Semasa hamil, sememangnya saiz hamil bertambah bagi menampung perkembangan janin. Dan mungkin disebabkan hal ini, ramai berpendapat ia perlu diurut atau perlukan ubat untuk mengembalikannya kepada saiz asal. Jika itu tanggapan anda, ia salah!

Dr Muhammad Izzat mengulas mengenai perkara ini dan menolak tanggapan perlunya rahim diurut atau penggunaan produk bagi mengembalikan rahim kepada saiz asal. Rahim wanita selepas bersalin akan mengecut dengan sendirinya selepas bersalin.

Doktor Kata Tak Perlu Urut Atau Produk Untuk Kecutkan Rahim! Ia Mengecut Sendiri 48 Jam Lepas Bersalin
Dari Facebook Dr Muhammad Izzat.

Berikut ialah perkongsian beliau;

#1 Rahim akan mengecut dengan sendirinya dan boleh dirasa kalau ditekan dalam sedikit pada bawah aras pusat. Bila? – 48 jam lepas bersalin

#2 Rahim tidak boleh lagi dirasa, sebab rahim dah mengecut dan mengecil dan kembali kepada kedudukan asalnya di belakang tulang simphisis pubis.  Ia terjadi pada hari ke 14 selepas bersalin

IKLAN

#3 Rahim akan kembali kepada keadaan asalnya seperti sebelum mengandung, mungkin besar sedikit sahaja dari keadaan sebelum mengandung. Perkara ini akan terjadi pada kira-kira selepas 6 minggu bersalin

#4 Sejurus sahaja selepas bersalin berat rahim menjadi lebih kurang 1 kg. Selepas 6 minggu bersalin, berat rahim berkurang menjadi berat asalnya 50-150gm.

#5 Perubahan rahim selepas bersalin ini berlaku dengan sendirinya. Badan kita boleh buat sendiri, tanpa bantuan apa-apa ubatan/ produk.

IKLAN

Doktor Kata Tak Perlu Urut Atau Produk Untuk Kecutkan Rahim! Ia Mengecut Sendiri 48 Jam Lepas Bersalin

 

Tak perlu bazir duit ambil apa-apa produk atau ubat yang katanya boleh kecutkan rahim selepas bersalin.

IKLAN

Tak perlu juga urut-urut rahim untuk kecutkan rahim masa berpantang.

Tak perlu pakai bekung untuk kecutkan rahim.

Proses rahim mengecut ini adalah secara semula jadi, badan kita tau dah nak buat apa. Hebat sangat dah aturan Allah

Sumber: Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan, Kesihatan Wanita & Kehamilan

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI