Apa yang diutarakan oleh doktor ini memberikan panduan kepada ibu bapa baru tentang punca terjadinya jaundis dan cara kuning dapat disingkirkan oleh badan.

Lebih menakutkan, ia boleh menyebabkan kerosakan kekal pada otak sekiranya tidak dikawal dan diturunkan parasnya dengan cara yang salah.

Menurut Dr Khairi Malik, jaundis ialah masalah yang selalu terjadi kepada bayi baru lahir. Namun apa yang terjadi dalam masyarakat ialah terlalu percaya kepada petua-petua karut seperti memberikan bayi minum air herba dan menjemur bayi di bawah cahaya matahari.

Cara penyampaian yang santai dan penggunaan bahasa yang mudah membuatkan ia senang difahami. Ia juga merupakan reaksi beliau kepada perkongsian netizen tentang petua mennyembuhkan jaundis yang melibatkan pelbagai sayur dan buah. Berikut ialah perkongsian beliau;Doktor Pesan Jangan Ikut Petua Mengarut Untuk Redakan Jaundis Bayi. Fahami Dulu Punca & Cara Kuning Disingkirkan

Hari tu saya dah cakap pasal kuning ni, ada lagi yang share benda mengarut camni. Perut baby yang baru lahir masih suci murni tak boleh hadam air rebusan buah/daun/akar kayu nanti usus dia rosak. Jemur anak bawah matahari nanti demam la baby sebab panas. Makin kering dia. Meh lah saya terangkan lagi skali.

Please jangan la bagi tips mengarut dengan melibatkan nyawa bayi. Tahu  tak kuning tu bahaya? Tau tak bahayanya kuning. Ok biar saya cuba terangkan dalam bahasa mudah. Bahasa bukan medical.

APAKAH DIA KUNING (JAUNDIS) PADA BAYI?

Dalam badan kita ada darah merah. Darah merah boleh hidup 120 hari. Ada beberapa faktor yang menyumbang boleh buat darah merah mati awal. Antara faktor yang menyebabkan sel darah marah mati awal ialah;

  • Jangkitan kuman
  • Pendarahan Masalah hati G6PD
  • Darah ibu kumpulan O positif tapi darah bayi group lain.

Darah merah ini fungsinya ialah membawa oksigen. Oksigen diperlukan oleh badan. Darah merah yang mati tidak boleh berfungsi untuk mengangkut oksigen.

Maka bila ada faktor yang  dinyatakan diatas, darah merah akan mati dan akan hancur pastu jadi warna kuning. (Ni bahasa mudah la, kalau saya tulis metabolism red blood cell bimbang anda tak faham). Darah merah yang mati tadi akan diganti dengan yang darah merah yang baru (tetap dihasilkan oleh bayi).

IKLAN

Darah yang kuning ini tidak berfungsi. Maka ia akan jadi bahan toksik dalam badan. Darah yang dah mati ini sepatutnya dibuang melalui air kencing atau pun najis. Sebab tu kalau masuk wad anak kena kuning, doktor tanya baby kencing kerap tak? Air kencing warna pekat tak? Najis warna kelabu tak? Ada la alasan dia.

Doktor Pesan Jangan Ikut Petua Mengarut Untuk Redakan Jaundis Bayi. Fahami Dulu Punca & Cara Kuning Disingkirkan

BERIKAN BAYI SUSU IBU IALAH TIP TURUN PARAS KUNING, BUKAN JEMUR PANAS

Dr Khairi juga berkongsi tip untuk menurunkan paras kuning pada bayi. Antara yang disarankan ialah memberikan bayi susu ibu/

Cara dia bagi baby minum susu ibu/breastfeeding banyak-banyak. Secara simple, bila baby minum banyak, air kencing pun banyak. Bila baby menyusu banyak, berak pun banyak. So nanti kuning baby yang toksik tu akan keluar sekali ikut air kencing dan najis bila baby berak.

Sekiranya bayi tidak cukup menyusu, air kencing dan berak pun tak banyak. Jadi, kuning yang toksik itu tak dapat nak keluar.

IKLAN

Bila dah lama sangat terkumpul, darah kuning yang terperangkap tu akan pergi ke kulit dan organ bayi yang lain seperti buah pinggang, hati, dan paling risau sekali pergi otak. Bila dia pergi kulit, tu yang nampak baby warna kuning tu.

Doktor Pesan Jangan Ikut Petua Mengarut Untuk Redakan Jaundis Bayi. Fahami Dulu Punca & Cara Kuning Disingkirkan

Sekiranya toksik kat otak tu yang orang paling risau sebab boleh kena sawan dan boleh jadi cacat otak selama-lamanya. Ya dalam kes ni, this can be prevented.

Kesimpulannya, ibu-ibu perlu memberikan bayi susu ibu sebanyak yang boleh supaya air kencing and najis banyak. So kuning yang toksik tu boleh keluar sekali sama-sama. Bukannya bagi daun herba/ jemur baby tengah panas.

Selain Itu ultraviolet ray atau lampu biru yang selalu dipasang di hospital tu sangat membantu untuk menurunkan paras kuning pada bayi.

IKLAN

JANGAN PERCAYA UBAT & MANDIKAN ANAK DENGAN DAUN TERTENTU 

So pleaselah jangan lah percaya dengan ubat-ubat macam ni. Tak payah la mandikan bayi daun itu daun ini. Ibu hanya perlu beri je susu ibu banyak-banyak sampai kuning bayi turun.

“Tapi….susu badan ibu x banyak, x cukup. Dia xnak keluar.”.

Untuk teknik penyusuan berkesan boleh la tanya jururawat masyarakat yang telah dilatih untuk bagi talk pasal ni.

Doktor Pesan Jangan Ikut Petua Mengarut Untuk Redakan Jaundis Bayi. Fahami Dulu Punca & Cara Kuning Disingkirkan

JANGAN RIMAS BILA NURSE DATANG NAK TENGOK BABY

Jadi ibu-ibu jangan marah kalau nurse asyik datang rumah tengok bayi. Nurse tu nak tengok kau menyusu macam mana, anda bagi susu sekerap mana.

Nurse hanya ingin tahu paras kuning bayi kerana paras kuning yang tinggi boleh menyebabkan kecacatan otak bayi selama-lamanya.

Sumber: Khairi Malik

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI