Hb rendah semasa mengandung memang bukan perkara asing. Walau pun ia banyak berlaku, tidak bermakna ia boleh dipandang remeh. Ada kalangan ibu yang buntu selepas mencuba pelbagai cara tapi paras Hb tidak naik, ulasan pakar O&G ini mungkin membantu.
Adalah penting untuk meningkatkan paras hemoglobin (molekul protein yang mengandungi zat besi dalam sel darah merah-Hb) kerana kekurangannya akan mengganggu pembekalan oksigen ke tisu-tisu badan ibu dan bayi. Ini boleh memudaratkan ibu dan janin/ bayi dalam kandungan.
HB KURANG 11 g/dL PERLU AMBIL LANGKAH SEGERA
Kesan daripada kekurangan zat besi (iron deficiency anaemia) ini memberikan impak dalam penghasilan sel darah merah yang kurang. Ibu hamil yang mempunyai paras Hb rendah daripada 11 g / dL perlu ambil langkah segera menaikkan paras Hb supaya diri dan janin tidak terjejas.
Doktor yang merawat sudah tentu memberikan ubat-ubatan yang diperlukan. Tapi dalam masa yang sama, ibu juga boleh mencuba dengan cara pengambilam makanan tertentu. Atau mungkin kesilapan cara ibu mengambil ubat-ubatan menjadi punca HB tidak naik.
Dr Jumeah Jumeah Shamsudin, pakar perbidanan dan sakit puan Avisena Specialist Hospital menjelaskan bahawa anemia boleh berlaku disebabkan oleh masalah pengeluaran sel darah merah yang berkurangan, kehilangan darah, atau kemusnahan sel-sel darah merah.
TINGKATKAN PARAS HB DENGAN MAKANAN KAYA ZAT BESI
Bagi meningkatkan paras hemoglobin dalam darah, ibu hamil yang mengalami anemia ini disarankan mengambil makanan mempunyai kandungan zat besi yang boleh membantu meningkatkan hemoglobin. 9 kategori makanan ini antara yang dicadangkan;
Ads
#1: Sayur-sayuran hijau gelap seperti bayam, sawi, brokoli, bendi, kacang pis membantu pembentukan sel darah merah.
#2:Ubi bit, capsicum, asparagus, bunga kubis dan kentang amat disarankan.
#3: Buah-buahan seperti pisang, anggur, avocado, betik, delima dan epal.
Ads
#4:Bijirin iaitu beras perang, quinoa, oat atau roti yang diperkaya dengan zat besi amat disarankan.
#5: Coklat gelap dan serbuk koko.
#6: Kekacang dan lentil seperti kacang merah, soya, badam, kacang tanah, biji labu, dan kacang hijau.
#7: Ambil sumber makanan daripada haiwan daging merah, ayam kampung, kuning telur kampung, makanan laut seperti ikan.
Ads
#8:Daging merah dan organ dalamanTAPIjangan diambil berlebihankerana boleh menyebabkan masalah jantung dan paras kolesterol tinggi. Ini kerana ia turut mengandungi banyak vitamin B12 yang boleh menyebabkan keracunan hati.
#9: Buah-buahan kering seperti aprikot, buah tin, kurma dan prun.
8 JENIS MAKANAN YANG PERLU DIHINDARI IBU HB RENDAH
Dalam masa yang sama, ibu hamil yang mengalami masalah Hb rendah perlu memastikan pemakanannya tidak ‘sabotaj’ usahanya untuk menaikkan paras Hb. Justeru, Dr Jumeah mencadangkan para ibu untuk mengelakkan beberapa jenis makanan ini;
Makanan yang diletakkan banyak kimia seperti pengawet, pewarna dan perasa tiruan.
Makanan berproses seperti makanan dalam tin, minuman berkarbonat dan daging diproses seperti sosej dan nuget.
Makanan ringan atau segera yang kurang khasiatnya seperti kentang goreng, kerepek, burger dan sebagainya.
Makanan yang mempunyai rasa masam.
Air osmosis terbalik yang tidak mengandungi mineral. Ia yang mengganggu keseimbangan homeostasis darah.
HVO (Hydrogenated Vegetable Oil) dan minyak goreng yang digunakan berulang kali kerana ia memberatkan lagi keadaan anemia akibat gangguan edaran darah dan oksigen rendah.
Makanan yang boleh mengganggu penghadaman seperti mencampurkan susu dan buah, mencampurkan dua jenis protein yang berbeza seperti daging dan ikan atau telur atau susu.
Makanan yang terlalu pahit seperti hempedu bumi, seruntun, peria dan tunjuk langit perlu dihindari kerana ia boleh melemahkan badan.
TUNGGU 2 JAM LEPAS MAKAN PIL ZAT BESI BARU BOLEH 6 MAKANAN INI
Anda perlu menunggu sekurang-kurangnya dua jam selepas mengambil makanan ini sebelum mengambil makanan tambahan dan zat besi anda supaya penyerapan lebih optimum.
Teh.
Kopi.
Kalsium.
Produk tenusu seperti susu dan yogurt.
Antasid yang digunakan untuk melegakan gastritis.
Bijirin penuh.
Bijirin penuh merupakan sumber yang baik untuk zat besi itu sendiri, namun ia mengandungi asid phytic yang boleh mengganggu penyerapan zat besi daripada makanan dan pil lain. Ambil dua jam selepas makan pil zat besi supaya pil dapat diserap dengan lebih berkesan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Wanita yang sedang mengandung akan melalui pemeriksaan pranatal dan pelbagai ujian saringan dari awal kehamilan sehinggalah bersalin. Suami-suami jangan penat bantu isteri.
Jadi sudah pasti banyak masa dihabiskan di klinik sepanjang tempoh kehamilan 40 minggu. Sekiranya tahap kesihatan baik, pemeriksaan tidaklah sekerap mana. Namun jika ibu ada masalah kesihatan, maka lebih keraplah ujian, temujanji dan pemeriksaan antenatal perlu dilakukan di klinik. Dengan ini memang lebih keraplah si ibu perlu ke klinik walau pun kandungan semakin hari semakin sarat. Emosinya juga jadi sensitif, tambah-tambah lagi dengan orang yang tersayang.
Suami adalah orang yang tepat untuk menemani isteri ke klinik. Adakalanya terpaksa berkampung di klinik demi si isteri yang sedang hamil. Encik Akhtar Syamir atau Bro Ohsem, telah berkongsi mengenai kisah isterinya yang mempersoalkan perkara ini.
Orang mengandung ni memang menyusahkan ke?
Soal isteri kepada saya semalam dengan memegang erat tangan saya. Matanya merah menahan air mata dari berlinangan kerana menganggap dirinya menyusahkan saya dengan kandungannya yang sudah menghampiri 31 minggu.
Ini kerana kelmarin, beliau untuk kali ketiganya menjalani ujian BSP (Blood Sugar Profile). Jadi boleh dikatakan berkampunglah kami di klinik kesihatan untuk mengambil bacaan darah sebanyak 4 kali dalam sehari. Setelah 2 kali BSP sebelum ini mencatatkan bacaan yang baik, namun kelmarin bacaan pertama pada pukul 8 pagi menunjukkan bacaan 5.3 tahap gula dalam darah. Jika mengikut kadar biasa, bacaan itu adalah baik. Masih di bawah 6.1. Tetapi mungkin orang mengandung ini standardnya berlainan kerana 5.3 pada bacaan pertama hari ujian BSP dianggap sebagai tinggi.
Hasilnya, selepas berjumpa Doktor semalam, isteri diarahkan untuk membuat BSP sekali lagi pada hari ini. Agak mengecewakan juga kerana ujian BSP ini 4 kali. Bermakna 3 kali perlu dibuat di klinik kesihatan dan yang terakhir di klinik biasa atau farmasi. Jadi, saya perlu menemaninya lagi dua hari iaitu hari ini (BSP) dan besok untuk berjumpa Doktor sekali lagi. Bayangkan 4 hari berturut – t urut ke Klinik Kesihatan yang sememangnya penuh setiap hari.
SILAP TERTUNJUK MUKA STRES
Mungkin ternampak sedikit kekesalan di air muka saya semalam yang membuatkan isteri terfikir yang dia menyusahkan saya. Saya akui memang silap saya tertunjuk muka. Selalunya saya memang akan sorok apa jugak kepenatan dalam membantu dia. Saya tidak kesalkan bacaan gula isteri pun sebenarnya.
Cuma agak stress dengan keterpaksaan berkunjung ke Klinik Kesihatan 4 hari berturut – turut. Mungkin memang tidak boleh ditangguh lagi ujian BSP itu. Kalau boleh ditunda ke minggu hadapan alangkah baiknya. Kerana 4 hari berturut – turut memang memenatkan. Tapi demi keselamatan baby, saya harus terus positif.
TIDAK MENYUSAHKAN PUN
Sehingga hari ini saya cuba menenangkan perasaan dia. Sesungguhnya saya sedar perkara ini harus dilalui oleh kebanyakan orang yang mengandung. Tidak ada istilah menyusahkan sebenarnya. Malah saya yang patut bersyukur kerana isteri sudi bersusah payah dengan sakitnya, loyanya, muntahnya untuk kami menambah zuriat. Tidak ada apa lagi yang sepatutnya saya harapkan dari dia melainkan sentiasa cuba meringankan bebannya.
Kadang – kala saya terlihat ada ibu – ibu yang datang ke klinik kesihatan bersendirian ataupun bersama anak yang masih kecil. Terdetik juga rasa kasihan tetapi saya lebih berasa kagum dengan kekentalan mereka. Semoga semua ibu yang menjalani saat – saat ini dipermudahkan segala urusan.
Doakan juga urusan kami dipermudahkan dan semoga isteri saya Nora Azni dan kandungan sentiasa sihat walafiat. Due adalah pada 20hb Oktober ni. Boleh juga bagi kata – kata semangat kat dia. Nampak sedikit down dari semalam lagi.
Korang pernah kena buat BSP? Serik tak? Pengalaman korang macam mana?
Pernah tak ibu-ibu dengar mengenai urutan perineum? Satu kajian pernah dijalankan menunjukkan urutan perineum ini mampu mengurangkan koyakan pada bahagian vagina kita semasa bersalin sekaligus mengurangkan risiko ‘kena gunting’ oleh doktor.
Kebanyakan wanita yang mengamalkan urutan ini melaporkan mereka tidak mengalami kesakitan pada bahagian perineum atau faraj dalam tempoh 3 bulan selepas bersalin normal
Anda boleh memulakan urutan perineum bermula pada minggu ke 34 dan sehingga saat ingin bersalin. Anda boleh lakukan sendiri dirumah, 2 kali sehari dengan menggunakan minyak tertentu yang berasaskan bahan semulajadi.
Antaranya minyak zaitun, minyak kelapa dara dan sebagainya. Elakkan minyak bayi, jeli petroleum atau apa jua minyak yang mengandungi bahan kimia. Nak jamin keselamatan anda, buat minyak sendiri dengan menggunakan kelapa parut yang ala- ala minyak selusuh tu.
Anda boleh minta tolong suami yang urutkan tapi yang penting lakukannya dalam keadaan tenang dan jangan sesekali dalam keadaan terpaksa. Waktu yang sesuai ialah selepas mandi dan jika anda ragu- ragu, boleh dapatkan nasihat doktor sebelum memulakan urutan ini. Urutan ini tidak dibenarkan jika anda mempunyai jangkitan pada bahagian faraj.
9 langkah mudah urutan perineum
Cuci tangan anda sehingga bersih, kuku hendaklah sentiasa pendek.
Sandar pada bantal dan duduk seperti mencangkung. Dapatkan kedudukan yang selesa dan tiada gangguan.
Sapukan jari dengan minyak pilihan anda
Masukkan 1 jari ke dalam dinding faraj atau lebih kurang 1 hingga 1.5 inci ke dalam faraj.
Pastikan 4 jari lagi di bahagian punggung
Tekan ke bawah iaitu ke arah dubur dan ke sisi sehingga mengalami sedikit rasa regangan.
Tetapkan keadaan tersebut selama 2 minit.
Gerakkan semua jari bentuk U dan lakukannya berulang kali. Urut selama mana yang anda mahu sekurang- kurangnya lima minit setiap kali.
Selepas selesai melakukan urutan, buat kemutan pada bahagian faraj. Ia dilakukan sama seperti anda hendak menahan kencing atau menahan kentut. Tahan selama 10 saat dan lepaskan 10 saat. Ulang semula sehingga 10 kali.
Urutan yang dilakukan di bahagian perineum amat digalakkan ketika hamil. Hal ini dapat memudahkan proses bersalin dalam masa yang sama dapat elakkan bahagian faraj kita digunting oleh doktor. Sekali lagi, selamat melahirkan anak-anak hebat, semoga semuanya mudah dan menjadi pengalaman berharga buat ibu- ibu semua.
Sumber: ibudoakan.com
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kehamilan memang diharapkan dalam sebuah perkahwinan. Namun anak belum sempat dilahirkan kesemuanya telah kembali ke negara abadi.
Suasana pilu menyelubungi tatkala pemergiaan pasangan suami isteri, Allahyarham Nur Syafiqah Jaafar dan suami, Allahyarham Mohd Ikraam Ab Azit kedua-duanya berusia 22 tahun.
Kedua-duanya maut dalam kemalangan motosikal dinaiki mereka bertembung sebuah kereta di Lebuhraya Rantau Panjang-Pasir Mas dekat Lubok Jong semalam.
Allahyarham Nur Syafiqah Jaafar yang sedang hamil lima bulan dilaporkan mengalami pecah perutnya akibat nahas tragis tersebut yang berlaku kira-kira jam 6.30 pagi itu. Kedua-dua bakal ibu bapa ini meninggal dunia di lokasi.
TERCAMPAK 7 METER, JANIN TERKELUAR
Menurut Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Superintendan Abdullah Mohammad Piah, Allahyarham Nur Syafiqah tercampak kira-kira tujuh meter dalam kemalangan terabbit sehingga menyebabkan janin dalam kandungannya turut terkeluar.
Ketika kejadian, katanya, motosikal ditunggang Allahyarham Mohd Ikraam dalam perjalanan dari arah Pasir Mas menghala Rantau Panjang, manakala Perodua Myvi dipandu seorang lelaki berusia 27 tahun pula dari arah bertentangan.
“Sebaik tiba di lokasi, pemandu kereta Myvi cuba memotong kenderaan lain namun gagal sebelum bertembung motosikal jenis Yamaha LC dinaiki pasangan suami isteri berkenaan.
“Akibat pertembungan itu, Allahyarham Nur Syafiqah tercampak sehingga tujuh meter menyebabkan janin dalam kandungannya terkeluar,” katanya ketika ditemui di Hospital Pasir Mas (HPM).
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Kemalangan ini sangat tragis dan menyedihkan. Saya nasihatkan pengguna jalan raya supaya berhati-hati dan memastikan jarak selamat sebelum memotong kenderaan di hadapan,” katanya Abdullah.
KELUARGA TIDAK TAHU ALLAHYARHAM SEDANG HAMIL
Manakala dalam perkembangan lain, bapa kepada Allahyarham Nur Syafiqah memaklumkan mereka sekeluarga tidak tahu yang anaknya sedang hamil.
“Saya bukan sahaja terkejut kerana anak meninggal dunia, kami juga terkejut rupanya anak mengandung lima bulan dan janin terkeluar akibat kejadian itu,” kata bapa Allahyarham Nur Syafiqah, Jaafar Ibrahim.
KALI TERAKHIR BERJUMPA AHAD LALU
Kata Jaafar, anak ketujuh daripada sembilan beradik itu adalah pelajar tahun akhir di Politeknik Kota Bharu dalam jurusan Kejuruteraan Mekanikal.
“Kali terakhir saya berjumpa dengan anak pada Ahad lalu ketika menghantarnya ke Politeknik.
“Hari ini jam 8 pagi, kami dikejutkan dengan kejadian yang menimpa anak serta menantu. Saya tidak tahu ke mana mereka mahu pergi sebelum terbabit dalam kemalangan.
“Apa yang berlaku mengejutkan kami sekeluarga dan anak juga tidak memaklumkan dia mengandung,” katanya ketika ditemui di Hospital Pasir Mas (HPM).
KELUARGA REDA PEMERGIAAN
Sementara itu, bapa kepada Allahyarham Mohd Ikraam, Abdul Aziz Mohd Zain, 60, berkata anaknya bertugas sebagai anggota bomba bantuan di Balai Bomba dan Penyelamat Tumpat.
“Anak saya keluar rumah jam 12 tengah malam tadi memaklumkan mahu menghantar rakannya ke Kuala Lumpur sebelum dikejutkan dengan kejadian kemalangan.
“Kami reda dengan kehilangan anak bongsu daripada tiga beradik secara mengejut,” katanya yang jenazah akan dikebumikan di Kampung Berangan.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.