Nak atasi anak cakap pelat, ibu bapa kena rajin layan anak bercakap sepanjang masa. Tidak hairan jika hari ini ada yang risau mengenainya.

“Anak saya dah 3 tahun tapi masih pelat cakap bahasa dia. Memang susah nak faham.”

“Anak saya masih belum pandai bercakap lagi, sedangkan semua kawan-kawan sebayanya sudah pun petah bercakap.”

Sebenarnya, semua anak-anak belajar bahasa mengikut aturan yang sama. Mereka belajar nama-nama pertama, kemudian mereka mula menggabungkan perkataan-perkataan tersebut dan akhirnya mereka pandai membuat ayat.

Menurut Dr Erna Nadia, ibu bapa yang ada anak seperti ini mestilah ajar anak-anak menggunakan perkataan dengan betul, bukan pelat.

Contoh:
Makan, bukan mamam
Susu, bukan syusyu atau nenen
Berak, bukan yakyak

Dan kena selalu bercakap dengan anak-anak di rumah. Bukan sekadar biar mereka main sendiri atau bagi gadget atau tengok tv tapi kita buat hal kita.

Sebab tu ekspresi anak jadi flat macam screen gadget dan tv sebab dia berkomunikasi sehala. Dia tak tahu nak bercakap dengan orang lain, dia tak tahu nak bercakap pun dan yang lebih teruk lagi gaya dan nada cakap dia seperti kartun.

Doktor Kongsi Bagaimana Nak Atasi Anak Cakap Pelat. Yang Penting Kena Rajin Layan Anak Bercakap

IKLAN

Ada kes di mana seorang kanak kanak umur 3 tahun yang bercakap bunyi seperti mickey mouse sebab setiap hari dia dihidangkan dengan video mickey mouse. Kesian dia.

Ajar anak-anak kira dan perkataan yang berlainan setiap hari. Ajar anak anak untuk minta apa yang dia mahu dengan perkataan.

Contoh:
Dia nak makan nasi, dia tunjuk dan cakap ‘nak nasi’
Dia nak main kat luar, dia cakap ‘nak main’

Ajar dia perkataan baru setiap hari dan ulang ulang ulang. Anak-anak umpama span, dia akan serap apa yang dia lihat dan dengar setiap hari.

Jadi, berkatalah dan ajarlah serta tunjukkanlah yang baik-baik jika kita mahu anak-anak kita menjadi baik-baik.

Lagi satu, perhatikan anak kita bila kita panggil dia. Bila terus panggil, dia terus toleh atau tak. Jangan jerit, cuba dengan nada biasa sahaja, tengok samada dia toleh atau tak. Jika tak, cuba dengan nada yang sedikit kuat.

IKLAN

Jika selalu terjadi, boleh cuba beberapa kali. Risau jika dia tak bercakap atau lambat bercakap bukan sebab tak pandai cakap tapi ada masalah pendengaran.

Biasanya bila anak berumur setahun enam bulan, dia dah boleh berkata 1-2 perkataan dengan jelas.
Contoh : mama, papa, nak makan, atok, nenek, ibu, susu.

Umur dua tahun dah boleh sebut 2-3 perkataan dengan jelas dah boleh mengira (walaupun tunggang terbalik)
Contoh: kereta banyak, nak makan nasi, nak minum susu, jom main.

Bila umur 3 tahun, dia dah boleh bina ayat mudah.
Contoh: ibu, jom kita pergi jalan-jalan.
Babah, tengok tu kucing comel.

Cubalah ya.

IKLAN

Doktor Kongsi Bagaimana Nak Atasi Anak Cakap Pelat. Yang Penting Kena Rajin Layan Anak Bercakap

Bersembang dengan anak-anak selalu. Ajar mereka setiap hari setiap masa.

Umur setahun pun ada saja budak yang pandai lafaz doa makan dan surah pendek. Semua tu bukan magik cuma perlukan praktik.

Ingat ya, ajar anak bercakap bukan sekadar tunjuk-tunjuk atau bagi gadget sahaja.

Janganlah kita kata ‘anak saya yang ni lambat sikit tak macam kakak abang dia’. Kata kata tu doa. Takkan seorang ibu bapa nak doa yang tak bagus kan?

Semua orang pun tak pernah jadi ibu bapa. Jadi, bukan anak-anak sahaja yang perlu belajar, ibu bapa pun perlu tambah ilmu.

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI