurangkan berat badannya.
Kredit: IG lisasurihani
1. Bertukar kepada beras herba ponni
Kebiasaannya umum menggunakan beras biasa. Namun dalam berusaha untuk mengurangkan berat badan, Lisa memilih untuk menggunakan beras herba ponni yang lebih tinggi kandungan serat. Walaupun diambil dalam jumlah yang sedikit, ia mampu membuatkan anda berasa kenyang.
2. Kurangkan gula dalam makanan dan minuman
Seperti yang diketahui ramai, gula adalah salah satu bahan yang boleh menyebabkan kenaikan berat badan jika diambil secara berlebihan. Untuk itu, Lisa seboleh mungkin mengurangkan pengambilan gula di dalam makanan dan minuman hariannya.
3. Amalkan intermittent fasting
Kaedah ini merupakan cara berdiet yang paling mudah dan tidak menyeksakan. Apa yang perlu dilakukan ialah membahagikan masa selama 16 jam untuk berpuasa dan 8 jam untuk makan. Cara amalan ini bergantung kepada individu.
Anda boleh menggunakan waktu malam untuk mula berpuasa. Contohnya bermula daripada jam 8 malam hingga 12 tengah hari keesokan harinya. Manakala 8 jam selebihnya anda boleh makan dengan kerap tetapi dalam jumlah yang sedikit dan terkawal. Dalam masa yang sama, anda perlu minum lebih banyak air kosong dan sebaik-baiknya elakkan minuman mahupun makanan yang manis.
4. Lakukan senaman
Anda tidak perlu melakukan senaman yang berat. Boleh lakukan apa sahaja jenis senaman asalkan badan sentiasa fit.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini kita sedia maklum sudah ada sedikit kelonggaran untuk keluar rumah, namun kerajaan masih menyarankan agar rakyat kekal berada di rumah jika tidak perlu keluar.
Akur dengan PKPB yang dilaksanakan, Hafiz Suip meraikan hari jadi isterinya, Nureffy Jasreel Abdullah serta ulang tahun perkahwinan mereka yang jatuh pada hari yang sama beberapa hari lalu hanya di hadapan kediaman mereka.
Menerusi laman sosial Instagram, Hafiz memuat naik ucapan istimewa sempena ulang tahun isteri dan perkahwinan mereka untuk tatapan umum.
“Saya nak mengucapkan selamat hari jadi dan selamat menyambut ulang tahun perkahwinan kepada ratu hati saya, @nureffyj.
“Terima kasih kerana memahami, menyayangi dan sudi bersama mengharungi suka duka kehidupan dari pertama kita jumpa sampai sekarang.
“Saya doakan awak semoga awak menjadi isteri yang solehah, dipermudahkan segala urusan dunia akhirat dan semoga hubungan kita akan berkekalan hingga ke Jannah,” tulis Hafiz sebagai kapsyen.
Malah, meraikan dua hari istimewa ini yang jatuh di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), mereka sekeluarga hanya mengadakan sambutan di hadapan rumah sahaja.
“Kita celebrate depan rumah pun okay. Adik tidur, abang merajuk nak air merah aduhh! Lagi sekali, happy birthday my love,” ucap Hafiz lagi.
Menjenguk ke ruangan komen, ramai yang mendoakan agar perkahwinan mereka berkekalan sehingga ke akhir hayat.
“Happy birthday Fifi dan selamat ulang tahun perkahwinan buat Hafiz dan Fifi. Semoga berkekalan bahagia hingga ke syurga,” tulis seorang wargamaya.
“Comel je dah ada dua anak. Selamat menyambut ulang tahun buat Fifi dan Hafiz,” komen seorang wargamaya.
“Tahniah guys! Happy anniberseri-seri!” kata seorang wargamaya lagi.
Untuk rekod, Hafiz dan isterinya mendirikan rumah tangga pada 14 Mei 2016.
Pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata Muhammad Riyadh Zafri, 3, dan Alkaf Zayne yang baru berusia dua bulan.
Tahniah buat Hafiz Suip dan isteri atas sambutan hari ulangtahun perkahwinan yang keempat. Semoga bahtera rumah tangga yang dibina terus bahagia dengan kehadiran anak-anak. Semoga bahagia sampai syurga!