“Doktor, Saya Rasa Perut Kena Belah” Ibu Ini Kongsi Pengalaman Ngeri Bersalin Czer Anak Ke-2

Share

Bersalin secara normal atau pembedahan Czer, kedua-duanya tetap sakit. Bukan mudah nak melahirkan bayi, pengalaman sakit contraction, diseluk untuk memeriksa bukaan vagina, ditambah pula kesan jarum dan ubat-ubatan. Tak tergambar rasa sakitnya, setiap orang mempunyai pengalaman sakit yang berbeza. 

Setiap ibu pasti mempunyai pengalaman sendiri ketika berada di dalam bilik bersalin. Sama seperti ibu muda ini, dia mempunyai pengalaman ngeri saat melahirkan anak keduanya. Yang lebih menakutkan apabila dia sendiri merasai perut dibelah ketika proses pembedahan dilakukan.

Czer kali ke-2 untuk anak kedua

Anak pertama saya pernah Czer pada June 2013, disebabkan bayi songsang dan memang dah tahu dari usia kandungan 6 bulan. Cukup hari memang kena serah diri ke hospital.

Kredit:Freepik (gambar hiasan)

Anak yang kedua pula pada Ogos 2017. Doktor ada bagi pilihan sama ada nak cuba bersalin normal ataupun Czer sebab tempat jahitan semuanya masih elok. Jadi saya buat keputusan untuk bersalin secara normal.

Sampai masanya, saya masih di rumah tengah makan-makan (al maklumlah nanti dah tak boleh makan sedap-sedap) lepastu saya asyik ulang alik buang air kecil dan perut mula sakit-sakit. Saya tak rasa pelik-pelik sebab due date saya lambat lagi. Tiba-tiba rasa panas, darah mengalir dekat peha. Terkejut saya dan menangis gila-gila. Terus panggil husband, dan terus bersiap pergi ke hospital.

Sampai di hospital, saya kena tukar baju dan sebagainya, sampailah kena seluk 2, 3 kali tapi laluan masih 2CM. Saya kena stay dekat hospital, sebab tak pernah lalui pengalaman macam ni (seluk, tambah rasa contraction yang tak dapat digambarkan) sampai doktor tanya “ini anak 1st ke?”. Saya jawab “tak ni anak kedua”. Sampai kemuncaknya, saya tak tahan sangat-sangat, contraction makin menjadi-jadi, ketuban pecah sendiri atas katil. Tiba-tiba rasa basah je (saya pun tak tahu pecah ketuban) menjerit saya panggil doktor.

Doktor datang check CTG jantung bayi, entah apa yang dibincang terus doktor tolak ke wad bersalin, check laluan lagi. Masih 2CM. Doktor datang dan cakap yang saya kena buat emergency Czer dan minta saya call husband untuk berbincang.

Di Bilik OT

Mcam biasa sebab saya dah lalui masa anak pertama, kena cucuk tengah bahagian belakang, 2-3 jarum sebab jarum tak masuk. Memang sakit sangat-sangat, lepas cucuk dah settle, baringlah. Doktor dan nurse mulakan segala kelengkapan. Doktor suruh angkat kaki, so saya angkat dan memang tak boleh angkat dah rasa berat. Jadi doktor anggap, ubat dah masuk sepenuhnya. Mybe jugak doktor ada tekan perut saya tapi saya tak perasan sebab tengah layan contraction tu yang lagi menyakitkan.

Kredit: Freepik

Bermulalah pembedahan Czer

Bayangkan doktor dah toreh perut tu dah separuh, tiba-tiba saya rasa perut ditoreh.

Saya cakap “doktor sakit!! doktor toreh perut saya” semua dalam bilik OT terkejut. Doktor cakap “Jangan main-main, baby awak lemas ni”. Saya jawab “tak doktor, cuba sekali lagi tekan pisau dekat perut saya” saya cakap “doktor tengah tekan pisau dekat perut saya kan?”

Semua staff dalam tu cemas, mereka siapkan bius untuk bius saya sepenuhnya, Sampailah saya kena sedut pam hitam tu pun 3-4 kali baru mata saya terpejam. Jenuh doa dan mengucap, Takut tak dapat tengok dunia dah.

Alhamdulillah tepat jam 7.36 am, pada 10.8.2017 lahirlah cahaya mata saya Nur Shahzzeeryq Ryaddei BIN Nor Shahranei seberat 2.75kg. Sekian pengalaman saya bersalin Czer.

Betulah ibarat kata orang, ibu hamil yang pergi ke hospital untuk bersalin, perginya masih bernafas, tetapi kepulanganya belum tentu bernyawa. Besar pengorbanan isteri, ibu untuk melahirkan zuriat keturunan suami. Sanggup menahan sakit koyakan, menahan sakit perut dibelah. Hargailah insan bernama ibu.

membesar dengan sihat

Followers Pa&Ma yang nak dapatkan barangan bayi dengan harga murah, dapatkan di SINI.

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Kredit: Nurr Mellyna Fazilatul Ashikin

Published by
NuFa