Bila bayi dah mencecah umur setahun, tapi masih belum tumbuh gigi, ramai ibu bapa yang mulai risau. Macam-macam difikirkan dan di tambah pula dengan cakap-cakap orang sekeliling.
Jika diikutkan ada beberapa faktor yang menyebabkan anak lambat tumbuh gigi. Menurut Dr Izaza Mohd Zan setiap bayi tak sama. Ada yang dah tumbuh gigi awal dan ada yang lambat. Ikuti perkongsian ini.
Ada parents yang risau bila anak dah 12 bulan dan masih tak ada gigi. Ada beberapa faktor yang menyebabkan bayi lambat tumbuh gigi.
1. Faktor genetik, mak ayah kena confirm dengan kedua keluarga sama ada belah mak atau ayah yang ada masalah yang sama, iaitu anak tumbuh gigi lambat.
2. Anak kekurangan nutrisi makanan. Bayi yang sedang membesar perlukan pelbagai sumber nutrisi, mineral, vitamins A,C dan D dan juga kalsium serta fosforus untuk sihat.
3. Ada anak yang kurang aktif atau pertumbuhan lambat atau delay development juga akan mengalami lambat pertumbuhan gigi. Boleh rujuk pada pakar pergigian kanak-kanak sekiranya pada usia 18 bulan anak masih tidak ada gigi.
4. Hypotirodism adalah sejenis masalah di mana bayi mengalami perkembangan pembentukan tiroid yang kurang aktif dan boleh juga melambatkan pertumbuhan gigi.
5. Pada usia 13 bulan, bayi yang masih belum tumbuh gigi perlu dibawa ke pakar pergigian kanak-kanak atau Dr Gigi general untuk kepastian faktor gigi lambat tumbuh.
Rajin-rajin cek gigi anak, pada usia 3 tahun anak sepatutnya sudah ada 20 batang gigi dalam mulut.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ahli Fisioterapi Kongsi Kes Bayi 3-4 Bulan Belum Meniarap & Kepala Flat, Rupanya Tak Didedahkan Dengan ‘Tummy Time’
Bagaimana cara ibu ayah memantau perkembangan si Manja sejak dari 0 – 6 bulan pertama?
Baru-baru ini saya ada buat physio untuk bayi. Dah masuk 6 bulan masih belum meniarap, kepala pun flat. Rupanya mereka tak didedahkan dengan ‘tummy time’. Ibu bapa beri alasan tak tahu.
Pernah dengar ‘Tummy time’ ?
Tahukah ibu ayah apa peranan Tummy time?
Disini serba sedikit saya kongsikan manfaat bersama #aulorababy saya. Ammar dan Humaira.
Tummy time adalah dimana, si manja diletakkan diposisi meniarap ( dibawah pantauan ibuayah) selama beberapa minit dan beberapa ketika. Ia sebenarnya bermula dari awal kelahiran di dalam mggu ke 2.
Latihan Tummy Time ini menggalakkan si manja membina otot leher, badan ( trunk/ core muscles) menjadi kuat disamping membantu merangsangkan koordinasi tubuh badan untuk pergerakan yang seterusnya seperti :
✅ Memusingkan tubuh badan ( Rolling over )
✅ Merangkak ( Crawling )
✅ Menggapai/ Mencapai ( Reaching )
✅ Bermain ( Playing )
Tahukah ibu ayah, apabila si manja terlalu lama berada di dalam keadaan baring menelentang ( supine lying) dan tanpa pergerakan kepala kiri ke kanan ia menggalakkan otot leher si manja menjadi ketat dan cenderung mendapat Torticollis ( kepala senget sebelah ) kerana otot menjadi spasm.
Dan permukaan kepala simanja menjadi rata atau Flatened head kerana impak daripada graviti dan kekerapan bahagian occipital menerima tekanan . ( Hard surface )
Jadi ia cukup memberi kesan kepada pertumbuhan bayi anda.
Our constantly advice, ibu ayah keraplah melakukan beberapa aktiviti bersama si manja seperti:
✅ Neck Rotation activities
✅ Tummy Time
✅ Repositioning baby
Disini saya ada sediakan beberapa contoh untuk ibu ayah melatih anak untuk meniarap atau melakukan tummy time.
Selamat mencuba 😍
Kredit: Az Hani Physiotherapist
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hapuskan Amalan Beri Makan & Air Kosong Kepada Bayi 6 Bulan Ke Bawah Kalau Betul Sayangkan Anak!
Amalan beri makan dan air kosong kepada bayi 6 bulan ke bawah mungkin masih banyak berlaku di dalam masyarakat. Mama dan papa kalau betul sayangkan anak, hapuskan segera amalan ini!
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita bayi menemui ajal kerana pendarahan akibat diberikan bubur pisang oleh neneknya. Perkara ini amat mengecewakan. Justeru, ibu bapa dan penjaga bayi termasuk pengasuh dan ahli keluarga perlu memahami kepentingan penyusuan susu ibu dan memainkan peranan penting untuk menghapuskan amalan salah memberikan makan dan minum air kepada bayi enam bulan ke bawah.
Perlu diketahui bahawa bayi 6 bulan ke bawah sepatutnya hanya diberikan susu ibu tanpa makanan dan minuman. Penyusuan susu ibu secara eksklusif kepada bayi daripada lahir hingga enam bulan amat mustahak bagi menjamin kesihatan bayi pada tahap optimum.
4 KEPENTINGAN PENYUSUAN EKSKLUSIF KEPADA BAYI
Penyusuan susu ibu secara eksklusif kepada bayi dari lahir hingga enam bulan bermaksud tidak memberikan makanan atau minuman selain susu ibu. Penyusuan susu ibu secara eksklusif kepada bayi enam bulan ke bawah perlu dilakukan kerana;
- Kandungan khasiat dan nutrien dalam susu ibu mencukupi untuk pertumbuhan bayi sejak lahir sehingga usia enam bulan. Penyusuan susu ibu selama enam bulan tanpa makanan dan minuman lain tidak menjejaskan kadar pertumbuhan bayi.
- Penyusuan susu ibu secara eksklusif selama enam bulan dapat memastikan penyerapan zat besi yang optimum daripada susu ibu. Pengambilan bahan lain boleh mengurangkan penyerapan nutrien di dalam susu ibu seperti zat besi.
- Sistem pencernaan dan penghadaman bayi kurang daripada enam bulan masih belum matang untuk memproses makanan daripada pelengkap.
- Enzim-enzim penghadaman yang terlibat belum tersedia sepenuhnya. Oleh itu bayi mudah mendapat cirit-birit sekiranya makanan pelengkap diberikan lebih awal.
4 RISIKO PEMBERIAN AIR KOSONG KEPADA BAYI 0-6 BULAN
Bayi 0-6 bulan tidak perlukan air kosong. Amalan pemberian air kosong kepada bayi boleh mengakibatkan kesan negatif kepada kesihatan bayi. Berikut ialah empat impak buruk tabiat beri air kosong kepada bayi bawah enam bulan.
RISIKO KEKURANGAN ZAT
Pemberikan air kosong atau cecair lain (jus buah/ teh dan sebagainya) boleh mengakibatkan risiko kekurangan zat kepada bayi.
RISIKO PENYAKIT DAN JANGKITAN
Meningkatkan risiko penyakit dan jangkitan di mana air bertindak menghakis sautan pelindung penyakit yang dihasillkan oleh susu ibu. Air juga boleh menjadi pembawa kuman sekiranya ia tidak bersih.
RISIKO KERACUNAN AIR
Pemberian air kosong kepada bayi bawah enam bulan boleh meningkatkan risiko keracunan air. Air yang terlalu banyak akan mencairkan garam dalam darah dan menyebabkan suhu badan turun. Bayi menjadi kembung dan menyebabkan sawan tarik.
RISIKO KEGAGALAN PENYUSUAN SUSU IBU
Pemberian air kosong dapat meningkatkan risiko kegagalan penyusuan disebabkan oleh kurangnya rangsangan daripada bayi.
KEBURUKAN MEMBERI MAKANAN DAN MINUMAN LAIN KEPADA BAYI 6 BULAN KE BAWAH
Bayi yang menyusu susu ibu tidak perlu diberikan makanan atau minuman lain kerana ia boleh menyebabkan beberapa keburukan lain. Antaranya ialah;
- Mengurangkan kesan perlindungan daripada penyusuan susu ibu.
- Meningkatkan risiko jangkitan.
- Mengurangkan keinginan bayi untuk menyusu daripada payudara ibu yang seterusnya akan menyebabkan pengurangan penghasilan susu ibu.
- Boleh mengakibatkan keliru puting.
- Risiko obesiti kepada bayi.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Arif Jiwa Bakal Kuasai Dua Bahasa. 7 Fakta Mengenai Si Cilik Ini Yang Anda Mungkin Tidak Tahu
Arif Jiwa Asyraf, si comel ini sering kali dikenali dengan jolokan PipiPao. Selalu ceria dan Siapa tidak kenal instafamous cilik ini. Tapi ada 7 fakta yang anda mungkin tidak tahu mengenainya!
Pemenang trofi Si Cilik MeleTOP pada Anugerah MeleTOP Era 2018 (AME2018) ini memang ceria & happy baby.
Hr ni team @majalahpama shooting dengan @arifjiwaasyraf. Bg emoji ❤ untuk Arif, happy baby
A post shared by Majalah Pa&Ma (@majalahpama) on
Si kecil ceria yang dilahirkan pada 31 Mac 2017 yang sentiasa cergas dan ceria. Semasa kru PA&MA tiba untuk penggambaran kulit depan majalah, Arif menyambut kami dengan senyuman yang paling manis. Si kecil ini ternyata seorang morning person kerana mempunyai mood yang sangat baik seawal pagi. Melihat gelagat dan wajahnya yang manis pun boleh buat hati terhibur!
JAGA QC
Semasa photoshoot diadakan pelbagai lagu dinyanyikan Tya untuk menghiburkan Arif. Ada juga beberapa lagu yang diciptanya sendiri untuk Arif. Lagu daripada jam iaitu Good Morning Arif mampu membuatkan Arif menari riang manakala Baby Shark Do Do pula memberikan mood ceria.
Nak buat challenge jugalah Arif ?????? #kekechallenge
A post shared by Arif Jiwa Asyraf (@arifjiwaasyraf) on
Telatah yang paling lucu terjadi apabila dia memeriksa setiap foto yang dirakam jurufoto. Sehingga kru mengatakan Arif jaga quality control untuk setiap gambar! Proses fotografi juga berlangsung berjalan lancar kerana mendapat kerjasama yang baik daripada Arif dan Tya.
7 FAKTA MENGENAI ARIF JIWA
#1 Kata Tya, kalau mahu lihat Arif ceria, boleh main peekaboo dengannya. Dia suka main cak cak. Dan dia minat baca buku jenis bergambar. Selalunya masa untuk membaca ialah sebelum tiba waktu tidur siang Arif.
#2 Tidak sangka bayi yang ‘semangat’ ini rupanya baby susu ibu. Sehingga kini dia masih menyusu daripada ibunya. Tya berharap agar boleh menyusukan Arif sehingga usianya dua tahun.
#3 Syukur juga Arif tiada masalah makan. Semua makanan yang dimakan oleh Tya dia boleh makan tanpa masalah. Makanan kesukan Arif ialah strawberi. Arif sukakan buah-buahan yang masam. Limau dan mangga pun dia suka. Selain buah masam, dia juga menggemari avokado.
#4 Si cilik ini juga rupa-rupanya suka bermain air. Tidak seperti kanak-kanak yang menangis setiap kali waktu mandi, Arif pula gembira bila tiba waktu mandi. Dia akan seronok kerana tahu akan berpeluang untuk bermain air. Kata Tya, Arif memang suka kolam renang dan bermain di kolam renang.
#5 Saat pertama kali Arif berjumpa Siti Aafiyah atau lebih mesra dipanggil Aunty Princess oleh Arif, dia kelihatan teruja. Arif mahu memegang dan sentuh, maklumlah pertama kali melihat bayi kecil dia mungkin tertanya-tanya. Namun setelah beberapa kali berjumpa, Arif akhirnya faham Aunty Princess ialah bayi. Dia mula main cak cak dengan Aafiyah. Bila disuruh cium Aafiyah, dia cium. Tya juga mengajar Arif cara untuk bermain dengan ibu saudara kecilnya itu.
#6 Arif adalah berdarah kacukan Indonesia daripada ibunya dan Malaysia daripada ayahnya. Maka, sudah tentu Arif akan diajar kedua-dua bahasa Indonesia dan Malaysia. Harapan Tya agar Arif agar dia boleh berbakti kepada orang tua dan keluarga dan menjadi orang yang berguna untuk bangsa dan negara.
#7 Dia juga tidak kisah sekiranya anaknya mengikut jejak langkahnya menceburi bidang seni daripada kecil. Apa pun, Tya dan Asyraf perlu meneliti tawaran yang berikan agar ia bersesuaian dengan usia dan perkembangan diri Arif.
Sumber: Majalah PA&MA & Instagram Arif Jiwa Asyraf
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI