Plasenta praevia adalah satu keadaan dimana uri berada dalam kedudukkan yang rendah didalam rahim . Ia terdiri daripada beberapa tahap-tahap tertentu. Dr Siti Esah Bahari, Pakar Obstetrik & Ginekologi, menjelaskan lebih lanjut mengenai komplikasi ini.
Plasenta atau uri adalah organ sementara yang berfungsi menyalurkan keperluan bayi daripada ibu dan menyalur keluar bahan kumuhan daripada bayi yang dikeluarkan menerusi ibu melalui tali pusat. Antara bahan yang disalurkan kepada bayi dan ibu melalui uri ialah;
Menurut Dr Siti Esah, terdapat beberapa keadaan yang membabitkan plasenta. Antaranya ialah plasenta praevia. Plasenta praevia ialah keadaan di mana kedudukan uri berada rendah di dalam rahim sama ada ia menutupi pembukaan pangkal rahim sepenuhnya (complete placenta praevia), sebahagian pangkal rahim (partial placenta praevia) atau marginal dimana uri berada ditepi pangkal rahim. Plasenta praevia meletakkan kehamilan dalam kategori kehamilan berisiko.
“Plasenta praevia berlaku satu dalam 200 ( 0.5% ) kehamilan cukup bulan . 6% dari kandungan pada trimester kedua mengalami uri yg rendah. Namun 90% kes plasenta praevia akan kembali kekedudukan yang normal pada trimester terakhir, kata Dr Siti Esah.
Kedudukan uri pada awal kehamilan tidak perlu dibimbangkan tetapi perlu dipantau. Ini kerana 90 % uri rendah akan naik seiring dengan tumbesaran rahim semasa pertambahan usia kandungan.
Plasenta praevia lebih berisiko terjadi jika terdapat faktor berikut iaitu;
a)Masalah pada rahim di mana ibu pernah melalui pembedahan pada bahagian rahim seperti;
b) Masalah pada uri di mana terdapat masalah;
Menurut Dr Siti Esah kes plasenta praevia boleh dikesan oleh doktor melalui ujian imbasan atau scan.
“Selain daripada dikesan melalui ujian imbasan, tanda klasik berlakunya plasenta praevia ialah apabila berlakunya pendarahan tanpa rasa sakit dalam kuantiti banyak atau sedikit.
“Kedudukan bayi yang tidak normal juga menjadi petanda berlakunya keabnormalan pada kedudukan uri. Bayi yang songsang, senget atau melintang boleh menjadi petanda plasenta praevia berlaku.Hanya 21.7% ibu placenta praevia yang tidak mengalami pendarahan.
Ibu hamil yang disahkan mengalami plasenta praevia perlu mematuhi pesanan dan saranan daripada doktor. Dr Siti Esah menyarankan agar ibu yang mengalami plasenta praevia melakukan perkara berikut;
Sekiranya anda disahkan mengalami plasenta praevia, mustahak bagi anda untuk mengetahui risiko dan komplikasi yang boleh berlaku. Dr Siti Esah berkata tiga keadaan ini boleh berlaku iaitu;
Selain plasenta praevia, terdapat juga keadaan dinamakan plasenta acreta di mana uri melekat /menembusi myometrium. Keadaan ini boleh mengakibatkan uri sukar dikeluarkan dan boleh mengakibatkan pendarahan yang banyak yang memerlukkan rahim di keluarkan ( histerektomi)
“Kira-kira 0.2 % ibu hamil mengalami plasenta accreta. Ibu yang mengalami plasenta praevia yang pernah melalui pembedahan sebelum ini berisiko tinggi untuk mengalami plasenta acreta. Para doktor selalunya akan menerangkan pesakit tentang risiko ini , ini supaya mereka sentiasa berwaspada dan bersedia jika ianya berlaku ,” kata Dr Siti Esah.
Bagi ibu yang mengalami plasenta praevia, amat mustahak untuk mengetahui info-info ini ketika mendapatkan rawatan sekiranya berlaku pendarahan.
Jenis rawatan plasenta praevia bergantung pada,
Menurut doktor, pendarahan boleh berlaku bila bila masa terutama pada minggu ke-34 hingga ke-36 dan kebanyakan ibu yang mengalami plasenta praevia akan dijadualkan untuk dibedah apabila usia kandungan mencecah 37 hingga 38 minggu.
“Sekiranya berlaku pendarahan fokus utama adalah kestabilan ibu dan keadaan janin.Jika bayi pramatang,rawatan secara konservatif dijalankan jika pendarahan berhenti dan kedua dua bayi dan ibu stabil.Walaubagaimanapun jika pendarahan berterusan dan banyak, pembedahan akan dijalankan untuk mengeluarkan bayi walau pada usia terlalu pramatang sekalipun.
Oleh itu, ibu-ibu perlu peka dan prihatin dengan keadaan diri sendiri apabila disahkan plasenta praevia. Pendarahan sedikit atau banyak, bersama kontraksi atau tidak perlu dirujuk ke hospital secepat mungkin untuk meyelamatkan nyawa bayi dan ibu.