Jika anak anda jenis yang suka mengamuk tiap-tiap kali nak berus gigi, pertama kali kita sebagai ibu bapa tidak boleh berputus asa dan mengikut kemahuan mereka untuk tidak memberus gigi.

Doktor Kongsi 3 Teknik Gosok Gigi Anak Yang Mengamuk. Biar Anak Menangis Gosok Gigi Dari Sakit Gigi

BAGAIMANA NAK MENGATASI MASALAH ANAK “MENGAMUK” KETIKA MEMBERUS GIGI?

Anak kecil masih dalam proses belajar, jika mereka menangis taknak berus gigi dan kita mengikut untuk tidak memberus gigi mereka dengan alasan kasihan serta tidak sampai hati melihat anak menangis dan meronta-ronta, maka mereka akan belajar bahawa jika mereka menangis, mereka tidak perlu lagi untuk memberus gigi.

Jadi mereka akan terus menerus menggunakan alasan tersebut dan rutin ini akan sentiasa berlaku. Akhirnya gigi anak tidak diberus dan akan menyebabkan gigi mereka menjadi mudah rosak dan berlubang.

Oleh itu, anda sebagai ibu bapa perlulah dengan sebaik mungkin untuk membiasakan diri anak anda memberus gigi tetapi haruslah dilakukan dengan teknik yang betul. Memang “struggle”, tapi jika dibuat secara rutin, In sha Allah anda akan melihat hasil yang positif.

Berikut merupakan cara yang boleh membantu anda untuk memberus gigi anak kecil jika mereka menangis, mengamuk atau meronta dengan teruk:

Teknik Dua Orang (Gambar A)

Ads
Doktor Kongsi 3 Teknik Gosok Gigi Anak Yang Mengamuk. Biar Anak Menangis Gosok Gigi Dari Sakit Gigi
Credit: Google

✅ Teknik ini perlukan kerjasama antara ibu dan bapa.
✅ Bapa boleh duduk di kerusi dengan posisi lutut menghadap ke lutut ibu (knee to knee position).
✅ Bapa memeluk anak di atas riba dan baringkan kepala anak di atas riba ibu sambil memegang tangan anak.
✅ Ibu boleh memegang kepala anak dan “memaksa” dia membuka mulut untuk memberus giginya (perlu hati-hati takut anak tergigit jari ibu).

Teknik Seorang (Gambar B dan C)

Doktor Kongsi 3 Teknik Gosok Gigi Anak Yang Mengamuk. Biar Anak Menangis Gosok Gigi Dari Sakit Gigi
Credit: Google
Doktor Kongsi 3 Teknik Gosok Gigi Anak Yang Mengamuk. Biar Anak Menangis Gosok Gigi Dari Sakit Gigi
Credit: Google

✅ Ibu atau bapa boleh berdiri di belakang anak dan memberus gigi sambil memegang kepala mereka. Teknik ini sesuai jika anak tidak mengamuk terlalu kuat atau sekadar menangis tanpa meronta-ronta.

✅ Cara yang lain, ibu atau bapa boleh duduk di bawah dan baringkan anak di atas riba anda. Kemudian anda boleh memberus gigi anak sambil memegang kepalanya. Jika anak meronta-ronta, anda boleh kepit badan/tangan anak di celah kaki anda.

“Kejamnya Dr sampai nak kena paksa-paksa anak berus gigi macamni. Saya tak sampai hati la…”

Kita hanya memberus gigi anak lebih kurang 2 minit sahaja setiap sesi. Selesai memberus, anak akan berhenti menangis. Jika kita membiarkan gigi anak kecil tanpa diberus, kerosakan gigi akan berlaku dan akhirnya anak menangis sepanjang malam tak dapat tidur gara-gara sakit gigi.

Ads

Mana yang lebih kejam?

Tahan diri melihat anak menangis selama 2 minit ketika memberus gigi, atau anak menangis sepanjang malam sebab tak dapat tidur gara-gara sakit gigi?

Pilihan di tangan kita sebagai ibu bapa.

Melalui cara “paksa-rela” inilah, anak kecil akan belajar bahawa tidak kira mereka menangis atau mengamuk, rutin memberus gigi itu WAJIB dibuat tanpa mengira keadaan. Lama-kelamaan anak akan menerima hakikat bahawa memberus gigi ini WAJIB dilakukan tidak kira sama ada mereka suka ataupun tidak.

Harus diingat juga yang anak-anak mudah mempelajari dan mengikut sesuatu perbuatan jika mereka sering melihat sesuatu perkara tersebut.

Jadi jika kita mahu anak kita memberus gigi mereka, maka kita sendiri harus menunjukkan kepada mereka yang kita juga rajin memberus gigi.

Ads

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!

“Anda jaga gigi, anda tidak rugi”.

Kredit: Dr Mohd Khairul Izwan

Doktor Kongsi 3 Teknik Gosok Gigi Anak Yang Mengamuk. Biar Anak Menangis Gosok Gigi Dari Sakit Gigi

Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di https://toko.ideaktiv.com/product/ya-aku-mampu-susukan-anak/


Doktor Kongsi 3 Teknik Gosok Gigi Anak Yang Mengamuk. Biar Anak Menangis Gosok Gigi Dari Sakit Gigi

Jom, kongsikan foto comel si manja anda bertemakan Jungle Cuties di SINI! Ada hadiah menarik menanti.(https://www.majalahpama.my/pencarian-bayi-pilihan-pama/)

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI