Batuk, nafas laju, berkahak. 3 masalah ini antara yang biasa dialami bayi dan kanak-kanak. Bila dah baik, kena semula mesti ada sebab.
Menurut Dr Aishah Alsagoff, ibu bapa kena cari punca supaya masalah ini tak melarat. Daripada perkongsian Dr Aishah yang menceritakan pengalaman salah seorang pesakitnya iaitu bayi berusia 6 bulan yang setiap bulan batuk, kena ambil nebulizer wajar di beri perhatian oleh semua ibu bapa.
Ini kisah bayi berumur 6 bulan
December tahun lepas – Batuk, kahak, nafas laju. Diagnosis acute bronchitis. Perlu nebuliser dua kali. Lepas beberapa hari, baik.
January – Batuk datang balik. Kahak. Diagnosis acute bronchitis. Perlu nebuliser. Sekejap dan anak baik semula.
February – Batuk sekali lagi. Hanya batuk 2 hari. Nafas laju. Diagnosis sama, acute bronchitis. Perlu nebuliser beberapa kali. Mula makan ubat serbuk singulair, untuk kuatkan paru-paru. Lepas seminggu, sihat.
March – Batuk lagi! Nafas berbunyi. Neb sekali lagi.
Ads
Tak boleh jadi ni. 4 bulan berturut-turut, simptom yang sama.
Ibu ayah, tiada keturunan asma. Ibu ayah, tidak merokok. Di rumah, takde kucing. Di rumah, takde construction/renovation. Di rumah, tak berdekatan dengan kilang.
Hmm. Setiap bulan anak datang balik batuk dan perlukan nebuliser. Mesti ada faktor risiko di ‘dalam’ rumah.
Tanya dan tanya lagi, rupanya….
‘Abang saya tinggal sekali dengan kami. Dia memang merokok lah. Tapi merokok dalam bilik dia je, dia tutup pintu’ kata si ibu.
Tett! Checkmate!
Ads
Inilah dia faktor risiko buat si anak kecil tak berdosa ni. Merokok dalam rumah, hatta dalam bilik tertutup pun, satu rumah pasti bau kan?
Jangan lupa asap rokok masih boleh keluar dari celah pintu.
Walaupun dalam bilik, dalam tandas, di balkoni, di halaman rumah, still a no no!
Paru-paru baby 6 bulan besar mana lah nak banding dengan paru-paru kita ni.
Ads
Ubat boleh membantu , tetapi no 1 adalah PENCEGAHAN.
Jadi untuk anak ini, si pakcik kena berhenti merokok atau merokok di tempat lain selain rumah atau pindah rumah.
Then kita tengok bulan depan macam mana.
Untuk ibu-ibu yang lain, jika anak kerap kena batuk, nafas laju, atau simptom yang sama berulang-ulang, cari faktor risiko yang mungkin berada di sekitar anda yang mungkin adalah penyebab kepada sakit anak anda.
Semakin besar, Jebat Jayden terus menjadi perhatian peminat baba dan mommynya. Mempunyai lebih 200,000 pengikut di instagramnya, segala perkembangan barunya sentiasa jadi perhatian.
Masalah kulit kepala berkerak (craddle cap) kerap berlaku di kalangan bayi. Selain kelihatan kurang menarik, kerak kepala itu boleh menjadi radang atau mendapat infeksi bagi kes yang teruk.
Craddle cap lazimnya terjadi kepada bayi yang berambut nipis. Ia kelihatan seperti kelemumur. Ia akan timbul sebagai satu kawasan merah atas kulit kepala bayi baru lahir, diselaputi oleh tompok-tompok yang berminyak, kuning dan bersisik. Permasalah ini juga dikenali sebagai kerak kepala, kerana selain penampilan bayi tidak menarik, kerak tersebut menyebabkan bayi jadi gelisah, gatal dan bau kepala bayi yang kurang menyenangkan.
Tetapi dalam kes-kes yang teruk, kerak kepala itu boleh menjadi radang atau mendapat infeksi. Biasanya rawatan menggunakan krim anti fungus. Bagi kes kerak kepala yang minor cukup sekadar menggunakan minyak dan membasuhnya dengan cecair pembersih.
BAGAIMANA IA TERJADI
Kerak kepala ini muncul kerana pengeluaran minyak di bahagian kepalanya yang kemudian akan mengering dan mengelupas. Ada juga pendapat mengatakan bahawa hormon yang diterima bayi dari ibunya diakhiri kehamilan berlebihan sehingga mengakibatkan masalah tersebut.
Dalam minggu-minggu pertama bayi biasanya beberapa orang bayi mengalami pembentukan kerak di bahagian kepala bayi. Ia seakan serpihan kulit seperti kelemumur. Jangan anggap ia perkara yang remeh. Ini kerana jika kerak ini semakin banyak dan tebal akan semakin sukar menghilangkannya.
MESTI ELAK 5 PERKARA INI BILA KEPALA BAYI BERKERAK!
1.Cuaca atau suhu yang panas di ruangan yang membuat bayi berkeringat.
2.Pemakaian topi bayi tempoh masa yang lama.
3.Meletakkan bedak di kepala bayi.
4.Jika kerak sangat tebal, jangan mencuci kepala bayi setiap hari kerana kepala bayi akan semakin kering.
5.Jangan memaksa mengelupas kerak dalam keadaan kering kerana akan membuat kepala bayi terluka.
PETUA CUCI KERAK DI KULIT KEPALA BAYI
Berikut ialah langkah demi langkah menghilangkan kerak kepala bayi. Disarankan untuk melakukannya sebelum atau sewaktu memandikan bayi.
Sediakan minyak kelapa, berus rambut bayi dan tuala kecil. Santan kelapa atau minyak zaitun juga boleh digunakan.
Letak sedikit minyak pada tuala kecil dan gosokkan pada kulit kepala bayi.
Lakukan gosokanlembutdi atas kepala bayi pada kawasan yang didapati mengandungi kerak kepala. Lakukan secara perlahan dan lembut untuk mengelak kulit kepala bayi luka atau melecet.
Biarkan minyak itu meresap dalam tempoh minimum 15 minit sehingga 1 jam. Dalam tempoh itu biarkan bayi anda bermain dengan permainan kesukaannya.
Selepas tempoh itu, gosok pada bahagian kerak kepala yang telah disapukan minyak tadidengan menggunakan berus khas bayi. Buat gosokan secara bulatan berulang kali secara lembut. Hati-hati, kulit kepala bayi masih lembut.
Setelah itu, basuh rambut bayi menggunakan air untuk mengeluarkan kerak kepala yang masih melekat pada rambut nipis bayi. Untuk lebih berkesan gunakan sedikit syampu atau sabun bayi dan tuala basah untuk mengeluarkan sisa-sisa kerak kepala bayi anda.
Selepas kepala bayi dikeringkan, sapukan sedikit minyak kelapa atau minyak zaitun untuk melebatkan rambut bayi anda. Ia seakan menjadi minyak rambut bayi anda. Lakukan pembersihan lagi jika kerak masih ada keesokan harinya.
Kerak kepala akan hilang dengan sendirinya, tetapi bercakaplah dengan doktor atau pakar pediatrik anda jika ia masih berlarutan atau merebak ke muka atau leher anak anda.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nama anak akan kekal selamanya! Bukan senang hendak ubah sesuka hati apabila tetiba rasa namanya tidak sesuai atau tidak berkenan dalam hati. Mengubah nama anak yang sudah tertera dalam sijil kelahiran anak, tidak semudah menukar nama dalam geran kenderaan.
Dalam satu kajian di Amerika Syarikat (AS), terdiri daripada 1,000 ibu dan bapa, 25 peratus kalangan responden mengaku menyesal dengan nama yang mereka berikan kepada anak. Kenapa menyesal? Sebabnya, mereka merasakan nama anak itu tidak sesuai, susah dieja, terlalu ‘mainstream’ dan macam-macam sebab lain.
NAMA BERI KESAN PSIKOLOGI
Berdasarkan hasil kajian dijalankan Pengarah Institut Kajian Dasar dari Northwestern University, David N.Figlio, anak lelaki dengan nama feminin kemungkinan besar berperilaku buruk berbanding anak lelaki dengan nama maskulin. Pelikkan?
Hal ini terjadi kerana nama feminin itu membuat si anak lelaki itu kurang rasa yakin diri dan malu apabila diejek rakan sebaya.
JANGAN SALAH PILIH
Jadi, ada baiknya kita bersedia dengan pilihan nama yang sesuai untuk bayi yang bakal lahir nanti. Berikut beberapa tip penting yang boleh dijadikan panduan sebelum memilih nama anak:
KAJI MAKSUD
Sekiranya berminat dengan satu nama, kaji betul-betul apakah maksud nama tersebut. Pastikan nama yang dipilih mempunyai maksud positif kerana nama itu ialah satu doa kepada anak.
EJAAN DAN SEBUTAN MUDAH
PENTING! Amboi sekarang masing-masing ibu bapa suka benar mengeja nama anak ikut slang mat saleh! Pastikan nama anak mudah disebut dan dieja. Senang nanti kita atau anak hendak menulis. Mudah pula untuk kawan, cikgu dan orang lain memanggil dia nanti. Tidak perlulah ejaan ‘Haris’ dieja ‘Hareez’, atau ‘Din’ dieja ‘Dean’.
ELAK NAMA DIEJEK
Pastikan nama yang diberikan tidak mengundang ejekan rakan sebaya nanti. Seperti apa selalu terjadi, ada sesetengah ibu bapa memberikan nama berunsur feminine kepada anak lelaki, dan begitu sebaliknya. Lebih baik berikan nama yang sesuai mengikut jantina.
JANGAN PANJANG SANGAT
Elakkan nama terlalu panjang. Sebabnya, memudahkan kita mengisi apa-apa borang, dan anak juga senang menulis namanya pada kertas soalan peperiksaan nanti. Tidaklah terkial-kial beberapa minit semata-mata mahu menulis nama. Sudahlah nama ayah panjang, nama anak pun panjang juga.
JANGAN HANYA IKUT TREND
Jangan ikut trend semata-mata. Pastikan nama sesuai dengan rupa anak, tarikh lahir dan jantina. Pastikan nama anak bermaksud baik dan mencerminkan personaliti anak.
Sumber: Bum Bum Cak Via Huffington
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Gara-gara tidak mementingkan kesihatan diri, seorang pemuda menderita menghidapi sakit buah pinggang kronik.Ia berlaku akibat tidak menjaga pemakanan hariannya dengan mengamalkan tabiat makanan tidak...