Doktor Kongsi Cara Nyahbeku Makanan Dengan Betul, Silap Cara Boleh Bahayakan Kesihatan Keluarga

Share

Baru-baru ini tular sekeping gambar makanan yang siap dimasak oleh si isteri lebih 30 jenis lauk untuk dibekukan. Gambar tular tersebut mendapat pelbagai riaksi daripada Netizen.

Artikel Berkaitan: Isteri Masak & Sejuk Beku Makanan Bukan Malas! Ni ‘Penyelamat’ Kenyangkan Perut Suami

Ada yang berpendapat, makanan yang dibekukan dalam tempoh yang lama sudah tidak elok untuk dimakan. Untuk mengetahui secara lebih lanjut tentang persoalan ini, ikuti kupasan yang dibuat oleh Dr Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan, Kesihatan dan Perubatan.

“Saya sibuk doktor, jadi saya beli barang mentah sebulan sekali. Saya rasa sebab tu saya selalu kena sakit perut”

Sebenarnya, jika caranya betul, tak salah pun nak simpan barang mentah basah seperti daging, ayam, udang, sotong selama sebulan dalam freezer.

Bahan mentah yang nak simpan di dalam freezer kena dibersihkan, lepas tu dipotong dan disimpan dalam bekas kedap udara, ikut catuan sekali masak. Nak masak nanti, tinggal keluarkan satu bekas. Mudah.

Tapi, jangan curi-curi pakai Tupperware kesayangan mak kalian, nanti mengamuk orang tua tu, dah tak jadi mudah kalau gitu. Jadi makin susah pula. Hehe.

Selain mudah, simpan ikut catuan kecil dapat elak beku dan cairkan bahan mentah berulangkali. Ini dapat elakkan kontaminasi. Lagi-lagi kalau kau nyahbeku dengan cara rendam dalam bekas berisi air.

Habis, cara nyahbeku bahan mentah yang betul macam mana? Camni:

◾ Meletak bahan mentah di bawah air mengalir. Tak usah rendam dan tinggal.
◾ Pindahkan bahan mentah dari ruang sejuk beku ke ruang chiller semalaman.
◾ Gunakan fungsi “defrost” pada microwave. Cara ini paling mudah dan cepat.

Kalau tak nyahbeku dengan betul, ais pada bahan mentah tidak cair sepenuhnya. Nanti bila kalian masak, bahagian yang ada ais tu, hidup balik. Hahaha. Tak lah! Nanti dekat situ bakteria membiak, dan boleh jadi punca keracunan makanan.

Artikel Menarik: Bijaknya Ney Ney, Sebutan Pun Sedap, Baca Alif Ba Ta & Bercerita Dengan Lancar, Warganet Puji Anak Nora Danish

Jika boleh, makanlah makanan masak segar. Jika tak boleh, pastikan cara beku dan nyahbeku adalah selamat! Semoga bermanfaat!

Kredit: Dr.Kamarul Ariffin Nor Sadan, Kesihatan dan Perubatan
Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia
Gambar: milik Pn. Naeamah Balqis

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
NuFa