Kebanyakan masyarakat terutamanya wanita lebih suka mengamalkan pengambilan jamu. Mereka percaya kaedah tradisional ini mampu merawat wanita secara dalaman.
Dek kerana itu juga banyak produk jamu dijual dipasaran walaupun tanpa kelulusan Kementerian Kesihatan kerana permintaannya yang tinggi. Bagaimanapun adakah kita tahu kesan pengambilan jamu yang berterusan tanpa nasihat doktor?
Berdasarkan perkongsian Pakar Perunding Ginekologi Onkologi, Datuk Dr Rushdan Noor tentang kisah pesakit yang menghidap pra kanser rahim selepas mengambil jamu yang tidak selamat tanpa nasihat doktor.
Semoga perkongsian ini akan membuka mata lebih ramai wanita dan mengambil langkah berhati-hati terhadap produk jamu yang dijual di pasaran.
Saya ingin berkongsi cerita benar mengenai seorang pesakit kanser yang mengamalkan jamu. Puan R (bukan nama sebenar) berusia 34 tahun berkahwin selama 5 tahun tetapi tidak mempunyai cahayamata.
Ads
Pada 2016 beliau telah didapati menghidap kanser ovari peringkat awal. Disebabkan beliau berhajat untuk mempunyai cahayamata dan kanser masih di peringkat awal, beliau menjalani pembedahan yang dikenali sebagai “fertility-preserved surgery“. Hanya kelenjar ovari yang terlibat sahaja dikeluarkan.
Selepas rawatan pembedahan, beliau dirawat dengan rawatan kemoterapi selama 4 kali. Selepas rawatan, beliau pulih sepenuhnya dan menjalani rawatan susulan selama hampir 2 tahun.
Ketika lawatan susulan terakhir, Puan R mengadu mengalami pendarahan haid yang tidak normal. Ujian ultrasound dilakukan dan mendapati selaput dinding rahim Puan R sangat tebal.
Pakar kanser hairan dengan penemuan ini sebab Puan R tidak diberikan sebarang rawatan hormon dan kebetulan fungsi ovari yang satu lagi masih lagi belum pulih sepenuhnya. Setelah bertanya, akhirnya Puan R mengaku mengamalkan jamu selama 1 tahun. Jamu yang ramai orang tahu jika disebutkan namanya.
Ads
Sampel selaput dinding rahim diambil dan hasil pemeriksaan makmal patologi mengesahkan Puan R menghidap pra-kanser rahim yang dikenali sebagai Atypical Endometrial Hyperplasia.
Daripada penilaian kes ini, berkemungkinan besar jamu yang diamalkan oleh Puan R mengandungi hormon estrogen ataupun sebatian kimia yang bersifat seperti hormon yang merangsang dinding rahim secara berterusan sehingga menyebabkan prakanser rahim. Di samping itu, kemungkinan Puan R sudah menghidap kanser rahim juga tidak dapat ditolak sepenuhnya dan ujian lanjut perlu dilakukan.
Jika ditakdirkan beliau menghidap kanser rahim, maka bukan sahaja beliau menghidap 2 jenis kanser tetapi juga berhadapan dengan kemungkinan menjalani pembedahan mengeluarkan rahim dan ovari yang satu lagi. Maka jika ini terjadi, terpadamlah cita-cita Puan R untuk mempunyai anak daripada darah dagingnya sendiri.
Ads
Kes ini menambah keyakinan kami bahawa terdapat jamu yang mengandungi sebatian kimia dan mungkin hormon yang bersifat peransang organ peranakan.
Dengan perkongsian ini juga diharap masyarakat di luar sana sedar bahawa produk yang diwar-warkan sebagai semulajadi dan amalan turun menurun tidak semestinya selamat diamalkan.
Terlalu banyak jamu-jamu dan herba-herba yang ada di pasaran merupakan produk-produk luar yang dijenamakan semula di negara kita. Disebabkan ia dihasilkan oleh pihak lain, kita tidak mungkin akan mengetahui apakah sebenarnya kandungan produk-produk tersebut.
Tidak hairanlah mengapa pihak penguasa ubatan seringkali menemui bahan-bahan terlarang seperti steroid, antihistamin, antikeradangan dan lain-lain lagi di dalam produk-produk ini. Jangan mudah terpedaya dengan perkataan “JAMU”, “SEMULAJADI” dan “HERBA”.
Elok dah anak tidur nyenyak kat pangku, baru nak letak di baby court dah terjaga balik. Pasti situasi ini sering terjadi kepada kebanyakkan ibu yang mempunyai anak masih kecil terutamanya bayi.
Ramai yang beranggapan ia terjadi kerana ibu sendiri dah ajar anak untuk tidur dipangkuan sejak kecil dan ada juga mengatakan ia disebabkan si kecil yang suka mengempeng. Jom lihat checklist yang dibuat oleh Pakar Tangisan dan Tidur Bayi, Puan Uswatun Hasanah tentang permasalahan ini.
Checklist Kenapa Bayi Terjaga Bila Diletak
PERCAYALAH saya telah MILIKI HAMPIR SEMUA isu tidur biasa anak suatu masa dulu: anak ‘dependent sleeper’ (mengempeng sampai 14-15 bulan), tak lena, menangis tengah malam susah diam, susah nak ajak masuk tidur, tidur sampai lewat malam…
SEMUAnya BERUBAH bila saya cari dan amal ILMU. Hari ini, saya pula bantu ibubapa lain keluar dari masalah tidur anak mereka.
Ingat, tidur ialah BIOLOGI, bukan logik.
Jika tak faham biologi tidur, isu tidur sukar dapat di selesaikan dengan begitu saja.
Ini checklist untuk ibu-ibu tahu kenapa si kecil terjaga bila diletak
Untuk Bayi 0-3 bulan
Tak cukup alat tidur
Menggunakan alat tidur secara salah/ tak tepat
Tak amalkan letak bayi semasa mamai
Overtired akibat berjaga lebih masa
Bayi 4 Bulan ke atas
Tak mahir tidur sendiri ( dependent sleeper)
Alat tidur tai cukup & ala tidur yang tak sesuai
Overtired
Overnap (terlebih tidur siang)
USWATUN HASANAH MOHD HABIB
KONSULTAN TANGISAN & TIDUR BAYI
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Didik anak mestilah mengikut umurnya. Ini kerana psikologi aras kematangan dan fikiran seseorang berbeza bergantung kepada usianya. Termasuklah berbeza dari segi jasmani, emosi dan rohani.
Anak yang berusia tujuh tahun ke bawah, hendaklah dididik dengan penuh kasih sayang, bagai menatang minyak yang penuh.
Jangan merotan atau terlalu tegas ketika peringkat umur sebegini. Contohnya, menengking atau memarahi anak yang menyepahka rumah atau tidak siapkan kerja rumah, sedangkan mereka baru berusia bawah enam tahun. Sepatutnya cara yang berlemah-lembut pada tempoh ini adalah lebih berkesan.
Tegur dan cakap elok-elok dengan pendekatan psikologi lagi berkesan daripada kita asyik ‘mendera’ emosi anak dengan sikap tidak adil kita pada anak.
Seperti yang dikongsikan oleh seorang ibu yang suka berkongsi ilmu keibubapaan, Puan Wawa Shauqi, kita sebagai ibu bapa selalu tak adil pada anak. Namun kita tak nampak kesilapan itu.
Kita nak mereka jadi perfect bila melibatkan benda yang kita nak.
Nak anak lap air dengan sempurna,
Nak anak kemas katil dengan sempurna, nak anak belajar terus faham dengan sempurna.
Tapi bila anak nak jadi perfect;
Mereka juga yang kita marah.
Kita marah bila mereka merengek lego tercabut.
Kita marah bila mereka menangis kita potong sandwich dia senget.
Kita marah bila mereka sedih rambut yang kita sikat tak ikut macam yang mereka nak.
Kita lupa yang anak masih kecil.
Kita lupa masih banyak benda yang mereka perlu belajar.
Dan mereka banyak belajar dari kita.
Sedarlah anak-anak kita ini bukanlah robot yang boleh disuruh macam-macam dalam satu masa. Tambah lagi mereka juga masih kecil dan dalam proses untuk memahami erti kehidupan.
Jika setiap hari kita selalu bersikap seperti ini dengan megharapkan hasil terbaik sedangkan kita tak ajar dengan pendekatan berhemah, anak-anak kita akan akan sentiasa tidur berlinangan air mata.
Walaupun secara luaran kita tak nampak mereka menitiskan air mata, tapi dalamannya mereka sedih kenapa tidak mendapat layanan baik dan nasihat baik daripada ibu ayahnya ang sepatutnya menjadi pelindung.
Moga kita semua terus diberi kekuatan untuk menjadi ibu bapa yang adil dan anak-anak bangga dengan cara kita. Bagi yang sebelum ini dah ‘terlepas’, sama-samalah kita belajar ilmu keibubapaan. Masih ada waktu lagi untuk kita jadi ibu ayah terbaik buat anak-anak.
Jangan berterusan anak-anak jadi mangsa yang tak disengajakan. Mereka pun ada hati dan perasaan. Nak luah tak boleh, hanya memendam saja. Lama-lama risau ia akan jadi parut yang sukar untuk dilupakan dalam hati mereka.
Perhubungan antara ibu bapa dan anak adalah sangat penting bagi kerana ia membina asas kepada segala perhubungan yang bakal wujud dan menjadi sumber kepada pembentukan perasaan kasih sayang, keintiman sesebuah perhubungan, kepercayaan dan rasa selamat.
Keakraban ini adalah asas kepada pembentukan 90% daripada otak anak pada enam tahun pertamanya.
Apakah antara bahagian yang terkandung dalam 90% itu? Ia adalah perkembangan seperti berikut;
1. Perkembangan yang melibatkan sensori yang menjadi permulaan kepada pembentukan otak.
2. Perkembangan emosi.
3. Perkembangan perhubungan rapat dengan anak.
4. Pembentukan memori.
Ada 3 waktu yang kita boleh manfaatkan untuk perbaiki bonding kita dengan anak. Guna formula 3-3-3 ni.
3 Waktu
– anak bangun tidur
– balik dari sekolah atau pusat asuhan
– anak nak tidur
3 minit setiap waktu ni
– 3 minit pertama masa anak bangun tidur
– 3 minit pertama sejurus sampai je anak di rumah
– 3 minit sebelum anak tidur
3 benda boleh buat
– Peluk dan cium anak
– Senyum pada anak
– Bercerita pada anak
9 minit ni jika betul kita manfaatkan setiap hari insyaAllah, sampai umur 90 tahun pun anak masih lagi ingat pada mak ayah..
Bonding Dengan Anak Makin Kuat Jika Kita Tahu Bahasa Cinta Mereka
Ada 5 Bahasa Cinta ( Love Language )
😄Kata kata ( Word )
– anak suka bila kita selalu puji dan bagitahu kita sayang dia
🙌Sentuhan ( Touch )
– anak suka bila kita peluk dan usap kepala dia. Masa jalan dia mesti nak pimpin tangan.
⏰Masa ( Time )
– anak yang suka panggil dan tarik perhatian kita untuk tengok gelagat dia.
🎁Pemberian ( Gift )
– anak yang suka di beri reward atau hadiah bila dia berjaya buat sesuatu.
💁♀️Beri khidmat ( Service )
– anak yang suka meminta tolong dan gembira bila kita selalu tolong dia
Ada anak satu je bahasa cinta dia, ada juga anak yang sampai kelima lima ni bahasa cinta dia. Kenali bahasa cinta anak anak maka senang la kerja parenting anda nanti.
Saat sibuk membeli-belah baju raya, pasti ada juga yang sibuk menyediakan biskut raya. Ada yang memilih untuk membeli, tetapi tak kurang juga yang teruja...