Tompokan berwarna kebiruan atau kelabu kehitaman ini mungkin menimbulkan kerisauan kepada ibu bapa. Mana tidaknya warna seperti lebam, bimbang menyakitkan si manja!
Tanda seolah-olah lebam dan ini selalunya wujud pada bahagian punggung, belakang. Tidak terkecuali bahagian dada, betis, kaki dan tangan. Malah ada sesetengah bayi turut mendapatnya pada bahagian muka!
Menurut Dr Hairin Anisa Tajuddin, Pakar Pediatrik & Pensyarah Pediatrik Monash University, ramai ibu bapa salah faham mengenai tanda lahir ini. Ada yang bimbang ia akan menyakitkan si manja. Berikut ialah perkongsian beliau;
Ramai yang tersalah faham dengan tanda lahir ini.
MONGOLIAN SPOT
Ia dinamakan Mongolian spot.
Ads
Ia sejenis tanda lahir yang telah terjadi sejak dalam kandungan di mana sel-sel yang menghasilkan pigmen berterusan berada di dalam lapisan kulit yang paling dalam menyebabkan warnanya menjadi kebiruan / kelabu kehitaman.
Ia selalunya timbul di bahagian punggung, belakang, namun boleh juga dilihat di bahagian lain tubuh. Mongolian spot ini akan beransur pudar dan hilang apabila anak meningkat umur hingga remaja.
TIADA KAITAN DENGAN MASALAH KESIHATAN
Tiada kaitan dengan sebarang masalah kesihatan seperti sesetengah tanda lahir lain seperti ‘haemangioma’ atau ‘cafe au lait spots’.
Ads
5 INFO MENGENAI MONGOLIAN SPOT
#1 Ia juga dikenali sebagai congenital dermal melanocytosis atau slate gray nevi.
Ads
#2 Banyak berlaku pada bayi yang mempunyai kulit gelap berbanding berkulit cerah.
#3 Tiada bentuk tertentu dan sering terdapat di bahagian bayi seperti punggung, belakang badan, lengan, paha dan betis.
#4 Mempunyai kelebaran 2 hingga 8sm.
#5 Permukaannya nipis, tekstur licin sama seperti kulit.
Kebanyakan ibu bapa pantang kalau anak main kotor. Alasannya boleh menyebabkan anak mudah jatuh sakit. Namun jika diikutkan, anak yang terdedah pada cahaya matahari lebih banyak manfaatnya daripada duduk dalam rumah.
Dengan melakukan pelbagai aktiviti diluar rumah sambil dipantau oleh ibu bapa, anak bukan saja belajar banyak perkara tetapi secara tak langsung menguatkan sistem imun.
Menerusi perkongsian Dr Mazliana Mazlan, ajak anak main kotor di luar rumah untuk kuatkan sistem imun. Cahaya matahari, suatu yang bakal dilupakan oleh anak-anak, kalau bukan kita yang kenalkan dari sekarang.
Biasakan anak-anak, sekurang-kurangnya 15 minit sehari, untuk main di luar rumah, dengan tangan dan kaki menyentuh tanah.
Cuba buat, dan lihat hasil yang sangat ketara. Mood anak lebih baik, kurang tantrum.
Imuniti anak lebih kuat, cepat sembuh bila demam.
Tidur lebih mudah dan berkualiti. InsyaAllah, semua dengan izin dariNya. Buat semua ni, sebagai ubat percuma untuk bantu selesaikan banyak masalah anak-anak zaman sekarang.
1. Berjemur 2. Messy play di luar rumah 3. Grounding 4. Pergerakan 5. Kasih sayang sesama keluarga 6. Makanan yang dimasak dari rumah 7. Tidur yang berkualiti
Banyak aktiviti di luar rumah kan. Penyerapan vitamin D pada kulit, beri kesan pada setiap sel dan organ dalam badan. Vitamin D kuatkan sistem imun, tulang dan gigi anak-anak kita.
Lepas ni, tak perlu larang kalau anak main kotor tau. Ini yang sebenarnya bantu tingkatkan bakteria baik di kulit dan usus anak.
Biar anak bermain dengan alam, dan bukan lagi gadjet. Bantu untuk kurangkan radang dalam badan anak.
Tidur, sangatlah penting untuk otak anak. Kalau dapat buat nombor 1 sampai 6 dengan baik, insyaAllah mudah anak nak tidur malam.
Sesibuk mana pun kita, cuba cari masa untuk buat tau. Penting sangat cahaya matahari untuk anak.
Waktu paling baik, 10 pagi sampai 5 petang. Paling terbaik, 1 – 2 petang. Kalau tak dapat waktu ni, boleh je mana-mana waktu, asalkan masih ada cahaya matahari. Baik buat je, dari tinggal terus kan.
Kehamilan sepatutnya jadi masa yang paling membahagiakan buat seorang wanita. Tapi untuk Dr. Fatin Liyana, ia bertukar menjadi mimpi ngeri ketika hamil anak sulungnya — satu pengalaman yang hampir meragut nyawa dan mungkin membahayakan kandungannya.
Bayangkan, tengah sarat mengandung dan masih bekerja keras, tiba-tiba badan mula bagi tanda pelik. Nafas jadi pendek, dada rasa ketat, badan lesu tak bermaya. Tapi macam kebanyakan ibu lain, Dr. Fatin pun fikir, “Ini mungkin normal je, biasalah hamil kan?” Tak pernah terlintas di fikiran, itu sebenarnya amaran dari jantungnya yang sedang nazak.
Dalam kesibukan menjalani tempohan latihan praktikal di hospital (housemanship) sehinggalah pada suatu hari dia terasa seperti dada dihempap dan Dr. Fatin kemudian memeriksa nadinya. Ketika itu, nadinya seolah-olah tidak stabil dan laju.
Dr. Fatin kemudian mengadu tentanng hal ini kepada doktor pakar yang bekerja dengannya dan disarankan untuk membuat prosedur ECG iaitu singkatan kepada elektrokardiogram.Ia merupakan satu prosedur bukan invasif yang tidak bahaya atau menyakitkan untuk mengukur aktiviti elektrik jantung.
Kebiasaannya mereka yang mengalami masalah jatung seperti sakit dada atau degupan jantung tidak normal akan dipantau menggunakan alat ini.
Semasa menjalani prosedur itu, dapat dilihat bacaan jantung Dr. Fatin yang ‘tidak cantik’ dan terus dimasukkan ke Zon Merah. Keadaan ketika itu agak cemas apabila Dr. Fatin yang bertugas di Jabatan Kecemasan terpaksa dibawa ke Zon Merah kerana keadaan dirinya yang tidak stabil dan sedang mengandung.
“Saya dibawa masuk ke wad, terpaksa menjalani rawatan hanya kerana ketika itu saya terlebih kerja dan sedang hamil. Alhamdulillah, saya orang yang sihat. Tak pernah sakit atau dimasukkan ke hospital. Saya juga seorang atlet. Namun ketika itu saya mengandung dan kerja kuat sehingga tubuh tak boleh terima dan efek pada jantung.”
Disebabkan hal itu, Dr. Fatin diberikan cuti sakit yang lama sehingga tiga bulan dan perlu menunggu waktu bersalin. Tambah ibu kepada tiga orang cahaya mata ini lagi, disebabkan kesihatan jantungnya bermasalah telah menjejaskan kandungannya yang tidak membesar.
Disebabkan itu, kelahiran anak sulung adalah pra matang dan kehidupan Dr. Fatin berubah sekaligus.
“Bayangkan houseman, berkahwin, mengandung, sakit jaNtung, anak pre mature dan tak tahu handle. Sebelum hamil anak kedua, saya ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk buat pembedahan untuk betulkan semula rentak jantung saya.”
Bukan sekadar diuji ketika proses kehamilan anak pertama tetapi semasa kelahiran bayi keduanya, Dr. Fatin sekali lagi diuji apabila mengalami kesukaran untuk menyusukan secara eksklusif. Dirinya yang ketika itu berkhidmat di Klinik Kesihatan dan menyokong sepenuhnya penyusuan susu ibu, namun sukar untuk menyusukan anak keduanya.
Namun Dr. Fatin bersyukur dengan setiap dugaan yang dilalui kerana pengalaman mematangkan. Tambahnya lagi, dia bersyukur kerana tidak mengalami kesukaran semasa proses kehamilan dan kelahiran anak ketiganya.
“Cuma waktu tu umur saya dah 33 tahun. Jadi mudah penat, tambah pula dah ada dua orang anak. Pembantu rumah pun tak ada. Saya dan suami kedua-duanya bekerja. Ibu dan ayah pun masih bekerja. Jadi kesukaran kami ketika itu nak handle semua sendiri.”
Bila kita dengarkan perkongsian Dr. Fatin ni, sedikit sebanyak sebenarnya membuka mata. Seringkali kita selalu lupa, jantung ibu bekerja lebih keras masa hamil. Darah bertambah, oksigen kena cukup, hormon berubah.
Semua ni boleh jadi ‘bom jangka’ kalau ibu ada faktor risiko yang tak disedari – seperti tekanan darah tinggi, sejarah keluarga, atau gaya hidup yang terlalu stres. Dan paling menakutkan, ia boleh berlaku tanpa amaran keras.
Oleh itu, sentiasa cakna dan peka dengan keadaan diri ketika hamil. Sekiranya merasakan seperti ada sesuatu yang tidak kena, segeralah rujuk kepada doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Saksikan video temu bual bersama Dr. Fatin Liyana ini:
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Beratnya makin naik. 924 gram dah. Minum susu mama pun okay. Alhamdulillah.
“Masih dalam inkubator, masih bernafas menggunakan bantuan mesin. Panjang lagi perjalanannya,” katanya menerusi satu entri yang dikongsikan di Instagram.
Jelas Abby lagi, doktor juga memberitahu, sebarang kemungkinan juga boleh terjadi memandangkan bayinya lahir ketika usia kandungan belum cukup bulan.
“Jumpa doktor pakar baru-baru ni, katanya, baby Danial lahir dalam keadaan yg belum bersedia, jadi dalam usianya yg baru 56 hari, berbagai kemungkinan boleh berlaku.
“Setelah usaha, hanya doa yang dapat mengubah nasib baby Danial saya. Tawakal hanya pada Allah. Saya dan suami yakin babu Danial saya kuat dan akan balik rumah kurang dua bulan lagi. Insya-Allah,” tulisnya.
Pelakon yang popular dengan drama Gerak Khas itu selamat melahirkan bayi lelaki pada 27 September lalu.
Bagaimanapun bayi tersebut lahir pramatang dengan berat 535 gram sahaja ketika usianya baru enam bulan di dalam kandungan.
Sebelum ini, Abby pernah mengalami keguguran pada 2017 sewaktu usia kandungannya mencecah lima bulan.
Abby mendirikan rumah tangga dengan Faizal Zakaria pada Ogos 2015.
Hasil perkahwinan pertamanya dengan aktor Norman Hakim, Abby dikurniakan tiga orang anak, Mohamed Danish Hakim, 16, Marissa Dania Hakim, 14 dan Maria Danisha Hakim, 11.
Sumber: ig Abby Abadi & Gempak
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!