Impian penyanyi dan pelakon jelita, Elizabeth Tan untuk menimang cahaya mata pertama bersama suaminya, Siew Jim tidak kesampaian apabila mengalami keguguran sekitar Februari lalu.
Akui Elizabeth Tan atau mesra di sapa Lizzy, dia dan suami sudah semestinya amat sedih dengan kehilangan itu.
Apa lagi ketika diberitahu oleh doktor kandungannya sudah tiada sewaktu melakukan pemeriksaan doktor.
“Sebenarnya saya mengalami keguguran anak pertama dan waktu itu kehamilan saya masih berada pada peringkat awal lagi.
“Saya ke hospital dan doktor sahkan bahawa kandungan sudah tiada.
“Pada mulanya saya rasa saya boleh untuk berdepan dengan situasi ini namun baru-baru ini saya mula sedar bahawa saya belum boleh melupakan.
“Tidak tahu bila lagi saya akan hamil dan itu sedikit sebanyak membimbangkan saya,” kongsinya sebak.
Tambah Lizzy lagi, keguguran yang dialaminya itu meninggalkan impak besar kepadanya memandangkan dia dan suami sudah lama menanti.
“Perkara ini memberikan impak buat saya sebab perlu berdepan dengan kehilangan.
“Saya pun sudah umumkan kepada keluarga dan temat rapat saya tetapi gugur pula, memang menyedihkan tapi saya tidak berputus asa.
“Jujurnya ketika saya melihat saya positif hamil, saya memang fikir hidup akan berubah tetapi tiba-tiba tak jadi.
“Kalau terlalu banyak bercakap tentang hal ini, saya akan menangis pula,” katanya berkongsi.
Terdahulu, Lizzy dan suaminya Siew mendirikan rumah tangga pada 21 Mac 2021 namun masih belum dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata.
Menarik: “Jumpa Nanti Di Syurga Sayang” Impian Timang Cahaya Mata Tidak Kesampaian, Hannah Delisha Keguguran!
Ibu Pam Susu Bercampur Dengan Darah, Boleh Ke Bagi Pada Anak!
Tip Rangsang Bayi Merangkak, Mama Papa Boleh Cuba Praktikkan!
Ayuhhh Sertai Jom Mewarna Oyen Bintang Kecil!
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Mudah sahaja hanya klik link di bawah dan daftar.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my