Bagi ibu bapa yang ada anak kecil, anak kerap selesema dah tentu menjadi merisaukan hati kita sebagai ibu bapa, ya tak?
Menurut Doktor Otorinolaringologi (Ear, Nose & Throat – ENT), Dr Ezairy M.Sallih, 10 langkah ini ibu bapa boleh lakukan di rumah untuk elak anak dari kerap mengalami masalah ini. Antaranya:
1. Cuba elakkan buka aircond sebelum tidur. Ada anak yang tak boleh kena kipas atau aircond secara berterusan. Maka mulalah hidungnya berair dan tersumbat-sumbat. Cuba cara ini, tengok ia membantu atau tidak.
2. Kenalpasti punca anak kita ada masalah hidung. Anda boleh dapatkan temujanji dengan doktor untuk buat ujian alergik skin test. Dari situ anda mungkin akan menemui punca alahan anak anda. Mana tahu?
3. Elak kawasan ramai orang. Yang ini boleh dielak. Terutama apabila nampak anak kita tak berapa nak sihat. Cuba lah elak kawasan yang ramai sangat orang. Virus mudah sangat berjangkit!
4. Sistem udara dalam rumah juga kena baik. Pastikan ada ruang untuk udara keluar masuk dalam rumah kita. Tutup sahaja pintu dan tingkap juga tak elok. Anak kita mungkin juga alah kepada habuk dan udara yang terkumpul di dalam rumah.
5. Cuba kawal makan. Ini juga penting. Penting sebab ada ramai pesakit saya yang mengadu masalah mereka menjadi lebih teruk lepas ambil budu, ada yang lepas ambil belacan, udang, ketam, ayam, telur, kekacang dan lain-lain. Ingat, setiap orang tak sama tindak balas kepada makanan-makanan ini!
6. Elakkan jugak kawasan berhabuk. Construction araa sangat tidak baik untuk anak-anak. Pastikan anda bawa mask ke mana-mana. Apabila lalu ke kawasan-kawasan ini, gunakanlah ia.
7. Ubat makan antihistamin. Ya, ubat antihistamin seperti piriton, loratadine dan cetirizine(zyrtex) boleh mengurangkan simptom hidung yang disebabkan alahan iaitu allergic rhinitis. Perlu jumpa doktor dahulu!
8. Nasal spray. Ubat spray hidung juga amat membantu. Ada beberapa jenis yang boleh digunakan, ikut kesesuaian. Anda dinasihat tidak terus membeli di farmasi. Dapatkan pemeriksaan bersama doktor dahulu.
9. Rujukan ke ENT clinic. Bagaimana caranya? Anda boleh minta surat rujukan daripada mana-mana klinik untuk dirujuk ke klinik pakar ent di hospital.
10. Konsisten dengan ubat. Setelah ubat diberi oleh doktor, masih ada pesakit yang masih alami masalah mereka. Apabila ditanya, ubat pun on and off pakainya. Sebab itu, konsisten dalam penggunaan ubat yang diberi adalah amat penting.
Sumber: Dr Ezairy M.Sallih
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI