Doktor Nak Ambil Uri, Tertarik Keluar Rahim. Sempat Senyum Pada Bayi Sebelum Meninggal

Share

Seorang wanita meninggal dunia apabila rahimnya tertarik keluar oleh seorang doktor selepas melahirkan bayi perempuan dalam satu kejadian di Nizhneserginskaya, Rusia.

Doktor yang tidak dinamakan itu kini berdepan hukuman penjara tiga tahun jika sabit kesalahan cuai sehingga mengakibatkan kematian.

Mangsa, Alisa Tepikina, 22, meninggal dunia selepas koma akibat kesakitan melampau apabila rahimnya ditarik keluar.

Menurut laporan Daily Mail, doktor berkenaan pada mulanya ingin menarik keluar plasenta, tetapi sebaliknya merentap keluar rahim mangsa.

Tambah memilukan apabila ibu muda itu hanya mampu tersenyum melihat bayinya sebelum ditimpa kejadian yang meragut nyawanya tidak lama kemudian.

Ketika perbicaraan, ketua doktor Elena Barannikova mendakwa tidak berlaku keganasan ketika kejadian, namun dakwaan itu ditolak pakar selepas melihat laporan analisis lengkap.

Ibu mangsa, Svetlana Malyukova, 42, yang bersedih dengan kematian Alisa berkata dia tidak akan memaafkan doktor yang menyebabkan kematian anaknya itu.

“Tiada maaf. Jangan cuba berhubung dengan kami. Dia bunuh anak saya,” kata ibu mangsa.

Bayi perempuan yang diberi nama Anya kini dijaga Svetlana dan menantunya, Nikolay Tepikin.

Sumber: Astro Awani

Published by
Wan Amy