Apa perasaan anda bila doktor suruh bawa balik anak yang sakit dan penuhi permintaan di hari terakhirnya. Terasa suatu beban yang amat berat untuk dihadapinya.

Walaupun hati seorang bapa sedih dan hancur memikirkan nasib anak tersayang namun dia masih mampu berkongsi info  bagaimana permulaan mengesan penyakit anaknya.

“Doktor suruh bawa balik dan penuhi permintaan ‘di hari-hari terakhirnya.” Itu kata-kata yang membuatkan hati  seorang bapa pedih dan sedih.

Kisah “Anakku Brain Tumor” pasti membuatkan sesiapa sahaja akan mengalirkan air mata.

Siapa tak sedih bila anak yang dilahirkan sihat dan sempurna, membesar dengan ceria dan aktif tiba-tiba tak mampu berjalan dan hanya terbaring menanti hari-hari terakhirnya.

Mohd Nazri Mansor menceritakan bagaimana anaknya disahkan menghadapi kanser otak setelah dibawa untuk pemeriksaan kerana kerap kali jatuh apabila berjalan.

Yang menyedihkan bila disahkan positif kanser, ia sudah berada di tahap akhir, dan doktor tidak lagi meletakkan apa-apa harapan.

Doktor menasihatkan anaknya dibawa pulang, dan penuhi sajalah permintaan hari-hari terakhirnya. Ibu bapa mana yang tak sedih dan pilu mendengarnya.

ANAKKU BRAIN TUMOR

(Kronologi penyakit anakanda Syamil dan keadaannya terkini)

Rata-rata yang datang melawat Syamil, pasti bertanya… Macam mana permulaan penyakit dia. Mudah-mudahan info ini dapat dijadikan pedoman buat pembaca sekalian.

Ads

Sungguh, penyakit dia berlaku terlalu drastik, hingga kami tidak menyedari akannya. Tiada tanda-tanda awal yang betul-betul membuat kami curiga dan buat rawatan.

Sehingga, kami dimarahi doktor. Katanya, kenapa baru bawa mari hospital? Masa tu saya amat-amat tersinggung dengan kata-katanya, seolah-olah saya saje-saje membiarkan anak yang sakit.

Darah saya meluap, Bayangkan…dikala kita betul-betul berserabut memikirkan nasib Syamil, dia pula memerli tak habis-habis. Dikala saya telah siap untuk membalas kemarahan itu dengan makian, nasib baik saya tersedar…. Yang saya sedang diuji. DIA memerhati tindak tanduk saya setelah diuji. Astagfirullahal aziiim. Saya beristighfar.

Doktor Suruh Bawa Balik, Penuhi Permintaaan Hari Terakhir Anak. Ayah Ini Kongsi Permulaan Kanser Otak Anaknya

Ceritanyaa…

a) 20hb 11 2017, Isteri saya konvo master UUM. Kami sekeluarga berangkat ke Kedah, ditemani adik ipar dan juga mertua. Waktu inilah sedikit perubahan tingkah laku syamil bermula. Dia jadi sensitif, mudah menangis, walaupun benda kecil sahaja.

b) Ada beberapa kali, Syamil menangis dalam biliknya. Saya pun pergi bertanya. Katanya dia tidak boleh pecat baju. Saya memarahinya….

Ads

“abang nih, pecat baju tak boleh pun nak menangis jugak ke? Kalau tak boleh sangat cakap je lah… Tak payah nak menangis-nangis macam budak” Saya membebel, sebab masa tu saya ada urusan penting, tetiba diganggu dengan tangisan dia. Itupun kerana tak boleh buang baju je, memang saya angin masa tu.

Tetapi kini, bila saya terkenang saat itu sekarang, saya menitiskan air mata. Ya Allah… mungkin masa itu tangannya sudah beransur lemah. Tetapi saya terus memarahi dia tanpa mengetahui sebab yang sebenar.

c) Waktu ini, kelihatan juga dia jarang menggunakan tangan kirinya. Tangan kirinya masih berfungsi tetapi mungkin sedikit lemah. Saya kata mungkin sebab masa ni saya tak de syak ape-apa. Cuma bila dah tahu penyakit dia sekarang, baru kita fikir balik…ooo patutla macam ni…patutla macam tuu…

d) 23hb 11 2017. Kami sekeluarga berangkat ke Australia melawat kakak ipar saya. Masa ni pun Syamil masih aktif. Kami ke sana ke sini tanpa ada apa-apa yang membuatkan kami risau tentang dia. Saya begitu teruja kerana dia sangat hepi ketika di sana, naik kapal terbang, satu pengalaman yang baru buat dia dan anak-anak yang lain.Syukur. Mungkin ini percutian terakhir kami bersama.

Doktor Suruh Bawa Balik, Penuhi Permintaaan Hari Terakhir Anak. Ayah Ini Kongsi Permulaan Kanser Otak Anaknya

e) Lebih kurang 2 minggu di Oversea kami pun pulang ke tanahair. Sewaktu naik flight Syamil kelihatan sedikit ketakutan, tidak seperti naik flight sewaktu datang. Kemudian, dia menekup kedua telinganya dan menangis. Adakalanya dia pegang botol air dan jatuh.

Ads

f) Sekali lagi saya memarahinya….Allahu…banyaknya dosa saya kepada dia… Ampunkan abi ya nak! Saya kata kat dia… “Abang ni….tengok adik wardah..ima.. tak nangis pun… abang tu dah besar” Akhirnya, kami tiba dengan selamat. Waktu ini Syamil masih lagi ok.

g) Kemudian, lebih kurang seminggu selepas itu, kami perhatikan cara dia berjalan macam lain. Kami pelik. Last-last dia kerap kali jatuh. Sekali dua kami tak hirau lagi. Bila dah banyak kali kami dah rasa macam ada sesuatu yang tak kena pada dia.

h) Kemudian isteri saya ingin menguji dia. Dipanggilnya Syamil dan disuruh menulis beberapa patah perkataan. ALANGKAH TERKEJUTNYA kami….. masa tu Tuhan sahaja yang tahu perasaan ini melihat tulisannya amat hodoh sekali macam budak baru belajar menulis. Barulah kami sedar, Syamil dalam MASALAH BESAR.

i) 24.12.2017 kami terus bawa dia jumpa dengan pakar kanak-kanak di KTS. Saya ingat lagi masa tu hari jumaat. Saya bagitau ejen insuran Syamil supaya aturkan juga hari tu sebab saya amat-amat bimbangkan keadaannya.

j) Setelah diteliti oleh Doktor pakar kanak-kanak, anakanda Syamil menjurus ke Strok, ada MASALAH dalam kepala dia. Untuk betul-betul pastikan penyakit dia, dia menyarankan saya pergi buat scan di HRPZ. Masa tu dunia ni dah rasa GELAP.

Terasa Gelap Dunia Bila Anak Disahkan…

k) Setelah dibuat scan, ternyata anakanda Syamil mengalami Kanser Otak di bahagian Brainstem, lokasi yang paling bahaya. Dengan itu, Doktor tidak meletakkan apa-apa harapan buat Syamil. Ada doktor memberitahu jangka hayatnya mungkin satu hingga dua tahun. Seorang lagi doktor pula menjangkakan hanya 3 atau empat BULAN sahaja. Dia mencadangkan saya bawa balik Syamil dan penuhi permintaan ‘di hari2 terakhirnya’.

l) Saya tidak menyalahkan doktor, malah berterima kasih kerana berterus terang. Oleh kerana harapannya agak tipis, jadi kami ambil keputusan untuk tidak buat kimo. Kami tidak mahu lagi melihat dia makin tersiksa. Sekiranya harapannya masih lagi 50-50, sudah pasti, walaupun perit mata memandang, kami buat juga kimo tu. Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

m) 17.01.2018 kami pun bawa Syamil pulang dengan mengharap akan berlaku keajaiban dan kami tetap REDHA apa jua ketentuan Ilahi. Sampai sekarang kami berada di rumah Kg Banggol, berubat secara tradisional dgn dibantu ubat-ubat luar.

n) Secara ringkasnya, ada 3 tanda sebelum dapat dipastikan penyakit Syamil. Pertama, tangan lemah,,, Kedua berjalan tidak stabil, Ketiga, tulisan jadi hodoh. Tanda pertama 20.11.2017, tanda kedua dan ketiga 24.12.2017. Lebih kurang sebulan je daripada tanda pertama. Tanda pertama saya langsung tidak menyedarinya…

o) Bayangkan kalau saya bawa ke hospital (ketika tanda pertama) sebagai mana yang dibebel oleh doktor, apa saya nak bagitau kepada doktor dalam keadaan saya tidak syak apa-apa yang berlaku pada dia. Takkanlah…bila doktor tanya, anak awak sakit ape? Saya pun jawab- anak saya tak sakit ape-apa,cuma dia tak dapat buang baju, kemudian dia menangis. Realitinya memang dia tak sakit bila saya tanya. Tangan dia pun masih boleh bergerak ketika itu. Agak-agak apa doktor nak cakap???? Inilah yang saya geram bila doktor memerli saya ketika itu seolah-olah saya lambat bawa jumpa doktor. Padahal masa tanda kedua dan ketiga itu memang saya dengan segera bawa dia ke Doktor Pakar.

n) Keadaan terkini Syamil……………………….bersambung

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI