Siapa sangka yang si kecil pun boleh ada resdung. Kalau anak anda asyik gosok hidung, mata, bersin dan selesema mungkin itu tanda-tanda dia menghidap penyakit allergic rhinitis atau resdung.
Ramai yang memandang mudah tentang penyakit ini walaupun ia boleh mendatangkan bahaya kepada penghidapnya terutama kanak-kanak. Ini kerana jika dibiarkan berlarutan, ia boleh membawa kepada penyakit sinusitis.
Menurut Dr Khairuzzana Baharudin, Pakar Bedah Telinga, Hidung dan Tekak (ENT), Hospital Pantai Ampang allergic rhinitis yang tidak dirawat lebih awal akan mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan seperti berikut:
1)Sekiranya selaput membran di dalam rongga sinus bengkak dan rongga tersumbat, ia akan mengakibatkan pelbagai komplikasi masalah kesihatan dan kuman boleh merebak hingga kepada bahagian mata dan telinga serta bahagian tekak apabila nanah mengalir ke bahagian tersebut.
2) Apabila kuman merebak ke bahagian telinga, ia akan menyebabkan telinga berdengung dan mengganggu pendengaran. Jika tiada rawatan segera, selain nanah meleleh keluar, nanah yang terkumpul boleh memecahkan gegendang telinga kanak-kanak berkenaan.
3)Sekiranya jangkitan pada telinga tengah, ia boleh menyebabkan kehilangan pendengaran.
4)Jika ia merebak ke otak yang akan menyebabkan meningitis (jangkitan selaput otak).
5)Menyebabkan jangkitan sellulitis dan merah pada bahagian mata yang akhirnya boleh menyebabkan risiko buta. Namun keadaan ini adalah amat jarang berlaku.
Apakah Resdung atau Sinus?
Sinus merupakan rongga-rongga di dalam tulang muka yang bersambung ke hidung melalui saluran-saluran yang sangat kecil. Sinus ini terletak pada bahagian muka, pipi di bawah mata, di antara dua mata, hanya sedikit di belakang hidung dan turut meliputi bahagian dahi seseorang.
Penyakit sinusitis mulai berlaku apabila mukus seperti hingus tidak dapat mengalir keluar dengan baik melalui rongga-rongga tersebut.
Biasanya, dengan bantuan silia atau dikenali sebagai “penyapu-penyapu” kecil dalam sinus akan menolak mukus keluar dari sinus ke dalam hidung.
Tetapi apabila ia tidak berfungsi dengan baik, laluan hidung akan tersumbat dan lendir ini akan berkumpul. Kuman (bakteria atau virus) boleh membiak di dalam rongga sinus ini.
Ini menyebabkan terhasilnya nanah dan pembengkakan di dalam lapisan hidung yang mengakibatkan anak mendapat sinusitis.
Lazimnya, sinusitis disebabkan oleh jangkitan bakteria yang akan berakhir dalam beberapa hari. Ianya bermula dengan selesema yang berlarutan diikuti dengan demam dan kesesakan dalam sinus yang akhirnya membawa kepada jangkitan sinus oleh bakteria.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Demam Kuning Disebabkan Susu Ibu? Teruskan Penyusuan Seperti Biasa Walaupun Lambat Turun
Demam kuning disebabkan susu ibu? ada ke?? Setahu kita, susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi baru lahir. Tapi bila ada doktor sendiri kata susu ibu tu yang buatkan demam kuning bayi meningkat, terasa sedih kan.. Lebih sedih bila tekad kita nak susu penuh dengan susu badan, tercabar dengan ujian dan dugaan macam ni.
Bagaimana boleh terjadi Breastmilk Jaundice?
Berdasarkan artikel yang ditulis oleh Dr. Zubaidi, terdapat beberapa teori untuk mengenal pasti punca berlakunya Breastmilk Jaundice:
Antaranya:
Teori pertama, susu ibu mengandungi epidermal growth factor (EGF) yang menghalang penghuraian bilirubin kepada bahan yang lebih mudah dikeluarkan dari tubuh. Dengan itu, bilirubin tidak dapat dibuang dari tubuh dan menyebabkan kepekatan bilirubin tinggi dalam darah.
Teori kedua, susu ibu yang mengandungi saki-baki pencernaan hormon progestrone yang dinamakan 3-alpha-20-beta pregnanediol yang menghalang tindakbalas enzim uridine diphosphoglucuronide (UDPGA) glucuronyl transferase yang berfungsi dalam pencernaan bilirubin dan membuang bilirubin. Sekali lagi bilirubin tidak dapat dikeluarkan dari badan.
Teori ketiga, terdapat enzim dalam susu ibu lipoprotein lipase yang menyebabkan kurang tindakbalas glucuronyl transferaseyang akhirnya mengganggu pencernaan dan pembuangan bilirubin.
Namun, teori barat ini adalah untuk menolak penerimaan susu badan dan menggalakkan susu formula. Menurut Dr. Zubaidi, fenomena ini biasa dalam kalangan bayi. Insha Allah, Breastmilk Jaundice akan berakhir bila penyusuan bayi sempurna dan lebih kerap.
Jika tahap kepekatan bilirubin kurang dari 20 miligram, beberapa langkah yang boleh dilakukan, antaranya:
- Menambahkan kekerapan menyusukan bayi sehingga 8-12 kali sehari. Apabila penyusuan kerap dilakukan, ini akan menggalakan pergerakan usus dan secara tidak langsung akan pengeluaran bilirubin melalui najis.
- Belajar dari jururawat yang mahir tentang penyusuan efektif kerana apabila bayi tidak menghisap puting dengan cara yang betul, ini akan menyebabkan jumlah susu yang diterima akan berkurangan.
- Rawatan fototerapi boleh diberikan. Jika doktor mencadangkan agar penyusuan ibu dihentikan buat sementara (24-48 jam) bagi mengurangkan kepekatan bilirubin, para ibu boleh memerah payudara dengan menggunakan bagi menyimpan susu dan boleh diberikan pada bayi kemudian.
- Ramai yang memberikan air glucose kepada bayi (petua orang kampung) bagi mengurangkan kekuningan. Sebenarnya petua ini amat berbahaya kerana apabila memberikan air glucose boleh menyebabkan kembung perut dan menyebabkan bilirubin tidak dapat dikeluarkan melalui najis.
Menurut Dr. Hana pula, Breastmilk Jaundice perkara biasa.
Kenapa boleh terjadi breastmilk jaundice?
Salah satu faktor yang biasa disebutkan adalah kerana kehadiran beta-glucuronidase di dalam susu ibu yang menghalang pemecahan dan seterusnya penyingkiran bilirubin dari badan bayi. Breastmilk jaundice boleh berlarutan sehingga 3-12 minggu selepas kelahiran. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna harus berhenti menyusukan bayi, kerana susu ibu tetap yang terbaik dan tiada tandingannya. Jangan risau, breastmilk jaundice biasanya tidak merbahaya dan akan perlahan-lahan berkurangan; adalah selamat untuk anda teruskan breastfeeding seperti biasa.
Kebiasaannya bagi kes bayi jaundice yang berpanjangan melebihi 14-21 hari, doktor akan membuat beberapa pemeriksaan darah dan air kencing untuk memastikan ianya bukan disebabkan penyakit atau pathological jaundice. Jika doktor suspect bayi anda kuning disebabkan breastmilk jaundice, (dan bayi lahir cukup bulan serta sihat & aktif), apa yang perlu dilakukan
- Teruskan breastfeed bayi anda sekerap mungkin seperti biasa setiap 2-3jam (8-12kali sehari).
- Paras bilirubin bayi anda akan dimonitor secara berkala, kekerapannya bergantung kepada paras bilirubin. Jika kuningnya melebihi 15mg/dL, kemungkinan paras bilirubin akan dimonitor dengan lebih kerap. Teruskan breastfeeding.
- Jika paras bilirubin melebihi 20mg/dL, barulah guideline mengesyorkan supaya kurangkan/withhold breastfeeding untuk tempoh masa 24jam dan supplement dengan susu formula. Kemungkinan rawatan phototherapy juga akan diberikan. Sepanjang tempoh 24 jam ini ibu perlu pamkan susu supaya milk production tidak terjejas. Selepas 24jam segera teruskan penyusuan ibu seperti biasa.
- Doktor mungkin akan mempertimbangkan keperluan supplementation dengan rawatan phototherapy untuk membantu mengurangkan kuning bayi jika paras bilirubinnya melebihi 15-20mg/dL
JANGAN:
- JANGAN berhenti menyusukan bayi sama sekali kerana ini akan men‘sabotaj’ usaha anda memberikan susu yang terbaik untuk bayi.
- JANGAN campurkan susu formula melainkan bilirubin melebihi paras yang disebutkan ATAU anak anda kuning terlalu tinggi dan susu badan anda tidak mencukupi (sila dapatkan khidmat misi/pakar laktasi kerana sepatutnya dengan pengambilan air yg mencukupi, makanan yang seimbang serta teknik penyusuan yang betul, susu badan akan mencukupi untuk bayi anda hatta anak kembar sekalipun)
- JANGAN berikan air atau air gula – ini boleh menyebabkan kuning bertambah teruk dengan mengganggu penyusuan ibu dan ia juga boleh melambatkan penurunan paras bilirubin
“Penyusuan ibu yang kerap dan efisyen adalah cara terbaik untuk mengurangkan kuning bayi”
Itu antara info berkaitan breastmilk jaundice, ada juga istilah breasfeeding jaundice. Bezanya ialah breastmilk jaundice adalah disebabkan demam kuning meningkat disebabkan susu badan. Tapi breastfeeding jaundice disebabkan bayi tak cukup susu badan. Apapun, kedua-dua jenis ni tak merbahaya. Cuma ibu kena berpantang betul-betul bila anak demam kuning. Kena teruskan susu ibu dengan kerap dan aktifkan bayi… Menurut Dr. Zubaidi, jika anak menyusu dengan baik, kerap membuang air kecil dan air besar, takde masalah… Cuma kena teruskan penyusuan dengan kerap dan laktasi dengan betul. Jika nak campur dengan susu formula dengan panduan doktor pakar tapi jangan stop susu badan.
Moga anak-anak kita dilindungi dari penyakit sebegini. Sebab tu, masa mengandung orang tua suruh pantang juga. Elakkan jeruk, makan makanan ringan dan bahan pengawet. Banyakkan minum susu, makan buah dan sayur untuk elakkan kuning. Tapi kalau dah ikhtiar nak kena juga, itulah dugaan dari Allah sebagai penghapus dosa ibu bapanya.
Sumber: www.mariafirdz.com
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tukar Botol Susu Bila Sampai Limitnya. Jangan Sayang Sebab Mahal Hingga Kesihatan Anak Terjejas
Mahal macam mana pun botol tukarlah dengan kerap. Jangan kedekut. Menjadikan botol susu sebagai satu koleksi sangat-sangat tidak relevan..(kecuali belum guna).
Perkongsian dari Maya Darwish cukup membantu ibu bapa supaya tidak bersikap acuh tak acuh atau dalam kata lainnya tengok botol masih elok niat nak tukarkan tu ditangguhkan.
Tengah bancuh susu anak, entah kenapa tiba-tiba teringat ‘Eh, berapa lama eh boleh tahan satu botol susu ni.. takkan la pulak selama-lamanya..’
Pernah tak terfikir benda yang sama ? Berapa lama jangka hayat botol susu anak kita tu ? Apa efek bahaya guna botol susu terlampau lama kepada anak ?
TAHU TAK ?
Rupanya bahaya guna botol susu yang dah lebih 3 bulan. Tambah lagi yang dah banyak calar balar kat bahagian dalam botol tu. Calar-balar tu akan keluarkan toksid dan bahayakan kesihatan anak kita. Cuma kalau yang botol BPA Free tu paling maksimum pun 6 BULAN SAHAJA TAHAN.
APA ITU BISFENOL A (BPA) ?
Bisfenol A (BPA) ni bahaya terhadap keluarga kita (bayi terutamanya). Bisfenol A (BPA) adalah bahan kimia yang terdapat dalam plastik polikarbonat (polycarbonate) dan resin epoksi. Plastik polikarbonat yang jernih dan tahan lasak ini digunakan dalam pelbagai produk pengguna antaranya botol susu bayi, botol air mineral, bekas makanan dan juga dalam teether bayi. Resin epoksi pula digunakan untuk menyaluti lapisan dalam hampir semua makanan dan minuman dalam tin.
JANGKA HAYAT BOTOL SUSU
Jika botol susu yang ada BPA jangka hayatnya hanya 3 ke 6 bulan. Manakala botol susu yang BPA FREE jangka hayatnya lebih panjang, namun sebaiknya tukar sekiranya berubah warna botol, banyak kesan calar dan sudah kekuning-kuningan.
KESAN BPA TERHADAP KESIHATAN DAN BAYI
BPA dari produk mengandungi bahan berbahaya ini dapat melarut resap ke dalam makanan atau minuman dan seterusnya memasuki badan. Dos Bisfenol A yang rendah sekalipun dalam badan manusia boleh disalah anggap sebagai estrogen.
Estrogen adalah hormon yang mengawal perkembangan otak, sistem peranakan dan pertumbuhan janin. Keadaan ini boleh memberi kesan negatif terhadap kesihatan. Bahkan janin dalam kandungan (ibu hamil jaga pemakanan anda) dan bayi adalah golongan yang paling berisiko jika terdedah dengan BPA ini kerana ia dikatakan mempengaruhi pembentukan otak dan perangai bayi.
Banyak kajian mengaitkan BPA dengan pelbagai masalah lain seperti :
-Baligh awal
– Kanser payudara
– Kanser prostat
– Penyakit jantung
– Obesiti
– Kencing manis
– Dan boleh menyongsangkan ciri-ciri jantina seseorang dan merosakkan kromosom !
FAKTOR PENGARUHI LARUT RESAP BPA KE DALAM MAKANAN
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan larut resap ini berlaku dengan lebih banyak. Antaranya :
- Kepanasan (api dan matahari)
• Calar
• Pendedahan terhadap sesetengah bahan kimia (termasuk sabun pencuci)
TIPS MENGELAKKAN BPA
Anda mungkin sukar untuk mengelakkan secara mutlak penggunaan produk yang mengandungi BPA ini, tetapi anda dapat mengurangkannya dengan mengamalkan langkah-langkah berikut ~
- Jangan panaskan makanan atau minuman dalam plastik polikarbonat sama ada menggunakan ketuhar gelombang mikro atau pun direbus.
- Kurangkan pengambilan makanan dalam tin, pilih yang segar atau sejuk beku. Jika mahu yang segera, pilih dalam botol kaca. Seboleh mungkin, gunakan bekas makanan daripada porselin, kaca atau keluli tahan karat terutamanya untuk makanan atau minuman panas.
- Berikan permainan yang selamat untuk anak anda. Lihat kod plastik di bawah permainan. Kod 7 adalah polikarbonat (elakkan juga kod 3 kerana ia mengandungi toksin).
- Jika mahu membungkus sup atau air panas dari penjual makanan, bawa bekas makanan atau minuman anda sendiri. Jangan gunakan plastik !
- Jangan membiarkan air di dalam botol air mineral terjemur di dalam kereta, dan kemudian meminumnya.
TIPS ELAK BPA PADA BOTOL SUSU ANAK ANDA
- Gunakan botol susu daripada KACA atau STANLESS STEEL (tahan lama dan tak perlu risau tentang BPA) atau boleh juga gunakan botol plastik yang bebas BPA (tapi perlu tukar dalam masa 3 bulan atau paling lama 6 bulan). Elakkan menggunakan botol polikarbonat.
- Jika anda menggunakan juga botol polikarbonat, pastikan ia tidak dijemur, tidak dipanaskan dan tidak dimasukkan air panas menggelegak ke dalamnya.
- Elakkan calar dengan menggunakan berus yang lembut daripada plastik dan span, bukan berus daripada dawai untuk membasuh botol susu bayi.
- Gunakan sabun yang sesuai dan selamat untuk mencuci botol anak anda.
BILA BOTOL ANAK PERLU DITUKAR SEGERA ?
1- Kesan Calar Pada Botol
Kesan calar dalam botol anak juga perlu diperhatikan,jika mempunyai banyak kesan calar, anda perlu menukarkan botol anak. Dibimbangi terdapat pembebasan toksik atau bahan kimia daripada plastik botol tersebut.
2- Sterilizer
Pengunaan sterilizer ini sebenarnya dapat mengurangkan jangka hayat botol ,contohnya jika botol boleh digunakan 6 bulan mungkin hanya boleh digunakan 4 bulan. Salah satu sebab adalah kerana ianya melibatkan penggunaan haba yang tinggi.
Pendedahan terhadap air yang menggelegak juga boleh menyebabkan botol polikarbonat melepaskan Bisphenaol A (BPA) dengan kadar lebih cepat berbanding terdedah kepada air sejuk atau air suam.
3- Warna Botol
Jika botol anak kelihatan kekuningan, ianya adalah tanda botol perlu ditukar. Lebih-lebih lagi sekiranya terdapat kesan calar di bahagian dalam botol.
4- Bau
Jika botol sudah berbau tidak nyaman walaupun kerapkali kali dibasuh, tukar botol kerana bau tidak menyenangkan boleh berpunca daripada kulat atau mikroorganisma di dalam botol.
5- Pengunaan Sabun Pencuci Botol
Penggunaan pencuci botol susu juga perlu di ambil kira. Mencuci dengan menggunakan sabun biasa ataupun sabun pencuci pinggan perlu dielakkan. Ianya bukan sahaja mengandungi bahan kimia menghakis, malah memberikan kesan bahaya kepada anak sekiranya sabun tidak dibilas dengan bersih. Gunakan bahan pencuci yang bersifat ORGANIK.
Sekarang dah tau kan ? Semoga perkongsian ni beri manfaat kepada ibu-ibu semua, buat pilihan yang tepat untuk kesihatan Si Manja yang tersayang.
Sumber: Maya Darwish
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ini Manfaatnya Jika Ibu Guna Kedua-dua Payudara Masa Susukan Anak!
Apakah kepentingan untuk ibu menyusukan bayi daripada kedua-dua belah payudara? Ikuti penjelasan ini untuk mengetahui cara penyusuan susu ibu yang betul.
Cara penyusuan susu ibu: Ini saranan pakar
Dalam tempoh beberapa minggu pertama selepas bayi dilahirkan, sebaiknya mereka disusukan daripada kedua-dua belah payudara pada setiap sesi penyusuan.
Selain membantu merangsang pengeluaran susu ibu bagi mengukuhkan bekalan susu badan, ia juga dapat mengelakkan beberapa masalah biasa penyusuan seperti pembengkakan payudara, saluran susu tersumbat dan mastitis.
Selepas 4-6 minggu, apabila bekalan susu sudah seimbang dan berat badan bayi bertambah baik, anda boleh memilih kaedah penyusuan bersesuaian dengan diri dan si manja.
Cara penyusuan susu ibu: Ikut keselesaan
Umumnya, keputusan untuk memberikan satu atau kedua-dua belah payudara pada setiap penyusuan adalah bergantung kepada keselesaan.
Paling penting si manja mendapat susu yang mencukupi dan membesar pada kadar sihat serta konsisten.
Hanya sebelah payudara pada sesi penyusuan
Sebaik sahaja mempunyai bekalan susu mencukupi dan bayi membesar dengan baik, mungkin lebih mudah untuk menyusu menggunakan sebelah payudara pada setiap penyusuan.
Jika bekalan susu terlalu banyak, penyusuan sebelah payudara dapat membantu mengurangkan bekalan susu pada payudara bertentangan.
Kaedah ini juga boleh mengurangkan masalah kembung perut bayi, meragam dan gejala kolik.
Ada kalanya mungkin anda tiada pilihan seperti payudara sebelah lagi perlu direhatkan untuk sembuh, hanya sebelah payudara yang menghasilkan susu atau bayi lebih gemar menyusu pada sebelah payudara sahaja.
Menukar payudara
Menukar payudara pada sesi penyusuan turut mempunyai kebaikan tersendiri. Selain membantu memperbanyakkan bekalan susu, teknik menukar payudara membolehkan bayi yang mengantuk untuk menyusu lebih lama, memberikan lebih banyak susu untuk si manja menambah berat dan juga membantu mengekalkan payudara anda agar lebih seimbang.
Bagi anda yang tidak pasti cara untuk menukar payudara semasa menyusu?
Cara penyusuan susu ibu: Teknik switch nursing
Dikenali sebagai switch nursing – teknik ini melibatkan penukaran payudara beberapa kali secara berselang-seli semasa penyusuan.
Dalam teknik ini, bayi akan menyusu selama beberapa minit pada 1 payudara sebelum beralih ke payudara sebelah untuk beberapa minit dan terus mengulang tindakan yang sama sehingga si manja kenyang.
Teknik ini bagaimanapun tidak sesuai bagi:
- Bayi pramatang
- Bayi dengan masalah kesihatan
- Bayi dengan kesukaran menghisap
- Masa sesuai aplikasi teknik switch nursing
- Sekiranya bayi melekap (latching) dan menyusu dengan baik, anda tidak perlu menghentikannya untuk menukar payudara.
Anda boleh membiarkan si manja menghabiskan penyusuan pada satu payudara dan kemudian menawarkan payudara sebelah setelah mereka selesai.
Pun begitu, teknik menukar payudara beberapa kali semasa penyusuan ini mungkin berkesan jika:
Si manja tertidur sambil menyusu
Cara penyusuan susu ibu ini dapat memastikan bayi kekal mengantuk dan menghisap lebih lama. Setiap kali penyusuan bayi semakin perlahan, terhenti dan mula tertidur, cuba bangunkan dia sekejap dan ubah ke payudara sebelah.
Peningkatan berat si kecil perlahan
Jika bayi tidak mendapat jumlah berat jangkaan, teknik menukar payudara boleh membantu meningkatkan jumlah susu ibu yang diperolehi pada setiap sesi penyusuan.
Teknik ini akan menggalakkan bayi menghisap susu untuk tempoh lebih lama sambil merangsang pengeluaran susu ibu.
Bekalan susu ibu kurang
Sekiranya anda mempunyai bekalan susu badan rendah, teknik penyusuan susu ibu dengan menukar payudara dapat membantu meningkatkannya.
Cara penyusuan susu ibu: Kekurangan teknik switch nursing
Antara isu yang mungkin timbul daripada teknik menukar payudara semasa penyusuan ini adalah bayi mungkin tidak menyusu untuk tempoh yang cukup bagi mendapatkan susu akhir (hindmilk).
Susu akhir ini adalah bahagian susu yang tinggi kandungan lemak dan berkalori yang bercampur dengan susu ibu selepas beberapa minit penyusuan.
Bayi yang menyusu selama beberapa minit pada setiap payudara mungkin hanya mendapat susu awal (foremilk) sahaja.
Jadi walaupun si manja mendapat lebih banyak susu melalui teknik menukar payudara ini, namun bayi mungkin tidak mendapat lemak dan kalori yang diperlukan.
Bantuan doktor
Cara penyusuan susu ibu melalui teknik switch nursing ini sesuai digunakan pada beberapa hari pertama penyusuan atau sehingga si manja mengalami peningkatan tumbesaran.
Apabila bekalan susu sudah meningkat, bayi lebih berwaspada dan penyusuan berjalan lancar, anda tidak perlu menukar payudara lebih daripada sekali pada sesi menyusu si manja.
Anda sepatutnya sudah boleh menyusukan anak pada sebelah payudara sehingga kosong sebelum beralih ke payudara lain untuk baki penyusuan.
Sekiranya anda mempunyai kebimbangan si manja mungkin tidak mendapat susu yang mencukupi, terlalu mengantuk semasa penyusuan atau mengalami kesukaran untuk menghisap, berjumpalah dengan doktor.
Doktor boleh memeriksa dan memberikan jalan penyelesaian terbaik untuk si kecil.
Kredit: Hello Doktor
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI