Kebanyakan perokok memandang ringan kesan asap rokok terhadap orang sekeliling, bahkan keluarga sendiri. Walaupun banyak kempen dilakukan kesedaran itu masih lagi belum membantu.
Bagi anak-anak yang terpaksa menghidu asap rokok, kesannya bukan hanya pada kesihatan tapi turut mempengaruhi perkembangan pembelajaran.
Menurut Dato’ Dr Mohd Rushdan Md Noor, ibu bapa yang merokok dan mendedahkan asap rokok kepada anak-anak (perokok pasif) menyebabkan anak-anak mengalami kesukaran untuk membaca, menguasai matematik, kurang kemampuan untuk menggunakan logik dan “reasoning skills”.
Ini adalah hasil kajian oleh Cincinnati Children’s Hospital Medical Center USA mengenai kesan asap rokok kepada persekitaran dan kesihatan kanak-kanak. Kajian ini menunjukkan bahawa walaupun pendedahan yang kecil, ia masih mampu memberi kesan yang bermakna kepada kemahiran anak-anak untuk belajar. WHO mengganggarkan 710 juta kanak-kanak dunia hidup di dalam persekitaran orang yang merokok.
Hampir 50% lelaki Malaysia merokok (Melayu: 55.9%, Chinese: 36%, Indian : 35%)*. Sudahlah keperluan fizikal dan spiritual anak-anak diabaikan, racun pula yang dihembuskan kepada mereka saban hari. Siapakah sebenarnya penyumbang kepada masa depan anak-anak yang gelap?
* Lim HK, Ghazali SM,Salleh S.
BMC Public Health, 2013;13:8
Sumber: Dato’ Dr Rushdan Noor
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kerap Keluar Malam Antara Punca Anak Mudah Sakit Dan Ada Masalah Tidur
Umur berapa sesuai bawa anak keluar malam? Ada segelintir ibu bapa yang tidak ambil hirau tentang hal ini. Mereka bawa bayi keluar hingga larut malam seolah-olah sudah tidak ada siang lagi esoknya.
Ada juga ibu bapa yang tak kisah dan turut menjadikan anak kecil sebagai mangsa ibu bapa melepak dengan rakan sehingga anak menguap beberapa kali pun tak dihiraukannya.
Pelik ya ibu bapa sekarang? Kalau dulu jangan haraplah nak bawa anak keluar malam-malam. Mesti mak kita akan marah. Tak baik kata mereka. Kalau keluar pun mungkin atas sebab kecemasan seperti ke hospital atau urusan keluarga.
Namun, sekarang ini, sikap bawa anak keluar malam seolah-olah perkara biasa. Tidak ada yang pelik bagi mereka. Kalau tidak dibawa siapa nak jaga dia di rumah? Mungkin itu, jawapannya. Sebaiknya tanya pada diri sendiri, perlu ke bawa anak keluar malam?
Ada 7 sebab kenapa anda tidak wajar bawa anak kecil keluar malam:
Antibodi
Perlu diingatkan bahawa bayi dan kanak-kanak bawah 6 tahun masih lemah antibodi. Ertinya imun sistem mereka belum kuat. Apatah lagi bayi bawah usia 6 bulan. Mereka masih belum lagi menerima vaksin yang lengkap. Jadi, jika dia terdedah kepada persekitaran yang tidak sihat atau terbuka seperti pesta/karnival, mungkin dia akan mudah diserang penyakit atau wabak yang sedang merebak.
Nyamuk
Anda tahu tentang denggi dan virus zika bukan? Dua-dua penyakit maut ini dibawa oleh nyamuk. Jadi, seboleh mungkin elakkan bawa anak keluar malam di tempat terbuka kerana anda mungkin tidak sedar yang dia digigit nyamuk.
Sejuk
Bayi anda mungkin tidak tahan sejuk dan dia mungkin akan mengalami masalah hidung tersumbat jika terdedah pada udara sejuk yang keterlaluan. Udara di dalam kompleks beli-belah mungkin lebih sejuk pada waktu malam. Jika hendak membawa bayi anda, pastikan anda menyediakan selimut atau pakaian tebal untuknya.
Letih
Jika anda sendiri berasa letih kerana berdiri atau duduk terlalu lama, bayi pun begitu. Dia pun akan keletihan jika berada pada satu-satu posisi dalam keadaan yang terlalu lama. Jika ingin keluar, selesaikan urusan anda secepat mungkin. Anda mungkin gemar bersantai tetapi bayi anda yang berasa tidak selesa atau tidak puas tidur akan mengamuk kerana waktu tidurnya dah ‘di curi’ oleh ibu bapa.
Bising
Ada mama papa yang bawa anak ke pesta atau pawagam yang menggunakan sistem bunyi yang sangat kuat. Ingat gegendang telinga bayi atau kanak-kanak belum mampu menerima bunyi yang terlalu kuat. Elakkan berada di kawasan yang dekat dengan ‘speaker’. Lebih baik jangan pergi langsung atau tinggalkan anak pada penjaga.
Takut
Bayi anda memang comel dan orang suka menegur atau mencubit atau mencium pipinya. Hati-hatilah dalam hal ini. Bayi anda masih belum kuat antibodinya. Sebaiknya jangan kerap mendedahkan anak anda kepada situasi yang orang lain teruja melihatnya. Dia mungkin terkejut dan trauma jika dipegang oleh orang ‘asing’.
Lapar
Bila badan penat, mengantuk anak mulalah mengamuk. Mood yang tak elok ini akan buatkan anak merajuk tak mahu makan atau minum. Bila keadaan ini berterusan beberapa jam, akhirnya dia akan berasa sangat dahaga atau lapar. Disebabkan perut kosong, berlaku masalah kolik atau kembung. Akhirnya anak akan menangis sepanjang malam biarpun telah pulang ke rumah.
Sumber: mamanet
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Lagi Handsome Rambut Pendek”. Uwais Sebiji Muka Ibu, Matin Macam Shuib Junior
Wah! Dah makin handsome Ariq Matin dengan penampilan terbarunya berambut pendek. Bila dah potong rambut makin terserlah mukanya sebagai seorang abang dan nampak lebih matang.
Sebelum ini, anak ketiga Shuib bersama arwah Siti Sarah ini sentiasa menjadi perhatian kerana sikapnya yang sempoi dan sentiasa menghiburkan hati.
Dalam perkongsian di instagram Shuib, dia ada memuat naik gambar Ariq Matin sebelum potong rambut dengan kapsyen tak sabar kan nak tengok rambut baru dia.
Sejurus selepas Shuib berkongsi foto terkini Matin, rata-rata peminat memberikan reaksi dengan menyatakan gaya potongan rambut itu sangat sesuai dan mula nampak macam muka Shuib Junior.
Sementara itu, Shuib juga turut berkongsi gambar terbaru Uwais dengan gaya rambut pendeknya yang seakan mirip arwah ibu. Ramai yang memuji kecomelan hero Shuib dengan imej baru tersebut.
“Lagi terserlah wajah handsome dan nampaklah lebih selesa.”
“Handsomenya Uwais dan Matin..Nampak macam orang besar.. Dik Ta pun comel.
“Wahhh comel jaaa, nampak kemas bila potong rambut”❤️
“Comel….nampak abang-abang”…
Kredit: Instagram Shuib Sepahtu
Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma is back!! Buat mama papa yang ada baby boleh merangkak, inilah masanya untuk anda sertai Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma! Serlahkan kepantasan dan kecomelan si manja merangkak dalam bemtuk video yang kreatif dan menarik.
Untuk join pertandingan ini, anda boleh daftar sekarang https://toko.ideaktiv.com/product/merangkak-race/ atau untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi https://wa.me/+60193452950
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mak Ayah Tolong Jangan Buat 5 Perkara Ini Kalau Tak Nak Anak Berkelakuan Buruk
Jika tak nak anak berkelakuan buruk, anda perlu berhenti melakukan 5 perkara ini. Ramai ibu bapa mengakui kebanyakan anak-anak mereka suka buat perangai dan berkelakukan buruk tanpa menyedari apa puncanya.
Sebenarnya tanpa kita sedar sikap kita sendiri terhadap anak-anak membuatkan mereka mempunyai perangai yang negatif. Jadi ia perlu dihentikan sekarang jika tidak mahu terus berlarutan hingga anak dewasa.
Dibimbangi sekiranya anda terus bersikap sedemikian ia boleh menyebabkan berlaku akibat buruk dalam hidup mereka nanti. Ini antara perkara yang kita lakukan terhadap anak tanpa disedari.
1. Takut pada anak
Antara reaksi yang biasa kita lakukan pada anak. Contohnya jika anak merengek nak guna cawan lain dan bukan cawan yang biasa dia gunakan, ibu atau ayah akan segera menukarkan pada cawan yang dikehendaki berbanding tidak melayan kemahuan anak. Mereka takut anak akan menangis atau mengamuk tak mahu minum atau makan. Ini adalah satu kesilapan besar yang ibu ayah dah buat.
Anak sepatutnya tak boleh mengarahkan ibu bapa!
2. Pertahankan kesalahan anak
Jika anda pertahankan anak anda yang berkelakuan buruk di depan orang ramai dengan kata-kata menyedapkan hati “ala biarlah, dia budak lagi”, maka anda sebenarnya telah memberi galakan kepada anak untuk terus berkelakuan buruk dan tidak bertanggungjawab lagi.
3. Tak benarkan orang lain marah atau tegur anak
Rasa macam nak naik angin sahaja bila ada orang lain yang berani tegur atau marahkan kesalahan anak kita buat. Kalau anda bersikap sedemikian memang makin naik lemaklah anak untuk terus buat salah sebab mereka tahu ibu atau ayah akan lindungi jika dimarahi oleh orang lain. Ia semakin berlaku hari ini bila mana guru-guru sekolah tidak boleh menegur atau menghukum anak murid yang membuat kesalahan seperti guru-guru zaman dahulu kerana ibu bapa akan datang menyerang guru tersebut. Semuanya kerana mereka tidak boleh terima yang ada orang lain marahkan anak mereka.
4. Memberi terlalu banyak perhatian
Anak memang perlukan perhatian dari ibu bapa dan ia bagus untuk perkembangan positifnya. Namun kalau keterlaluan memberi perhatian pun akan ada kesan tak elok pada pembentukan tingkahlaku mereka juga. Sesekali anak perlu diberikan ruang untuk berdikari dan bereksplorasi secara sendirian. Bila semua ibu ayah nak kawal dan buatkan, anak akan menjadi terlalu manja dan mengada-ngada. Kadang-kala ‘over protective’ pada anak pun boleh menyebabkan mereka tak pandai berdikari dan suka buat perangai depan orang ramai.
5. Menawarkan jalan pintas
Ibu bapa hari ini selalu mengambil jalan pintas atau cara mudah untuk mengelakkan anak daripada bosan dan mula hendak buat kelakuan buruk. Contohnya, ibu ayah akan cepat-cepat bagi anak main handphone atau tablet ketika di tempat awam sebab tak nak anak bosan atau meragam. Sepatutnya ibu ayah kena ajar anak untuk bersabar dan bila mereka seharusnya belajar bagaimana untuk menghiburkan diri dengan usaha sendiri.
Di samping itu ajarlah anak anda untuk rajin menolong ibu bapa membuat kerja rumah yang bersesuaian mengikut usia mereka. Bukanlah kita nak suruh anak memasak di dapur tapi mereka boleh bantu mencuci sayur, cuci pinggan, susun kerusi dan macam-macam lagi kerja di dapur yang mudah. Barulah anak akan jadi ‘orang’!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI