Gajet dan anak susah untuk dipisahkan jika dah dibiasakan dari awal. Walaupun banyak kes yang dikongsikan oleh pakar dan ibu bapa mengenai kesan penggunaan gajet ini, kita sebagai ibu bapa masih lagi kurang mengambil berat.
Berdasarkan perkongsian seorang ibu mengenai anaknya yang mengalami mata juling akibat penggunaan gajet yang dikongsikan oleh Pa&Ma baru-baru ini, Pensyarah & Optometrist, Dr Mohd Hafidz bin Ithnin, telah berkongsi pengalamannya mengendalikan kes yang hampir sama.
ARTIKEL BERKAITAN [“Jangan Menyesal Macam Saya!” Tengok Gajet Waktu PKP, Mata Anak Rabun & Juling]
Saya mengambil kesempatan untuk berkongsi pengalaman saya menguruskan kes yang hampir sama dengan kes yang dilaporkan oleh ibu tersebut.
Kes terkini yang saya uruskan adalah pada akhir Disember 2020 di mana seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun adalah pemain tegar E-sport sejak beliau berusia 12 tahun.
Beliau menghabiskan masa selama 4-5jam sehari menghadap smartphone atau laptop untuk bermain E-games. Pada musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan cuti sekolah, si anak bermain games tersebut dengan menggunakan smartphone atau laptop lebih 5 jam sehari.
Pada sekitar akhir November dan awal Disember 2020, ibunya perasan mata anaknya juling dan dilihat menghala ke arah hidung. Pada masa yang sama, dia juga mengadu penglihatannya tidak berapa selesa lagi seperti dahulu. Bagi memastikan keadaan anak tidak melarat, ibunya mengambil keputusan berjumpa dengan saya bagi mengatasi masalah tersebut pada akhir Disember 2020.
Setelah pemeriksaan dijalankan, memang ada juling iaitu mata menghala ke hidung selang seli. Saya mendapati bahawa masalah julingnya di sebabkan oleh sistem penglihatan yang terjejas (sistem fokus dan alignment) akibat penggunaan gajet yang terlalu lama setiap hari.
LAGI ARTIKEL BERKAITAN [Gara-Gara Tengok HP, Otot Mata Anak Bermasalah. Dr Beritahu Ambil Masa Untuk Pulih]
Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk memberikan cermin mata khas sebagai terapi bagi memulihkan masalah juling secara berperingkat dan saya jangkakan masalahnya dapat diselesaikan selama 6 hingga 12 bulan.
Dalam tempoh tersebut, dia perlu hadir temujanji susulan untuk dua bulan sekali bagi memantau keadaan beliau dan efektif rawatan yang telah diberikan.
Nasihat saya kepada diri sendiri, anak-anak dan ibu bapa:
– Kawal penggunaan gajet selama sejam sehari
– Sekiranya perlukan gajet untuk tempoh yang lama, pastikan ada rehat dalam 5 hingga 10 minit selepas penggunaan gajet selama sejam. Ulang semula langkah ini.
Penggunaan gajet tidak dapat dielakkan kerana ia adalah keperluan bagi memudahkan urusan kita terutama sewaktu pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Diharap perkongsian ini dapat membantu terutama pada tempoh PKP ini.
InsyaAllah, saya akan cuba sedaya upaya berkongsi maklumat tentang kesan penggunaan gajet terlalu lama pada mata selain daripada juling.
Dr Mohd Hafidz bin Ithnin,
Pensyarah/Optometrist
Kulliyyah Sains Kesihatan Bersekutu,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia,
Kampus Kuantan.
ARTIKEL MENARIK [Sekolah Mama! Bagus Idea Ibu Ini Penuhi Aktiviti Anaknya Di Rumah Musim PKP]
LAGI ARTIKEL MENARIK [Kenapa Anak 2 Tahun Ke Atas Suka Pukul? Sebenarnya Bukan Tabiat, Tapi Ini Sebabnya]
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)