Doktor Sarankan Buat Ujian Darah Untuk Tahu Masalah Alahan Punca Anak Ekzema Sebelum Rawatan Diberi

Share

Sebenarnya untuk merawat pesakit ekzema, doktor sarankan pesakit buat ujian darah untuk tahu apa punca alahan. Bukan semua pesakit ekzema boleh terima rawatan yang sama.

Pakar Pediatrik Klinik Dr Pakar Kanak-Kanak Adda, Dr Hairin Anisa Tajuddin menulis panjang lebar mengenai cara rawatan anak yang ada ekzema dan betapa pentingnya untuk ibu ayah tahu apa punca alahan anak hingga mencetuskan ekzema.

Eczema adalah sejenis penyakit alahan. Lain tubuh badan, lain bahan yang kita sensitif or alah.

Rawatannya yang paling penting

1)Elakkan pendedahan kepada bahan-bahan yang anak-anak kita sensitif. Ramai yang tak tahu bahawa bahan or makanan yang didedahkan kepadanya sekian lama & setelah beribu kali pun boleh jadi punca alahan.

Punca keradangan di kulit yang menyebabkan eczema, or paru-paru akan jadi asthma or hidung yang akan jadi resdung.

Untuk try & error dan kenal pasti satu persatu agak sukar sebab anak-anak yang ada penyakit alahan ini akan terseksa dengan simptom-simptom keradangan akut yang teruk.

Jadi saya sarankan lebih baik buat test darah utk Allergen Test. Ada ibu seorang pesakit eczema insist anaknya tak ada alahan kepada Spagethi Aglio olio udang yang anaknya biasa makan. Saya expect mungkin pesakit ini alah kepada udang dan pesakit ini memang sangat suka makan udang.

Bila saya buat test darahnya dan hantar kpd Gribble 54 allergy panel test, 10 hari kemudian dapat result yang dia alah kepada GARLIC dan tepung gandum, tetapi tidak alah udang.

Kesimpulannya doktor pun tak boleh tentukan pesakit alah kepada apa sebab itu amat digalakkan utk buat Allergy Test.

Rawatan eczema

2) Krim antiradang (steroid) & non steroid (saya percaya kepada atopiclair sebab ada moisturiser sekaligus).

Sebelun apply krim Atopiclair, saya akan suruh ibu basahkan dulu kulitnya dengan air bersih & lap sikit. Sapukan krim ini sentiasa kulit masih lembab. Then urut krim ini hingga meresap betul-betul dalam kulit. Selalunya akan terjadi reaksi *perlawanan antara ubat antiradang & radang dlm kulit* di mana kulit pesakit akan jadi lebih merah, agak pedih, then slowly dalam 5-10 min, ada air toxin merenih keluar macam peluh daripada kulit kemerahan tersebut. Agak-agak dalam 30 min, merah itu akan kurang. Then after 1-2 hour bolehlah apply krim pelembab khas untuk eczema.

3) PLEASE APPLY KRIM PELEMBAB INI SEKERAP YANG MUNGKIN. BUKAN 2-3 X SEHARI SAHAJA.

Boleh apply banyak kali. Asalkan kulit kering aje apply krim. Jangan sesekali biarkan kulit mrngering sebab bila kering aje, start gatal & menggaru. Kuman seperti bacteria, fungus & virus akan mudah menjangkiti kulit yang alami radang.

Saya kurang percaya kpada Aqueous krim walaupun ramai doktor lain & pakar kulit lain yang berikan. Maaf masing-masing doktor punya pendapat & pengalaman berbeza.

Jenama yang kalian boleh cuba seperti Ezerra, Cetaphil, Physiogel, QV, Moogoo, Ceradan & Eucerin.

Lain tubuh lain kesesuaiannya.

Ada yang cuba pakai Extra Virgin Olive oil dan lain-lain, tapi saya tak halang untuk cuba kalau tak baik, cubalah krim yang lain.

Digalakkan untuk lembabkan kulit sebelum apply krim.

4) Pastikan mandian yang sesuai seperti jenama-jenama yang sama dengan krim pelembab di atas.

Seeloknya mandian ini bukan jenis berbuih, no fragrance & no colorant adalah paling baik.

5) Ubat antihistamine untuk tahan gatal. Penting jika pesakit terlalu gatal untuk elak menggaru teruk & menyebabkan jangkitan kuman.

Wassalam.

Sumber: Dr Pakar Kanak-kanak Adda

Published by
Hasnita Sawal