Ketika dalam proses kelahiran, ramai berpesan para ibu untuk tidak sesekali mengangkat punggung. Untuk itu, Dr Maiza Tusimin, Ketua Jabatan dan Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia menerangkan cara yang betul patut anda lakukan semasa melalui detik penting tersebut.

Proses melahirkan cahaya mata secara normal merupakan suatu proses yang dinamik melibatkan kontraksi rahim, bukaan serviks dan penurunan kepala bayi ke perineum. Proses meneran bermula pada fasa kedua kelahiran (second stage of labour).

Doktor Pesan Kena Bengkokkan Diri Macam Udang Masa Meneran. Barulah Mudah MelahirkanPada fasa ini, anda akan mengalami kontraksi yang lebih kerap dengan intensiti yang maksimum. Ini membuatkan anda berasa sakit atau tekanan yang kuat di punggung, belakang dan perut. Pada yang sama merasai desakan untuk meneran bayi keluar daripada faraj. Ketika crowning iaitu satu fasa di mana kepala bayi telah kelihatan di permukaan perineum dan kulit di sekeliling perineum meregang, anda akan merasai miss V akan pecah!

Persiapan mental & fizikal

Fasa kedua adalah paling kritikal bagi kelahiran secara normal. Dalam keadaan kesakitan yang amat, terdapat segelintir ibu yang secara tidak sengaja hilang mengawal emosi dan tindak balas pergerakan tubuh. Keadaan seperti ini boleh menyebabkan koyakan perineum yang teruk. Persiapan mental dan fizikal semasa hamil merupakan kunci utama untuk mengelakkan atau mengurangkan risiko kecederaan teruk kepada perineum.

Ads

Bagi pasangan yang bakal melalui pengalaman kelahiran pertama, menghadiri kelas antenatal akan menyediakan anda berdua dengan ilmu bersalin agar anda mempunyai persediaan mental yang baik dan tahu apa yang perlu dilakukan ketika melalui proses kelahiran. Ilmu meneran yang betul ketika fasa kedua adalah amat penting untuk mengelakkan koyakan perineum.

Posisi membengkok seperti udang disarankan

Sebagaimana kontraksi berlaku, bermula daripada bahagian atas (fundus) dan tersebar ke hujung rahim, proses meneran perlu melibatkan abdomen ke punggung ibarat membuang air besar. Posisi seperti udang membengkok adalah posisi yang betul untuk meneran. Anda perlu mengangkat kepala, rapatkan dagu ke dada dan halakan pandangan mata ke perut.

Ads

Pastikan anda memegang pergelangan kaki agar punggung tidak terangkat ketika meneran. Kawal emosi dan elakkan diri daripada mengeluarkan suara ketika meneran kerana ini akan menghabiskan tenaga.

Ads

Doktor Pesan Kena Bengkokkan Diri Macam Udang Masa Meneran. Barulah Mudah MelahirkanFokus ke arah perut dan meneran daripada abdomen ke bawah seperti yang diarahkan oleh doktor atau bidan. Semasa kontraksi bermula, anda perlu tarik nafas dan teran selama yang boleh (dalam kiraan 10), kemudian berhenti seketika untuk menarik nafas (curi nafas) dan ulangi meneran, 2 – 3 kali dalam satu tempoh kontraksi. Anda perlu menarik nafas dalam melalui mulut dan lepaskan nafas secara perlahan-lahan bagi mengelakkan kepala bayi masuk kembali.

Cara meneran

Anda perlu kekalkan pernafasan yang tenang dan hanya meneran apabila mendapat isyarat daripada doktor/bidan. Anda kena sentiasa pastikan agar punggung tidak terangkat sepanjang proses meneran.

Ketika kepala bayi mula kelihatan (crowning), doktor/bidan akan menggunakan pad untuk melindungi perineum yang menegang dengan tujuan untuk meminimumkan koyakan perineum. Pada ketika ini, hubungan dinamik doktor – ibu amat penting agar anda teruskan meneran tetapi dengan kawalan secara perlahan-lahan agar kelahiran kepala bayi lebih terkawal. Peranan suami sebagai pendamping sepanjang kelahiran amat penting untuk memberi sokongan dan membantu mengawal emosi anda. Bagi yang beragama Islam, mengamalkan zikir dan doa juga membantu melancarkan proses kelahiran.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI