Uncategorized

Doktor Kongsi Tip Cepatkan Proses Bersalin, Elok Buat Bila Dah Hujung-Hujung Kehamilan

Share

Saat hamil sememangnya bakal ibu akan merasa risau, tidak kisahlah sama ada untuk kandungan pertama atau anak yang seterusnya. Menanti detik untuk bersalin membuatkan bakal ibu rungsing dan susah hati kerana tertanya-tanya bagaimana proses kelahiran nanti.

Sumber foto: www.freepik.com

Semua bakal ibu dan ayah mengharapkan proses melahirkan berjalan dengan lancar. Kalau boleh, biarlah kedua-dua ibu dan bayi selamat dan tiada sebarang komplikasi berlaku biar apa pun cara bersalin (baik normal atau melalui pembedahan).

Baca Juga:

“Never Use Word MANDUL.” Belum Hamil Lepas Kahwin Lama, Jumpa Doktor Untuk Tahu Masalah

Ada Banyak Jenis Posisi Bayi Dalam Kandungan, Ini Yang Pakar O&G Kongsikan!

Makanan Terbaik Untuk Ibu Hamil, Bagus Untuk Tumbesaran Bayi!

Namun, apabila kehamilan sudah hampir mencecah ke tarikh jangkaan bersalin tanpa ada sebarang tanda mahu melahirkan sememangnya membuatkan bakal ibu dan seluruh ahli keluarga merasa risau. Menurut doktor di akaun Tiktok Klinik Sabah, ada cara untuk menggalakkan proses bersalin lebih mudah dan cepat.

“Kalau you dah nak beranak kan dalam 38,39 40 minggu tu tapi masih belum ada tanda nak beranak, you kena suruh suami untuk ‘bekerja keras’ untuk buat hubungan dengan you.”

Tonton video ini;

@kliniksabah Buat para ibu-ibu yg dekat2 due nak bersalin tu, boleh cuba tips ni. Send video ni dengan suami tau🤭 #kliniksabah #tipsrumahtangga #infopregnancy #yourhappynessmatters #CapCut ♬ original sound – Klinik Sabah

Mengikut penjelasan doktor ini lagi, melakukan hubungan seks ketika di penghujung kehamilan boleh melembutkan pangkal rahim kerana kandungan prostaglandin di dalam air mani.

Sumber foto: www.freepik.com

Ini akan membantu untuk memudahkan pangkal rahim untuk terbuka dan memberi peluang kepada proses kelahiran bermula.

Di ruangan komen, ramai yang berkongsi pengalaman mereka untuk menggalakkan proses bersalin menjadi lebih cepat.

Untuk pengetahuan, prostaglandin adalah cecair kimia yang membantu mencetuskan kelahiran kerana bahan ini menggalakkan kontraksi rahim. Selain kaedah yang dikongsikan oleh doktor ini, antara ikhtiar lain untuk membantu mempercepatkan proses bersalin adalah seperti mandi air panas, penggunaan minyak atau ada juga yang menggunakan kaedah akupuntur.

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 

Published by
Emy H