Bila paling sesuai nak beri latihan tandas atau potty training kepada anak? Macam mana caranya? Keadaan ini yang sangat merisaukan ibu bapa. Bukan apa bila terlalu paksa anak boleh jadi tantrum dan ada juga yang akan ‘membuang’ dulu sebelum beritahu.

Perkongsian dari Dr Abdul Rahim ini sangat mudah untuk ibu bapa faham sebelum memulakan fasa ini pada anak-anak.

Diakui sebenarnya AMAT SUKAR nak biasakan anak menggunakan tandas daripada menggunakan lampin pakai buang. Ia perlu kebijaksanaan ibu bapa, teknik, masa serta kesabaran yang tinggi.

Doktor Pesan Potty Training Tak Boleh Paksa. Jika Anak Tunjuk Tanda Ni Cepat Ajar

Bila masa terbaik untuk mula latihan bertandas kepada anak?  Ia bergantung kepada perkembangan milestone anak, fizikal dan tingkah laku kanak-kanak tersebut.

**INGAT IA BUKAN BERGANTUNG PADA USIA mereka!! 

Ramai dah bersedia antara umur 18 bulan hingga 3 tahun. Ada yang lebih daripada tu. Jangan paksa anak-anak anda dalam latihan bertandas kalau mereka belum bersedia. Kalau tak anak anda akan TANTRUM dan ibu bapa yang akan STRESS!! Oleh itu jangan tergesa-gesa. Take your time.

Ads

Tanda anak bersedia ke tandas

Berikut adalah beberapa tanda menunjukkan anak anda dah bersedia di ajar latihan tandas:
a) Anak anda dah faham dan mengikut ARAHAN ASAS daripada anda.
b) Pandai tanggal dan pakai seluarnya semula selepas buang air.
c) Boleh tak anak anda memberitahu mereka nak buang air?
d) Kalau anak anda tak berak atau kencing dalam lampin melebihi 2-3 jam, anda dah boleh train anak anda Potty Training.
e) Harap anak anda boleh duduk atas tandas. Kalau tak, beli tandas mengikut saiz punggung mereka.

Ibu ayah BERSEDIA tak nak ajar latihan tandas anak?

Sekiranya ibu bapa sibuk siang malam bila nak biasakan anak latih guna tandas. Buat permulaan anda kena rancang dulu masa. Beri tumpuan dan perlu konsisten setiap hari. Kadang tu ambil masa beberapa minggu dan bulan kerana setiap anak kecerdasannya tak sama.

Ads

Ibu bapa yang cepat nak marah sebaiknya kena sentiasa bersabar dalam tempoh percubaan ni. Ingat ia perlu masa dan kesabaran tinggi! Bukannya mudah.

Bila anak dah bersedia menunjukkan dia boleh dan mental ibu bapa pun dah sedia, jangan bertangguh. Guna teknik ini untuk beri keyakinan pada anak.

1. Bila anak buang air besar di tandas. Guna satu perkataan untuk CONDITIONKAN kata-kata tersebut seperti Uuuu… Uuuuuh…

Ads

2. Bila saja anak buang air kecil di tandas. Guna satu perkataan untk CONDITIONKAN kata-kata tu seperti Shuuuu… Shuuu… Ini di katakan sebagai CONDITIONAL REFLEX dalam Perubatan. Ia amat berkesan sekali dengan reflex anak nak buang air besar dan air kecil.Doktor Pesan Potty Training Tak Boleh Paksa. Jika Anak Tunjuk Tanda Ni Cepat Ajar3. Terbaik ajar latihan tandas sebelum tidur, setelah bangun pagi atau selepas tidur.

4. Walaupun kadang-kadang anak anda hanya duduk di bangku tandas, berikan pujian dan ingatkan anak anda bahawa dia boleh mencubanya kemudian.

5. Kalau anak anda beri isyarat atau pandai berkata nak buang air. Anda cepat-cepat bawanya ke tandas untuk membuang. Ucaplah terima kasih dan puji mereka setiap kali mereka beritahu anda sebelum mereka buang air besar dan air kecil.

Selamat mencuba. Sabar kena tinggi tau!! Kalau berjaya, doktor ucapkan Tahniah. Lagi jimat wang. Kalau dah usaha tapi gagal maknanya anak anda BELUM BERSEDIA!!

Nak tau tak, ada kanak-kanak masih pakai lampin lagi ke sekolah darjah satu. Ada yang kencing atas tilam umur 9 tahun.

Sumber: Dr. Abdul Rahim
Klinik Abdul Rahim
Bayan Lepas

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI