Pernah tak anda rasa give up akibat anak yang terlalu kerap mengalami demam, batuk dan selesema? Susah sangat nak atasi. Tak tahu apa sebab dan puncanya.

Perkongsian dari Dr Ezairy M.Sallih ini menyatakan kemungkinan ada 5 sebab anak-anak mudah mendapat batuk, demam dan selesema. Lepas ni ibu bapa kena lebih peka dan tak buat sambil lewa ya.

1.Banyak ke tempat ramai orang

Cuba elakkan bawa anak-anak yang masih kecil ke tempat yang crowded dan ramai orang. Ini akan meningkatkan risiko anak kita mendapat jangkitan virus dan sebagainya daripada orang ramai.

Doktor Kongsi 5 Sebab Ini Kemungkinan Batuk, Selesema Dan Demam Anak Berulang Dalam Tempoh Singkat

2.Lewat bawa berjumpa doktor

Apabila anak mengalami sakit, ada ibu bapa yang sengaja memilih untuk tidak membawa jumpa doktor.

IKLAN

“Alah, siket aje tu. Kejap lagi baiklah tu,”

Ini merupakan antara kata-kata yang kita boleh dengar di kalangan ibu bapa yang agak sambil lewa.

Tak boleh begini, bawa jumpa dan periksa doktor.

3.Rawatan yang salah

IKLAN

Ada pula ibu bapa yang lebih percaya dengan kaedah rawatan alternatif yang salah. Ini yang menambah burukkan keadaan anak. Diletaknya daun-daun, kayu, air dan apa-apa lagi. Ini sia-sia!

4.Tak datang pun temujanji doktor

Apabila anak ada demam, batuk dan selsema, ada di kalangan kita yang tak jumpa pun doktor. Kalau dah jumpa dan diberi ubat, tak baik, tak jumpa pun doktor lagi.

IKLAN

“Alah, dah makan ubat doktor masih tak baik juga… tak payahlah datang lagi,”

Perlu diingat, kalau sakit anak anda masih tidak berkurang, jumpa doktor semula. Ada kemungkinan jangkitan bakteria telah berlaku dan memerlukan ubat antibiotik.

5.Bercampur dengan mereka yang sedang alami jangkitan

Elakkan membawa anak anda ke tempat mereka yang turut mengalami demam, batuk dan selsema. Ini akan menyebabkan anak anda mudah untuk turut mengalaminya, terutama anak-anak yang masih lemah imunitinya.

Sumber: Dr. Ezairy M.Sallih

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI