Setiap pasangan yang berkahwin tentunya mengimpikan kedatangan zuriat untuk menjadi pelengkap keluarga selain dapat menambahkan kebahagiaan dalam perkongsian hidup berumahtangga.

Doktor Sahkan Pendarahan Tanda Keguguran, Wanita Ini Percaya Kuatnya Kuasa Doa.  Akhirnya Janin Selamat Dan Membesar Dengan Sihat
google image

Itulah yang dialami oleh Maryam Elyas yang begitu gembira dengan berita kehamilan yang diterima. Tambah pula hamil Bersama kawan baik yang sentiasa ada waktu suka dan duka. Namun kegembiraan itu hampir diragut saat dirinya mengalami pendarahan. Doktor menyatakan bahawa itu mungkin tanda-tanda  keguguran. Kisah ini dikongsi oleh wanita ini menerusi laman Facebooknya.

Namun apa yang dilakukan adalah berdoa kepada Yang Maha Esa dan ternyata betapa kuatnya kuasa doa. Syukur semuanya selamat dan kini zuriatnya yang berusia hampir 5 tahun membesar dengan sihat dan baik.

MAAF PUAN, INI TANDA-TANDA… ALLAHU…

Sedih sangat sehingga nak meraung bila dengar khabar yang disampaikan oleh doktor.

Inilah kisah empat tahun lalu….

Seronok Hamil Dengan BFF

9 Julai 2014:

Pagi itu, aku dengan bahagianya pergi ke Klinik Kesihatan untuk membuat buku pink. Almaklumlah anak pertama. Lebih seronok buat buku pink dengan bff aku. Kami pregnant sama-sama!

Siap buat buku pink, aku ke tempat kerja seperti biasa. Kerja sebagai wartawan, aku agak banyak berjalan sebab ada photoshoot pada hari itu.

Alami Pendarahan Lepas Photoshoot

Petang itu, siap photoshoot aku perasan aku ada alami pendarahan. Agak banyak. Tak pasti di mana silapnya. Lantas aku terus bagitahu pada bff aku dan selepas habis waktu kerja, dia hantar aku ke klinik berhampiran pejabat.

Dari klinik, kami terus ke hospital besar atas nasihat doktor. Masa tu suami aku niaga malam seperti biasa.

IKLAN

Sampai di hospital, aku ingat lagi masa tu bulan puasa. Kakitangan hospital berbuka puasa. Namun kedatangan aku disambut dengan baik.

Agak lama aku disoal selidik. Misalnya jumlah pendarahan. Aku agak nerves sebab lepas tu perut aku kena scan, siap masuk kamera lalu bawah. Eh macam serius je ni.

Jantung aku mula dub dap dub dap. Tak sedap hati.

Doktor Sahkan Pendarahan Tanda Keguguran, Wanita Ini Percaya Kuatnya Kuasa Doa.  Akhirnya Janin Selamat Dan Membesar Dengan Sihat
google image

Tak lama kemudian mereka panggil doktor pakar. Tap tap tap. Bunyi tapak kasut doktor jalan agak laju ke arah tempat aku berbaring. Doktor dan seorang jururawat yang sejak dari tadi amik kes aku ni mula menerangkan satu demi satu kepada doktor pakar. Aku diperiksa sekali lagi.

Hening dalam bilik rawatan itu menambah emosiku. Ada pelbagai emosi yang sukar aku ungkapkan. Yang pastinya tiba-tiba aku terasa ketakutan. Takut jika aku kehilangan sesuatu dalam rahimku.

Doktor Maklumkan Pendarahan Mungkin Tanda Keguguran, Allah Saja Yang Tahu Perasaannya!

Setelah pemeriksaan sekali lagi dibuat, doktor menarik nafas panjang. Helaan nafas doktor itu begitu berat pada pendengaranku.

IKLAN

Aku pandang wajah doktor dan jururawat di hadapanku. Bagaikan memahami pandanganku, doktor pakar di sebelah kananku berdehem. Kemudian dia bersuara.

“Maaf puan. Pendarahan puan ini mungkin tanda-tanda keguguran.”

Lembut suara doktor itu sampai ke telingaku. Namun zasssss! Bagaikan halilintar bunyinya pada pendengaranku. Sakitnya perasaan aku bagai dicabut nyawa.

Jantungku berdegup lebih laju. Dup dap dup dap. Suami aku mana? Aku tercari-cari bahu untuk aku menangis. Tapi tiada. Doktor di dalam bilik itu semuanya lelaki. Terhenjut-henjut bahuku menahan tangis. Sekeras-keras hati aku sebagai wartawan yang selalu berdepan dengan permainan duniawi ini akhirnya tewas juga dengan ujian keguguran zuriat.

“Puan balik dulu. Dalam masa seminggu jika…”

Aku dah tak berapa dengar apa kata doktor kerana fikiranku lebih kepada suami. Apa nak aku sampaikan kepadanya sedangkan baru beberapa hari lepas kami kegembiraan kerana aku positif hamil.

IKLAN

Keluar dari bilik rawatan, aku bagitahu bff apa yang berlaku. Kemudian telefon dihulur supaya aku telefon suami.

Rasa Lemah Longlai, Berdoa Pada Yang Esa Agar Zuriat Yang Dikandung Selamat

Terbayang wajah suami, aku tak mampu nak buat apa-apa. Telefon terlepas daripada genggaman. Lemah sungguh sehingga aku tiada tenaga untuk berbuat apa pun. Akhirnya bff aku yang memaklumkan kepada suami.

Malam itu suami aku menutup perniagaannya lebih awal. Dan di rumah aku duduk di atas tikar sembahyang. Berdoa supaya berlaku suatu keajaiban terhadap nyawa di dalam rahimku ini. Aku menangis sesungguhnya. Tangisan yang aku rasakan paling ikhlas dari hati dan sanubariku.

Ya Allah, sayangi aku Ya Allah. Aku manusia berdosa. Aku mengharap belas ihsan-Mu. Ampunkan aku. Sayangi aku dan berikan kekuatan kepadaku. Aku sayangkan zuriatku.

Doktor Sahkan Pendarahan Tanda Keguguran, Wanita Ini Percaya Kuatnya Kuasa Doa.  Akhirnya Janin Selamat Dan Membesar Dengan Sihat

Aku mampu hadapi ujian lambat bertemu jodoh. Aku reda diuji pelbagai hinaan kerana lambat berkahwin. Aku rela diuji pelbagai kata nista namun aku tak mampu jika kehilangan zuriat ini, Ya Allah.

Allah Dengar Doa Hambanya, Zuriat Masih Bernyawa.

Allahu. Allah memakbulkan doaku. Seminggu kemudian aku ke hospital nyata zuriatku masih bernyawa! Keajaiban apakah ini? Syukur.

Janin itu berkembang dengan sihat dan selamat aku lahirkan pada 5 Mac 2015. Terima kasih Allah. Mama sayang kakak, Salma Afifah.

Doktor Sahkan Pendarahan Tanda Keguguran, Wanita Ini Percaya Kuatnya Kuasa Doa.  Akhirnya Janin Selamat Dan Membesar Dengan Sihat

sumber: Maryam Elyas

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI