Semasa hamil, sememangnya saiz hamil bertambah bagi menampung perkembangan janin. Dan mungkin disebabkan hal ini, ramai berpendapat ia perlu diurut atau perlukan ubat untuk mengembalikannya kepada saiz asal. Jika itu tanggapan anda, ia salah!
Dr Muhammad Izzat mengulas mengenai perkara ini dan menolak tanggapan perlunya rahim diurut atau penggunaan produk bagi mengembalikan rahim kepada saiz asal. Rahim wanita selepas bersalin akan mengecut dengan sendirinya selepas bersalin.
Dari Facebook Dr Muhammad Izzat.
Berikut ialah perkongsian beliau;
#1Rahim akan mengecut dengan sendirinya dan boleh dirasa kalau ditekan dalam sedikit pada bawah aras pusat. Bila? – 48 jam lepas bersalin
#2Rahim tidak boleh lagi dirasa, sebab rahim dah mengecut dan mengecil dan kembali kepada kedudukan asalnya di belakang tulang simphisis pubis. Ia terjadi pada hari ke 14 selepas bersalin
Ads
#3Rahim akan kembali kepada keadaan asalnya seperti sebelum mengandung, mungkin besar sedikit sahaja dari keadaan sebelum mengandung. Perkara ini akan terjadi pada kira-kira selepas 6 minggu bersalin
#4 Sejurus sahaja selepas bersalin berat rahim menjadi lebih kurang 1 kg. Selepas 6 minggu bersalin, berat rahim berkurang menjadi berat asalnya 50-150gm.
#5Perubahan rahim selepas bersalin ini berlaku dengansendirinya.Badan kita boleh buat sendiri, tanpa bantuan apa-apa ubatan/ produk.
Ads
Tak perlu bazir duit ambil apa-apa produk atau ubat yang katanya boleh kecutkan rahim selepas bersalin.
Ads
Tak perlu juga urut-urut rahim untuk kecutkan rahim masa berpantang.
Tak perlu pakai bekung untuk kecutkan rahim.
Proses rahim mengecut ini adalah secara semula jadi, badan kita tau dah nak buat apa. Hebat sangat dah aturan Allah
Antara perkara yang menjadi kegusaran bakal ibu adalah tiba saat untuk melahirkan. Pasti akan tertanya-tanya mampukah bersalin normal dan adakah boleh melakukannya tanpa sebarang komplikasi.
Tambah risau apabila bertanya kepada orang lain tentang pengalaman mereka. Sebenarnya proses bersalin seseorang itu berbeza antara satu sama lain. Ada yang mudah dan ada juga yang mungkin sedikit sukar.
Namun tujuaannya tetap sama, untuk melahirkan zuriat yang telah dikandungkan selama 9 bulan. Baik si ibu mahupun doktor dan jururawat yang bertugas semuanya mahu yang terbaik dan kelahiran selamat untuk ibu dan bayi.
Menurut perkongsian di laman Instagram, Dr. Maiza Tusimin yang merupakan Pakar Obstetrik & Ginekologi ada berkongsi tentang proses ‘push’ atau meneran. Ikuti penjelasan beliau;
Dear mommies-to-be…memang ada macam2 tips nak teran. Tapi bila dah sakit.. semua lupa😅. Jadi, bila dah sampai masa nak teran, ini yg Dr. Mai & team akan advice 💪
⏩️ Teran dari Abdomen ke Miss V
• Teran baby menggunakan otot dalaman abdomen yg membantu rahim untuk menolak baby keluar. Team kami 👩⚕️akan kata “mommy, teran macam b*@r*k keras”🏋♀️
⏩️ Dagu ke Dada
• Posisi ini membantu mommy utk fokus tenaga & ‘kuasa meneran’ ke bawah. (Banyak mommy teran @ muka & dada🫣)
⏩️ Tangan ke Kaki
• Jika mommy sampai, pegang pergelangan buku lali semasa teran (semi-upright position) Mr.hubby boleh support belakang badan bila mommy berada dalam posisi ini.
⏩️ Kontraksi sebagai Panduan
• Di antara kontraksi mommy rehat kejap & mula tarik nafas bila kontraksi bermula. Teran seiring dgn kontraksi yang kuat. Bagi mommy on epidural, Doc akan guide bila untuk teran & teran dengan kiraan sekurang-kurangnya 10 kiraan setiap kali teran.
⏩️ Luaskan bukaan Peha
• Bukaan yg luas memberi ruang yang lebih kepada kepala baby untuk keluar.
⏩️ Percaya naluri Mommy
• Lakukan apa yang datang secara semula jadi… ikut naluri & gesaan ‘urge to push’. Ada ketika, mommy on epidural tiada naluri ini. Tetapi sebenarnya bila baby dah sampai bahagian paling bawah pelvik (pelvic outlet), mommy akan rasa berat / tekanan seperti ingin membuang (even with epidural).
⏩️ Berhenti bila Crowning
• Apabila kepala baby sampai ke permukaan faraj (crowning), Doc akan minta untuk kawal pernafasan. Mommy letakkan kepala ke belakang, baring & bernafas dengan perlahan & cepat (seperti meniup beberapa batang lilin). Gaya pernafasan ini menghalang mommy daripada meneran kuat & membolehkan kepala baby dilahirkan dengan lebih perlahan & mengurangkan koyakan perineum.
Semoga dengan perkongsian Dr. Maiza ini dapat membantu dan memberi panduan kepada ibu yang bakal bersalin untuk menghadapi momen kelahiran dengan lebih bersedia.
Kelahiran terutama secara pembedahan mempunyai risiko yang tinggi untuk terjadinya pendarahan? Dr Mastura Mohd Mokhtar, Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, KPJ Selangor akan mengupas mengenai komplikasi ini.
Tumpah darah merupakan salah satu komplikasi yang biasa terjadi semasa proses kelahiran. Terdapat beberapa keadaan yang meningkatkan kebarangkalian terjadinya tumpah darah ini. Ia berkait rapat dengan uri, tahap kesihatan ibu dan permasalahan yang timbul semasa proses kelahiran berlangsung.
Pendarahan semasa proses kelahiran menerusi pembedahan adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Lazimnya bagi wanita hamil, darah akan dihasilkan 50% lebih banyak daripada biasa. Justeru, pendarahan yang normal terjadi semasa pemisahan uri dan dinding rahim atau episiotomi ialah sesuatu yang dijangkakan.
Bagi kelahiran secara caesarean, pendarahan yang lebih banyak dijangkakan akan berlaku. Bagi mempersiapkan diri menghadapi kelahiran, ibu-ibu perlu memahami faktor yang meningkatkan risiko terjadinya pendarahan berlebihan atau tumpah darah. Lebih-lebih lagi bagi kelahiran secara pembedahan caesarean.
Terdapat lapan keadaan yang boleh meningkatkan risiko terjadinya pendarahan selepas kelahiran;
Rawatan bagi ibu tumpah darah semasa bersalin
Bagi setiap kelahiran, rahim akan segera mengecut selepas bayi dan uri dikeluarkan. Pengecutan yang kuat ini bertindak menutup salur darah yang terbuka di mana uri bersambung. Namun bagi ibu yang menghadapi tumpah darah, salur darah yang terbuka tidak tertutup kerana rahim yang tidak mengecut.
Bagi keadaan rahim yang tidak mengecut sejurus selepas kelahiran (uterineatony) doktor akan mengambil langkah untuk mempercepatkan proses rahim kembali kepada asal dan menghentikan pendarahan dengan beberapa langkah.
Persediaan bagi ibu berisiko tinggi
Bagi ibu yang menghadapi komplikasi kesihatan sepanjang kehamilan dan mempunyai risiko tinggi untuk mengalami tumpah darah, mereka perlu sentiasa berwaspada. Ambil langkah awal untuk menghadapi proses kelahiran dengan persediaan daripada segi mental dan fizikal.
Tahukah anda? Tumpah darah atau postpartum hemorrhage boleh berlaku kepada 6 wanita bagi setiap 100 kelahiran.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kelahiran yang dibantu lazimnya melibatkan penggunaan forsep atau ventouse atau lebih dikenali sebagai vakum. Kedua-duanya merupakan alat yang dilekatkan kepada kepala bayi supaya dia boleh ditarik keluar.
Proses kelahiran yang memakan lebih masa daripada yang dijangkakan perlu disegerakan untuk mengelakkan komplikasi yang tidak diingini.
Forsep digambarkan seperti senduk salad atau penyepit gula kiub yang besar. Hakikatnya, ia terdiri daripada besi tahan karat dengan dua bahagian yang bersilang. Bahagian hujungnya melengkung bagi membolehkan ia “memeluk” kepala bayi.
Ventouse pula mempunyai mangkuk yang bersambung kepada pam vakum kecil dan mempunyai pemegang yang boleh ditarik. Mangkuk ini akan diletakkan di atas kepala bayi. Dalam pada itu, perlu anda tahu bahawa terdapat beberapa jenis mangkuk ventouse. Anda perlu tahu jenis-jenis mangkuk ini kerana penggunaannya akan dipengaruhi oleh posisi bayi ketika ia hendak digunakan.
Salah satunya ialah mangkuk plastik lembut. Ia dikatakan kurang menyebabkan sebarang kecederaan kepada kepala bayi, tetapi lebih berisiko untuk mudah terlucut. Antara lain ialah mangkuk plastik separuh tegar yang lazimnya didapati paling berkesan. Satu lagi ialah mangkuk logam yang tidak akan terlucut tetapi mempunyai potensi paling besar menyebabkan trauma ke atas kepala bayi.
Tentu anda mahu tahu, apakah keadaan yang menyebabkan proses kelahiran bayi anda dibantu bukan? Jangan khuatir, kerana dalam keadaan sebegitu, doktor akan berbincang dengan anda terlebih dahulu tentang penggunaan alat bantuan kelahiran yang bersesuaian. Hal ini bergantung kepada keadaan seperti:
Biarpun dalam keadaan yang semakin mendesak demi menyelamatkan bayi, ada ketikanya ada doktor akan menerangkan kepada anda mengapa dia berpendapat kelahiran menggunakan bantuan forsep perlu dijalankan. Apa-apa pun, ia bergantung pada keadaan semasa.
Doktor akan memastikan bahawa bayi berada dalam kedudukan yang baik untuk membolehkan forsep digunakan. Anda perlu meletakkan kaki ke dalam penyandar di tepi katil (posisi litotomi) dan bahagian hujung katil itu akan ditanggalkan.
Tiub kecil yang diberi nama kateter yang terikat pada satu beg akan dimasukkan ke dalam pundi kencing untuk membolehkan anda mengosongkan isinya. Sementara itu, kaki anda akan ditutup dengan cadar yang steril.
Anda akan diberi ubat bagi melegakan kesakitan. Ia mungkin bius setempat di dalam faraj, epidural atau bius spinal.
Kemudiannya, doktor perlu melakukan episiotomi bagi melebarkan pembukaan serviks supaya forsep boleh diletakkan di keliling kepala bayi. Setelah forsep dipasang dan kontraksi mula datang, doktor akan menarik kepala bayi sambil anda meneran bagi membantu bayi bergerak turun melalui saluran kelahiran agar selamat dilahirkan.
Ramai wanita mengadu tidak selesa dengan kelahiran forsep berbanding ventouse. Namun yang demikian, kadar kejayaan forsep adalah lebih tinggi berbanding ventouse.
Kebanyakan doktor lebih cenderung untuk menggunakan ventouse untuk proses kelahiran menggunakan alat bantuan. Hal ini kerana, anda kurang mengalami kesakitan semasa dan selepas melahirkan berbanding penggunaan forsep. Kemungkinan anda memerlukan episiotomi juga kurang. Sama juga halnya dengan risiko sebarang koyakan pada perineum.
Mangkuk ventouse akan diletakkan di bahagian atas kepala bayi. Jadi, ia tidak memerlukan ruang yang banyak. Doktor kemudiannya akan menyedut udara keluar dari mangkuk vakum itu dengan menggunakan pam vakum yang digerakkan oleh kaki atau pam tangan. Bunyinya agak bising tetapi tiada apa-apa yang perlu dibimbangkan.
Apabila mangkuk itu sudah dipasang dengan kemas, doktor akan menyuruh anda meneran setelah kontraksi berlaku dan dia akan menarik mangkuk itu untuk membantu bayi keluar.
Ada kalanya mangkuk itu terlucut daripada kepala bayi. Terutamanya jika bayi bersaiz besar atau berada dalam posisi di mana mangkuk itu tidak boleh dipasang dengan kemas. Oleh itu, ia perlu dipasangkan semula.
Jika bayi berada dalam posisi yang membuatkan kelahiran lebih sukar, maka ventouse yang diperbuat daripada mangkuk logam atau mangkuk plastik separuh tegar akan digunakan. Hal ini kerana ventouse jenis ini lebih sukar untuk mudah terlucut.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!