Doktor terangkan ibu yang ingin bersalin secara normal selepas caeser boleh tapi perlu tahu risikonya. Rahim pecah & terpaksa dibuang sangat tinggi.Doktor ini jelaskan secara lanjut.

Menurut Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan ada kes ibu boleh bersalin secara normal selepas sekali bersalin secara pembedahan caesarean.

Keadaan berbeza sekiranya bersalin normal selepas bersalin secara pembedahan caesarean melebihi sekali. Pelbagai risiko perlu dihadapi oleh ibu dan bayi dalam kandungan.

Pendek kata, ia memang berisiko tinggi dan perlukan pantauan rapi. Kelahiran secara gentle birth/ bersalin di rumah adalah sangat-sangat tidak digalakkan!

Anak pertama (2004) :bersalin normal
Anak ke-2 (2006) : bersalin normal
Anak ke-3 (2009) : bersalin caesar
Anak ke-4 (2010) : bersalin caesar
Anak ke-5 (2012) : bersalin caesar
Anak ke-6 (2018) : BERSALIN NORMAL/GENTLE BIRTH KAT RUMAH – bayi meluncur laju disambut oleh suami. Alhamdulilah Alhamdulilah. Allahu Akbar!

Boleh ke selepas bersalin 3/4 kali caesar, lepas tu bersalin normal?

Sebelum ni saya pernah terangkan mengenai bersalin normal selepas 1 caesaer, bukan 2,3 atau 4 caesar. Bersalin normal lepas 1 caesar sememangnya digalakan selepas kaunseling selewat-lewatnya 36 minggu dengan doktor O&G.

Doktor Jelaskan Bersalin Normal Selepas Caeser Berkali-Kali Berisiko Tinggi. Rahim Boleh Pecah & Bayi Boleh Meninggal!

IKLAN

4 PERKARA PERLU DIKETAHUI UNTUK BERSALIN NORMAL SELEPAS 2 KALI CAESAR

Ni nak cerita sikit. Kajian menunjukkan wanita dengan 2 caesar yang ingin melahirkan anak secara normal perlu tahu bahawa

1-kejayaan bersalin normal adalah 71.1%

2-kadar rahim pecah 1.36%,

3-kadar operation buang rahim meningkat

IKLAN

4-keperluan untuk transfusi darah meningkat jika dibandingkan dengan mereka yang ada 1 caesar dan cuba untuk bersalin biasa.

Segala maklumat ini perlu diberitahu kepada pesakit dengan teliti dan secara terangnya, supaya pesakit tahu risiko yang bakal timbul. Bukan hanya bercerita perkara-perkara yang indah sahaja, dan melenyapkan fakta. Pesakit mempunyai hak untuk mengetahui risiko yang boleh terjadi ini.

Doktor Jelaskan Bersalin Normal Selepas Caeser Berkali-Kali Berisiko Tinggi. Rahim Boleh Pecah & Bayi Boleh Meninggal!

PERLU BERSALIN DI HOSPITAL YANG LENGKAP DEWAN BEDAH & TABUNG DARAH

Jika dah diterangkan mengenai risiko ini dan pesakit masih lagi bertekad untuk bersalin biasa walaupun sudah pernah caesar 2 atau 3 kali oleh pakar senior, pesakit hanya boleh bersalin di hospital dengan kemudahan dewan bedah kerana jika berlakunya mana mana komplikasi, kemudahan sudah ada, termasuklah adanya tabung darah.

IKLAN

Sebaliknya jika sedar akan komplikasi besar yang mungkin timbul ini, pesakit biasanya akan bersetuju dan mendengar nasihat doktor untuk caesar sekali lagi.

PESAKIT YANG PERNAH CAESER & INGIN BERSALIN NORMAL PERLU DIPANTAU RAPI

Penjagaan semua pesakit yang pernah ada caesar dan ingin bersalin normal adalah lain dari pesakit biasa. Penjagaan dititikberatkan dari segi ;

  • One to one care ( 1 misi kepada 1 pesakit ) – untuk penjagaan yang menyeluruh
  • Darah pesakit sudah diambil terlebih dahulu untuk jenis kumpulan darah dan standby jika perlu. Termasuk la intravenous access
  • Graf jantung anak (CTG) perlu dipasang dan dipantau secara terus menerus
  • Keadaan ibu dipantau secara berkala untuk mengenalpasti tanda-tanda awal rahim pecah. Misi dan staff dewan bersalin dah dilatih dan diajar kenalpasti tanda tanda ini.
  • Pemeriksaan jalan kelahiran setiap 4 jam untuk menentukan kemajuan proses bersalin, bukan dibiarkan sakit berpanjangan melebihi 6-8 am apatah lagi 16 jam. Kalau tk periksa cmne nak tahu ada progress ke tak? Bukan nak seluk suka-suka

Doktor Jelaskan Bersalin Normal Selepas Caeser Berkali-Kali Berisiko Tinggi. Rahim Boleh Pecah & Bayi Boleh Meninggal!

Bila rahim pecah berlaku, bukan main main. Bayi boleh meninggal, ibu boleh kehilangan rahim, ibu boleh hilang banyak darah sehingga meragut nyawa.

Jangan ingat berjaya bersalin normal selepas 2 caesar tu adalah kejayaan. Anda mungkin selamat ketika itu, tapi untuk masa dan ketika yang lain nye, Wallahu a’lam.

Berhenti menzalimi diri sendiri.
SAY NO to unsafe birth practices.

Sumber: Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak
Pegawai Perubatan
Kesihatan Wanita & Kehamilan

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI