Tapi pernah tak anda terfikir kenapa lain ibu hamil, lain stikernya? Ada warna merah, kuning, hijau dan putih. Anda tahu tak apa maksud warna stiker di buku pemeriksaan ibu hamil tersebut?
Penjelasan lengkap oleh Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Obstetrik & Ginekologi, Kementerian Kesihatan Malaysia ini dapat membantu anda lebih memahami apa maksud warna stiker tersebut.
Sistem ini mempunyai penggunaan 4 tag warna. Penentuan tag warna ini adalah berdasarkan kepada penilaian faktor risiko ibu semasa lawatan ke klinik/rumah.
TAG MERAH
– Rujukan segera ke Hospital dan pengendalian selanjutnya adalah bersama (shared care) Pakar O&G dan Pakar Perubatan Keluarga
TAG KUNING
– Rujukan untuk pengendalian oleh Pakar O&G Hospital/Pakar Perubatan Keluarga, dan penjagaan selanjutnya boleh dilakukan bersama (shared care) Pegawai Perubatan dan Jururawat Kesihatan
TAG HIJAU
– Pengendalian di Klinik Kesihatan oleh Pegawai Perubatan dan Kesihatan dan pengendalian selanjutnya boleh dilakukan bersama Jururawat Kesihatan/Jururawat Masyarakat di bawah pengawasan Pegawai Perubatan
TAG PUTIH
– Penjagaan oleh Jururawat Kesihatan/Jururawat Masyarakat di Klinik Kesihatan dan Klinik Desa (sekiranya tiada terdapat faktor risiko yang disenaraikan dalam kod merah, kuning dan hijau, ibu diberi kod warna putih)
Di dalam situasi yang tertentu khususnya di kawasan pedalaman, di mana tidak terdapat Pegawai Perubatan, pengendalian boleh dilakukan oleh Jururawat Kesihatan/ Jururawat Masyarakat dengan pengawasan dari Pegawai Perubatan yang terdekat atau mudah dihubungi.
Okay sekarang tengok buku pink memasing. Tengok Tag kaler apa yang tertampal pada bucu kanan atas buku tu. ada tak?
kalau ada, kaji /Tanya doktor kenapa anda di berikan kod warna sedemikian ?
jangan ingat sticker tu sekadar hiasan ye
Sumber: Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak