Doktor Kongsi Kaedah Merangsang Otak Dan Pendengaran Anak Usia 0-12 Bulan

Share

Kebiasaannya dalam bab membeli mainan, ada ibu bapa yang terlebih teruja. Soal harga tak kisah yang penting boleh buat anak gembira. Bagaimanapun, menurut pakar kanak-kanak ibu bapa perlu tahu mainan yang sebetulnya untuk anak bawah setahun.

Ini kerana ia sangat penting untuk merangsang perkembangan otak anak dan bukan hanya sebab ibu bapa yang suka. Kesilapan ini sering berlaku hingga akhirnya tersimpan dalam stor tanpa diusik.

Perkongsian dari Dr Aen Saari ada beberapa jenis mainan yang boleh dibelikan untuk bayi berumur 0-12 bulan.

1) Bola merah atau mainan warna merah. Bayi lebih tertarik dengan warna ‘bold’ bermula umur 3 bulan berbanding warna pastel. Ini untuk stimulate pergerakan penglihatan bayi kiri kanan atas bawah.

2) Wooden cubes besar tapak tangan bayi, untuk dia bang together. Ni biasanya umur 6 bulan, sebab dia nak belajar genggam dan bawa tangan dia ke tengah.

3) Rattle untuk stimulate pendengaran dia. 6-12 inci please. Dekat dekat nanti kesian telinga anak. Caranya, bunyikan kat tepi telinga. Pastikan dia tak nampak rattle tu. Kalau dia nampak, maknanya dia guna deria melihat, bukan deria pendengaran.

4) Bila dia dah pandai genggam, belikan crayon saiz besar ya. Pandai-pandailah cari yang non toxic, baby friendly. Dia nak belajar pegang dan conteng-conteng.

5) Board books. Ha belikan buku yang tebal tu untuk bagi dia belajar selak. Dia akan belajar guna hujung jari untuk pegang nanti. Cari gambar-gambar menarik, warna yang attractive. Mula dengan sesuatu yang mudah.

Tak perlu beli buku cerita yang panjang kerana umur setahun anak belum pandai baca atau faham. Mereka hanya tertarik pada gambar sahaja.

6) Teething toys. Kan dia nak menggigit. Kebiasaannya anak-anak akan mula bawa macam-macam benda dekat mulut (sebab tu bila dia dah dapat tangan, jangan letak apa-apa bersaiz kecil kat tempat rendah. Pastikan simpan di tempat selamat).

7) Mainan beroda. Beli yang besar sikit, dan yang tak boleh cabut-cabut. Penting untuk keselamatan anak kerana jika yang mudah tercabut risiko anak tertelan tinggi. Untuk fasa ini, anak akan belajar roll mainan ke depan ke belakang.

8) Cawan dan sudu. Nampak macam tak ada apa-apa dan bersepah je kan. Tapi ini lah masa nak bagi dia belajar pegang cawan, pegang sudu dan kacau sudu tu dalam cawan. Ni sebenarnya proses pembelajaran terbaik untuk anak.

Walaupun semua mainan ini bagus dan merangsang otak bayi untuk cepat belajar yang paling penting sekali komunikasi dua hala antara bayi dan ibu bapa. Perlu lihat tepat ke mata supaya dia dapat berinteraksi dengan baik.

Sumber: Dr Aen Saari

Published by
Wan Amy