Doktor Kongsi Tip Turunkan Suhu Demam Anak Bawah 2 Tahun. Cepat & Berkesan!

Share

Demam dan selesema sering dikaitkan dengan cuaca yang tidak menentu sepanjang tahun. Walaupun ia dikategorikan sebagai masalah kesihatan biasa, jika ia kerap berulang tentu membuatkan kita bimbang dan tidak selesa.

Bagi orang dewasa, jika badan tak sihat mungkin akan menjejaskan prestasi kerja. Namun, kita akan lebih risau sekiranya masalah kesihatan ini dialami kanak-kanak yang masih dalam proses membina kekuatan antibodi atau imunisasi bagi melawan pelbagai penyakit, sama ada disebabkan bakteria atau virus.

Tambah lagi, jika anak-anak kecil yang masih belum pandai nak beritahu keadaan dirinya yang tak selesa itu. Justeru, ibu bapa perlu peka dan jangan buat sambil lewa, lagi-lagi anak bawah 2 tahun.

Bagi membantu ibu bapa yang ada anak bawah 2 tahun dan mengalami demam, Dr Ahmad Samhan ada berkongsi beberapa tip bagi menurunkan suhu anak dengan cepat tanpa bergantung pada ubat semata-mata.

Ini kerana ada juga sesetengah anak kecil yang memang sukar untuk buka mulut dan makan ubat sehingga perlu dipaksa.

Tip turunkan suhu demam anak bawah 2 tahun:

1) Basahkan badan anak menggunakan suhu air paip dan jangan gunakan air sejuk atau ais

2) Kipas atau penghawa dingin dipasang bagi membantu menurunkan suhu badan.

3) Bagi anak susu dan air dengan kerap

4) Pakai pakaian nipis atau pampers sahaja

5) Letak tuala basah di bawah ketiak

ARTIKEL MENARIK [Ahli Farmasi Kongsi 6 Item Ini Mesti Ada Ketika Positif Covid & Kuarantin Di Rumah]

LAGI ARTIKEL MENARIK [Mahu Anak Bijak Matematik, Guna Teknik ‘Linking Cubes’. Belajar Sambil Main!]

6) Jangan selimutkan anak

7) Sentiasa pantau suhu badan anak

Kredit: TikTok Dr Ahmad Samhan

Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.

Nak tahu rahsia sediakan hidangan enak yang buat anak berselera makan? Jom, sertai E-Workshop Kelas Penyediaan Makanan Anak: Sedap, Sihat & Selamat di https://toko.ideaktiv.com/product/e-workshop-kelas-penyediaan-makanan-anak-sedap-sihat-selamat/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

 

Published by
Wan Amy