Doktor Kongsi Cara Betul Guna Nasal Spray & Nasal Decongestion Untuk Keluarkan Hingus Anak

Share

Rimas pulak tengok keadaan si kecil ni yang asyik selesema. Kesian pun ada juga memandangkan si kecil masih belum pandai untuk mengeluarkan hingus sendiri.

Bagi pasangan yang pertama kali menjadi ibu bapa pasti tertanya-tanya bagaimana cara yang betul untuk memastikan sisa hingus keluar dan tidak tersekat dalam hidung anak. Doktor Hairin Anisa berkongsi cara yang betul untuk mengunakan nasal spray dan nasal decongestion untuk mencuci hidung si kecil.

Assalam & salam sejahtera, saya sharekan teknik yg real yg saya selalu ajar parents cara guna sea salt water nasal spray & nasal decongestion (oxymethazoline).

1st step
Sea salt water Nasal spray digunakan utk cuci hingus & secretion yg block hidung baby, spray 2- 3 kali selang seli antara kedua belah hidung tanpa melemaskan bayi.

2nd step
Saya biasanya galakkan parents sedut balik segala cairan dalam hidung utk pastikan cairan tidak berkumpul dalam rongga hidung yg banyak poket dalamnya. Jika tak disedut semula, cairan itu sendiri akan jadi hingus yg tak sembuh2 sbb terbiar berkumpul dalam sinus (rongga hidung)

3rd step
Selepas sedut, hidungnya akan lebih clear & ubat oxymethazholine (iliadin 0.01 – 0.025%) or oxynase or otrivin, boleh dititikkan / spray dalam hidung bayi mengikut teknik dlm video ke 2.

Tujuannya utk mengeringkan hingus & mengurangkan bengkak akibat radang dalam hidung.

Note :
Jika masih banyak cairan mucous dlm hidung, biasanya oxymethazholine kurang berkesan sbb ubat tu mixed dgn hingus2.

Ubat ini hanya boleh diberikan 2 x sehari (pagi & petang@malam). Tapi cuci dgn sea salt water spray boleh guna beberapa kali sehari utk kurangkan sumbatan dek hingus baby yg banyak.

Selalunya cara ni boleh kurangkan simptoms2 dlm 3-5 hari. Tapi bergantung juga kpd environment rumah jika banyak carpet yg jenis simpan habuk, lambat lah nak sembuh sbb banyak hama (dust mites).

Begitu juga jika ada kucing di mana bulu2 halusnya berterbangan & masuk dlm hidung bayi. Utk cepat sembuh, pastikan environment juga bersih.

# Post live ttg ac rhinosinusitis yg lepas tu panjang & guna baby doll. Saya amat berterima kasih kpd pasangan En Mohd Syaiful & Puan Norazliza yg sudi mengizinkan saya mengambil video baby kembar mereka (twin 2 : Seri Ariana) yg sangat comel utk rakaman post dlm FB saya). Syukran jazilan. Semoga Allah swt menyembuhkan twin mereka segera. Aamiin.

Sumber: Dr Pakar Kanak-kanak Adda

Published by
NuFa