“Doktor, anak saya dah umur setahun, tapi masih belum boleh berjalan. Normal tak?”

Kebanyakan kanak-kanak sudah mampu berjalan pada sekitar umur antara 10-14 bulan.

Kanak-kanak dikategorikan sebagai kanak-kanak yang lewat berjalan sekiranya belum mampu berjalan semasa umurnya mencecah 18 bulan.

“Apakah punca kanak-kanak lewat berjalan, ya?”

Doktor Nasihatkan Usia 18 Bulan Anak Belum Berjalan Tak Boleh Tangguh Lagi. Cepat Rujuk Pakar!

IKLAN

Antara faktor-faktor yang boleh menjadikan kanak-kanak lewat berjalan adalah:

  1. Keturunan: 
    Sekiranya ibu atau bapa kanak-kanak itu lewat berjalan semasa mereka kecil, maka anak mereka mungkin menghadapi masalah yang sama.
  2. Kelahiran pra matang: 
    Bayi yang dilahirkan pra matang lazimnya mengalami sedikit kelewatan perkembangan secara keseluruhan, termasuk lewat berjalan.
  3. Cerebral Palsy
    Masalah saraf disebabkan kecederaan pada otak kanak-kanak yang sedang berkembang. Ia menjejaskan koordinasi otot dan pergerakan.
  4. Masalah otot:
    Penyakit seperti muscular dystrophy, spinal muscular atrophy dan congenital myopathy menyebabkan banyak otot menjadi lemah.
  5. Malnutrisi dan penyakit kronik
    Kekurangan zat, dan penyakit berlarutan menjejaskan perkembangan fizikal kanak-kanak dan secara tak langsung jejaskan pergerakannya.
  6. Masalah bentuk kaki
    Kondisi seperti keting bengkok (bow leg), tinjit (talipes equinus), CTEV, kaki tak sama panjang (leg length discrepancy) yang ketara.

Doktor Nasihatkan Usia 18 Bulan Anak Belum Berjalan Tak Boleh Tangguh Lagi. Cepat Rujuk Pakar!

IKLAN

“Bila saya perlu bawa anak saya untuk pemeriksaan sekiranya disyaki lewat berjalan?”

Pada umur setahun, semasa ketika pengambilan suntikan imunisasi, doktor akan menilai perkembangan anak, ia termasuk kebolehan berjalan.

IKLAN

Secara umumnya, kanak-kanak yang tidak mampu berdiri pada umur setahun dan tidak berjalan semasa berumur 18 bulan akan dirujuk kepada pakar kanak-kanak.

Rujukan kepada pakar kanak-kanak adalah untuk pemeriksaan lanjut. Jika tiada apa-apa, anak hanya akan dipantau. Jika ada masalah dikesan, maka rawatan akan dimulakan.

Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Medtweetmy

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI