Pernah tak anda rasa give up akibat anak yang terlalu kerap mengalami demam, batuk dan selesema? Susah sangat nak atasi. Tak tahu apa sebab dan puncanya.
Perkongsian dari Dr Ezairy M.Sallih ini menyatakan kemungkinan ada 5 sebab anak-anak mudah mendapat batuk, demam dan selesema. Lepas ni ibu bapa kena lebih peka dan tak buat sambil lewa ya.
1.Banyak ke tempat ramai orang
Cuba elakkan bawa anak-anak yang masih kecil ke tempat yang crowded dan ramai orang. Ini akan meningkatkan risiko anak kita mendapat jangkitan virus dan sebagainya daripada orang ramai.
2.Lewat bawa berjumpa doktor
Apabila anak mengalami sakit, ada ibu bapa yang sengaja memilih untuk tidak membawa jumpa doktor.
Ads
“Alah, siket aje tu. Kejap lagi baiklah tu,”
Ini merupakan antara kata-kata yang kita boleh dengar di kalangan ibu bapa yang agak sambil lewa.
Tak boleh begini, bawa jumpa dan periksa doktor.
3.Rawatan yang salah
Ads
Ada pula ibu bapa yang lebih percaya dengan kaedah rawatan alternatif yang salah. Ini yang menambah burukkan keadaan anak. Diletaknya daun-daun, kayu, air dan apa-apa lagi. Ini sia-sia!
4.Tak datang pun temujanji doktor
Apabila anak ada demam, batuk dan selsema, ada di kalangan kita yang tak jumpa pun doktor. Kalau dah jumpa dan diberi ubat, tak baik, tak jumpa pun doktor lagi.
Ads
“Alah, dah makan ubat doktor masih tak baik juga… tak payahlah datang lagi,”
Perlu diingat, kalau sakit anak anda masih tidak berkurang, jumpa doktor semula. Ada kemungkinan jangkitan bakteria telah berlaku dan memerlukan ubat antibiotik.
5.Bercampur dengan mereka yang sedang alami jangkitan
Elakkan membawa anak anda ke tempat mereka yang turut mengalami demam, batuk dan selsema. Ini akan menyebabkan anak anda mudah untuk turut mengalaminya, terutama anak-anak yang masih lemah imunitinya.
Masalah apabila anak-anak bergaduh sebab tak nak kongsi barang, memang biasa berlaku. Walaupun anak tu dah masuk tadika, tetap mempunyai perangai yang sama. Memang nampak biasa-biasa sahaja, tetapi perkara ini jika dibiarkan akan jejas perkembangan anak.
Melalui maklumat daripada pusat perkembangan kanak-kanak, Excel Qhalif, membiarkan perkara ini sejak usia kecil lagi akan menganggu perbendaharaan kata, komunikasi,interaksi sosial, dan emosi anak. Sedangkan ketika ini, mereka perlu bermain dengan rakan sebaya untuk rangsang perkembangannya. Jom ikuti perkongsian ini.
Saya sering didatangi oleh ibubapa yang mengadu anaknya tidak suka berkongsi. Terutama barang mainannya, meskipun dengan ibubapa atau adik beradik mereka sendiri. Perkara ini bukanlah masalah pokok tetapi ia boleh menjadi serius apabila anak tersebut mempunyai masalah pertuturan atau lambat bercakap.
Kenapa boleh jadi begitu? Selain eye contact, berkongsi juga adalah sebahagian elemen asas pra-komunikasi. Contohnya; sekarang kita berkongsi cerita yang sama, topik yang sama, membaca artikel yang sama dan berkongsi masalah yang sama. Iaitu topik anak sukar berkongsi. Begitulah juga dengan anak-anak kita, sekiranya mereka sukar berkongsi, tiada komunikasi 2 hala yang sihat bakal berlaku.
Bukan sahaja komunikasi, malah perkembangan perbendaharaan kata, perkembangan interaksi sosial, dan emosi juga boleh menjadi terhad dan terganggu.
Kanak-kanak perlu bermain dengan rakan sebaya untuk rangsang perkembangannya. Secara tidak langsung idea dan kebijaksanaan mereka bertambah.
Bagaimana hendak atasi masalah ini? Di sini saya sertakan 5 teknik yang mungkin berguna buat ibubapa dirumah. 1.Pilih Mainan yang Betul Pilih permainan yang mempunyai ciri-ciri berkongsi atau memerlukan 2 orang pemain ataupun memerlukan bantuan orang dewasa. Contohnya seperti congkak dan lego . Pasti untuk siapkan satu lego anak perlukan bantuan ibubapa. Disinilah peluang berkongsi dan bermain bersama digunakan sebaik mungkin.
2.Jadikan Diri Anda Sebagai Contoh Mainkan peranan anda sebagai contoh terbaik. Ibubapa mesti menunjukkan tauladan berkongsi. Kerana anak-anak adalah peniru terbaik. Sekiranya bermain dengan mereka, pastikan mengikut giliran bermain. Contohnya permainan, baling bola masuk ke dalam bakul. Boleh dilakukan mengikut giliran, mula papa baling, kemudian mama dan kemudian si anak. Cakap dengan dia “Papa baling pula” dengan ini anak faham kosep berkongsi dan main bersama. Saya pernah didatangi oleh anak yang sangat pandai berkongsi. Inilah teknik yang beliau suami isteri lakukan.
3.Puji dan Galakkan Mereka Puji mereka apabila mereka sudi berkongsi dengan rakan. Dengan cara ini mereka suka lakukannya dengan kerap. Jika boleh, pujilah mereka di hadapan orang yang beliau sayangi. Si ibu boleh kata begini, “Tengahari tadikan papa, Imran kongsi permainan dia dengan Aiman. Bagus dia main sama-sama” Papa pula sampuklah dengan penuh minat “Ohh ye ke, baguslah Imran pandai kongsi dan main sama-sama”
4.Bincang & Pujuk Kadang-kala anak tidak mahu berkongsi sebab permainan tersebut permainan kesayangan mereka. Atau mungkin juga ada sejarah silam yang membuat mereka tidak mahu berkongsi. Permainan mereka dirosakkan atau dihilangkan. Tanya mereka; “Kenapa Imran tak nak kongsi kereta tu?” Mungkin Imran akan menjawab; “Dulu Aiman main kereta Imran sampai rosak” Pujuk dan bincang dengan mereka; “ Mama faham, tapi dulu tu Imran tak sengaja , kesian dia nak main dengan Imran. Kalau rosak papa betulkan nanti”. Guna kebijaksaan anda untuk pujuk mereka. Ibubapa pastinya lebih mengenali anak mereka dengan lebih dekat.
5.Kuatkuasakan Undang-undang Setiap barang mainan yang baru dibeli, letakkan satu undang-undang. “Ini papa punya mainan, Imran nak main, boleh. Tapi kena main dengan papa.” Jangan berikan kuasa milik mutlak pada mereka. Tegur sikap mereka yang terus merampas barang yang mereka mahukan. Simpan barangan tersebut setelah bermain bersama. Undang-undang ini tidak semestinya dikuatkuasa pada semua mainan, cuma sesetengah permainan sahaja.
Kesimpulannya: Ia mampu mengubah sikap dan cara anak bermain. Matlamat kita adalah untuk mereka terus boleh berkongsi dan berkomunikasi. Sebagai ibubapa kita perlu sabar dan berdoa. Tiada apa yang berlaku sekelip mata. InsyaAllah semua usaha ini ada balasan dariNya.
Anak usia 2 tahun dah boleh baca dan hafaz al-Quran? Tak mustahil jika ibu ayah ada kemahuan ke arah itu.
Alhamdulillah sudah ramai ibu bapa yang mampu mendidik anak mereka sehingga menghafaz surah-surah pendek pada usia antara 2 hingga 5 tahun. Anak-anak yang masih kecil mampu menghafaz al-Quran bermula usia 2 tahun, percaya tak? Ia bukan suatu yang mustahil!
Tip yang dikongsikan oleh Ustazah Fhadilah Abdul Jamil dapat membantu ibu bapa dalam mendidik anak cintakan al-Quran.
1- Ibu bapa perlu perbetulkan niat dalam diri kerana Allah. Sebab didik/ajar anak kerana mereka amanah dari Allah. Anak-anak dilahirkan dalam keadaan fitrah. Kita sebagai ibu bapalah yang mencorakkannya.
2- Disiplinkan masa mengajar anak-anak.
(Saya akan mengambil satu waktu dalam tempoh setengah jam- 1 jam ke atas untuk ajar anak-anak mengaji/menghafaz al-Quran setiap hari@ 5 @ 4 kali seminggu secara disiplin).Waktu yang paling sesuai adalah selepas Maghrib atau Zohor.
3- Untuk permulaan ajar mereka mendengar/menghafaz huruf hijaiyyah.
(Setiap hari saya sendiri akan membaca untuk anak-anak huruf alif, ba’,ta’ hingga ya’ menggunakan flash card atau buku)
4- Apabila anak-anak sudah lancar hafaz dan kenal alif -ya’. Bolehlah mulakan membaca surah-surah dari juz ‘amma.
(Saya akan mula ajarkan anak-anak menghafaz surah Al -Fatihah, seterusnya an-Nas dan seterusnya dengan menggunakan sekeping kertas yang ditaip sendiri untuk permulaan)
5- Seterusnya, saya akan ajar anak-anak membaca dengan Muqaddam dihadapan mereka dan saya akan baca satu kalimah atau potong-potong ayat untuk anak-anak ikut saya. Ulang beberapa kali..Sampai jelas sebutannya.
Contoh :
Alham (الحمد)
Dulillah
hi rabbil
‘alamin
6- Apabila anak-anak sudah dapat sebut dengan fasih kalimah tersebut, saya akan baca satu ayat terus tanpa potong dan begitulah ayat seterusnya.
Contoh : Alhamdulillahi rabbil ‘alamin
7- Cara saya menguji tahap ingatan/hafazan mereka adalah ketika mereka sedang membuat kerja mereka/bermain barang mainan atau ketika saya di dapur atau saya mengemas atau melakukan kerja rumah atau ketika mereka bersama saya. Suami juga turut membantu untuk mendengar/membetulkan hafazan mereka.Saya akan mulakan ayat pertama/kalimah pertama dari surah-surah tertentu.
Contoh : Surah Al-Masad
Saya baca : Tabbat yada..
Anak ulang dan sambung ayat
dan anak sambung sampai selesai satu surah.
8- Setiap kali anak-anak selesai membaca berikan pujian, doa dan ganjaran buat mereka.
9- Sebagai ibu bapa lazimi membaca al-Quran hari-hari kerana kita adalah idola dan contoh buat anak-anak. Biar sampai anak-anak kecil mampu memberi ingatan pada kita untuk baca al-Quran jika mereka tidak nampak kita baca. Anak-anak saya sendiri kalau tak nampak ummi mereka baca, mereka akan kata, “ummi tak baca quran pun”. Sedangkan saya baca cumanya ketika mereka asyik bermain jadi tak perasan saya baca lepas solat.
10- No gadget, No iPad, no handphone. Saya tak berikan anak-anak bermain atau guna semua ni maksudnya mereka tak boleh pegang. Saya akan kawal sepenuhnya kerana bimbang bila mereka mula bergadget tumpuan mereka untuk belajar akan berkurang. Jangan risau, anak-anak ni cepat je belajar bergadget. Tak rugi pun tak bagi masa mereka kecil. Tapi yang ruginya tak ajar mereka ilmu yang bermanfaat terutamanya membaca dan mengenal al-Quran.
Apa yang penting, sebagai ibu bapa jaga hubungan kita dengan Allah. Selain itu jangan lupa setiap kali berdoa selitkan doa mohon dari Allah supaya jadikan anak-anak dikalangan yang cintakan al-Quran, jadikan anak-anak fasih dan dapat hafaz al-Quran. Yakin dengan doa kita sebagai ibu bapa. Kita berusaha, selebihnya kita tawakal pada Allah.
Sumber: joysofummi.blogspot.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa yang tak mahu anak jadi bijak dan pandai dalam segala hal. Namun mendidik anak yang cerdas minda dan tinggi daya IQnya harus dilatih sejak kecil lagi. Namun cara ransangannya juga harus bijak dan tepat. Ada beberapa perkara ibu ayah boleh praktikkan di rumah untuk melatih kecergasan anak-anak kita.
Menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad, merangsang minda cerdas anak haruslah dilakukan mengikut semua deria supaya melatih anak dalam pelbagai sudut.
Bagaimana merangsang otak bayi kita supaya minda mereka lebih cerdas dan mempunyai IQ tinggi?
LAKUKAN RANGSANGAN SENSORI
1. Rangsang pendengaran. Buka bacaan al Quran (paling bagus dibaca oleh ibu atau bapa). Sesekali dengar dodoikan anak dengan nyanyian lagu yang baik.
2. Rangsang penglihatan. Dengan melihat gambar-gambar dari buku, bukan dari gajet elektronik spt TV atau henfon kerana cahaya yang dikeluarkan boleh merosakkan mata.
3. Rangsang sentuhan. Dengan membiarkan mereka bermain dengan alat permainan yang selamat.
LAKUKAN RANGSANGAN GERAKAN MOTOR
1. Galakkan anak meniarap dan merangkak. Ia akan menguatkan otot tangan dan kaku. Bila semakin membesar, galakkan anak berdiri dan berjalan bagi melatih imbangan tubuh.
2. Merangsang pertuturan bahasa dengan sering berkomunikasi dengan anak, sama ada bercakap atau menyanyi dengan anak.
3. Meransangkan pergerakan otot kecil seperti jari dan mata. Ambil objek permainan yang kecil di hadapan anak, gerakkan objek itu ke atas, ke bawah, ke kanan dan ke kiri. Pastikan mata anak mengikut pergerakan objek itu.
Semoga bermanfaat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.