Batuk, nafas laju, berkahak. 3 masalah ini antara yang biasa dialami bayi dan kanak-kanak. Bila dah baik, kena semula mesti ada sebab.

Menurut Dr Aishah Alsagoff, ibu bapa kena cari punca supaya masalah ini tak melarat. Daripada perkongsian Dr Aishah yang menceritakan pengalaman salah seorang pesakitnya iaitu bayi berusia 6 bulan yang setiap bulan batuk, kena ambil nebulizer wajar di beri perhatian oleh semua ibu bapa.

Doktor Kongsikan Akibat Asap Rokok Bayi Berusia 6 Bulan Terpaksa Ambil Nebulizer Setiap Bulan

Ini kisah bayi berumur 6 bulan

December tahun lepas – Batuk, kahak, nafas laju. Diagnosis acute bronchitis. Perlu nebuliser dua kali. Lepas beberapa hari, baik.

January – Batuk datang balik. Kahak. Diagnosis acute bronchitis. Perlu nebuliser. Sekejap dan anak baik semula.

February – Batuk sekali lagi. Hanya batuk 2 hari. Nafas laju. Diagnosis sama, acute bronchitis. Perlu nebuliser beberapa kali. Mula makan ubat serbuk singulair, untuk kuatkan paru-paru. Lepas seminggu, sihat.

March – Batuk lagi! Nafas berbunyi. Neb sekali lagi.

IKLAN

Tak boleh jadi ni. 4 bulan berturut-turut, simptom yang sama.

Ibu ayah, tiada keturunan asma.
Ibu ayah, tidak merokok.
Di rumah, takde kucing.
Di rumah, takde construction/renovation.
Di rumah, tak berdekatan dengan kilang.

Hmm. Setiap bulan anak datang balik batuk dan perlukan nebuliser. Mesti ada faktor risiko di ‘dalam’ rumah.

Tanya dan tanya lagi, rupanya….

‘Abang saya tinggal sekali dengan kami. Dia memang merokok lah. Tapi merokok dalam bilik dia je, dia tutup pintu’ kata si ibu.

Tett! Checkmate!

IKLAN

Inilah dia faktor risiko buat si anak kecil tak berdosa ni. Merokok dalam rumah, hatta dalam bilik tertutup pun, satu rumah pasti bau kan?

Jangan lupa asap rokok masih boleh keluar dari celah pintu.

Walaupun dalam bilik, dalam tandas, di balkoni, di halaman rumah, still a no no!

Paru-paru baby 6 bulan besar mana lah nak banding dengan paru-paru kita ni.

IKLAN

Ubat boleh membantu , tetapi no 1 adalah PENCEGAHAN.

Jadi untuk anak ini, si pakcik kena berhenti merokok atau merokok di tempat lain selain rumah atau pindah rumah.

Then kita tengok bulan depan macam mana.

Untuk ibu-ibu yang lain, jika anak kerap kena batuk, nafas laju, atau simptom yang sama berulang-ulang, cari faktor risiko yang mungkin berada di sekitar anda yang mungkin adalah penyebab kepada sakit anak anda.

Sumber: Dr Aishah Alsagoff

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI