Doktor Pesan Ibu Bersalin Musim Covid, Semua Buat Sendiri. Standby Ikut Checklist Ni!

Share

Musim wabak covid-19, majlis kahwin, ibu mengandung, ibu bersalin dan menyusukan bayi baru lahir sangat berbeza dengan rutin kebiasaan kita.

“Doktor, saya mengandung. Macam mana saya nak bersalin musim PKP ni?”

Bagi menjawab persoalan untuk ibu hamil di musim PKP dan terangkan apa persiapan yang ibu mengandung perlu buat terutamanya dari segi mental menyambut kelahiran anak, Dr Ahmad Samhan ada berkongsikan tipnya.

Kredit: pexels.com

BOLEH PERGI ‘CHECK UP’ MACAM BIASA?

Klinik untuk ibu mengandung dibuka seperti biasa. Memandangkan ibu hamil tergolong dari individu yang berisiko dijangkiti COVID-19, beberapa langkah penjagaan perlu dititikberatkan ketika keluar rumah untuk ke klinik.

Basuh tangan dengan sabun atau guna hand sanitizer selepas menyentuh tombol, kerusi, lif. Elakkan menyentuh muka, hidung dan mulut. Pakai topeng muka.

Jarak jarak satu meter dengan orang lain. Dapatkan rawatan awal jika demam, batuk dan sesak nafas.

BARANG APA PERLU DIBAWA KE HOSPITAL?

Barang boleh dibeli secara online. Beli awal dan packing siap-siap dalam beg, supaya tidak kelam kabut. Kalau tidak nanti pening pula suami nak packing andainya anda tiba-tiba sakit perut dan perlu ke hospital. Sediakan apa yang patut, tak perlu membazir.

SUAMI BOLEH HANTAR KE WAD?

Suami hanya boleh hantar di bawah saja bersama dengan barang. Ibu hamil musim PKP perlu mempersiapkan mentaliti yang kuat.

Suami tidak dibenarkan masuk ke wad. Mengiringi masuk wad juga tidak dibenarkan. Hospital telah menetapkan polisi ini untuk mengurangkan kehadiran pelawat dan hanya untuk pesakit.

SUAMI BOLEH MASUK DEWAN BERSALIN?

Suami tidak dibenarkan masuk untuk menemani isteri ketika bersalin. Telefon atau whatsapp suami sebelum ditolak ke Dewan Bersalin, minta maaf dan minta doa agar dimudahkan. Makan kurma supaya ada tenaga. Ibu jangan panik, kena kuat.

Jangan jerit dan jangan menangis, ikut arahan jururawat dan doktor untuk kawal pernafasan ketika meneran terutamanya ibu yang melahirkan anak pertama yang belum mahir lagi curi nafas. Banyakkan berzikir. Anak akan diazankan/iqamat oleh staf kesihatan.

LEPAS BERSALIN, SUAMI BOLEH TEMAN DI WAD?

Tiada sesiapa dibenarkan untuk menemani diwad siang dan malam. Sediakan barang keperluan bayi dan ibu secukupnya.

Jika perlu apa-apa pertolongan, boleh minta tolong jururawat. Jururawat akan ajar teknik menyusu dengan betul di wad nanti. Jika berlaku banyak pendarahan selepas bersalin, beritahu mereka awal-awal.

BOLEH TAK MAK ATAU ADIK DATANG MELAWAT?

Pelawat tidak dibenarkan masuk. Kalau nak kirim barang atau makanan dari rumah, hanya kirimkan pada pengawal keselamatan dibawah.

Apabila discaj nanti pun, pengawal keselamatan akan tolong bawa turun semua barang ke bawah. Suami dan keluarga hanya tunggu dibawah.

ADAKAH JANGKITAN COVID BOLEH BERJANGKIT KEPADA KANDUNGAN?

Setakat ini sudah ada kes ibu hamil positif. Walaupun ibu positif,belum ada kajian yang menunjukkan virus ini boleh berjangkit kepada anak dalam kandungan atau melalui susu ibu.

Jangkitan boleh berlaku selepas anak dilahirkan sekiranya ibu batuk dan bersin pada anak.

BAGAIMANA IBU YANG ADA GEJALA JANGKITAN?

Ibu akan ambil ujian COVID-19. Ibu dan anak akan diasingkan selama 14 hari ataupun hingga keputusan ujian COVID-19 negatif. Penyusuan susu ibu sepanjang tempoh ini juga tidak disarankan.

BAGAIMANA JIKA IBU MAHU MENYUSU?

Sekiranya ibu masih mahu menyusukan bayi, ibu perlu menggunakan topeng muka (face mask) semasa penyusuan dan perlu mencuci tangan dengan teknik betul sebelum dan selepas memegang bayi.

Untuk ibu yang mengalami gejala jangkitan COVID-19 yang lebih teruk, adalah dinasihatkan untuk memerah susu ibu dan susu perahan ibu boleh diberikan kepada bayi oleh jururawat.

Doa kami agar semua ibu-ibu diluar sana dilindungi dan dipermudahkan sepanjang proses melahirkan bayi kelak.

Sematkan aura positif, usaha dan tawakal kepada Allah.Insya-Allah moga semuanya baik-baik saja.

Kredit: Dr. Ahmad Samhan

ARTIKEL MENARIK [Daftar Kelahiran Bayi Di JPN, Hanya Buat Secara Online. Ikut Step Ni, Mudah Sangat!]

LAGI ARTIKEL MENARIK [Nampak Tanda Putih Kekuningan, Mesti Extra Jaga Gigi Anak. Kalau Tak Habis Rosak!]

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
Wan Amy