Kehamilan

Doktor Terangkan 9 Sebab Ibu Perlu Kawal Berat Sebelum Hamil. Paling Menakutkan Darah Beku Pada Paru-Paru!

Share

Ibu yang mengalami berat badan berlebihan berisiko untuk berhadapan pelbagai masalah ketika hamil dan bersalin. Mendapatkan berat unggul atau pada paras yang normal merendahkan risiko yang mungkin dihadapi oleh ibu dan bayi. Paling menakutkan ialah terbentuknya darah beku yang boleh menyumbat salur darah pada paru-paru ibu dan seterusnya menyebabkan kematian.

Kawalan berat badan kelihatan mungkin kelihatan agak remeh tetapi impaknya sangat besar kepada ibu dan kesihatan bayi. Menurut Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan, adalah penting bagi memahami kenapa perlu ibu mendapatkan BMI pada paras yang normal sebelum hamil.

Berikut ialah perkongsian beliau;

Risiko BMI Berlebihan Semasa Mengandung

#1: Thrombosis

Thrombosis adalah darah beku kat kaki atau darah beku ini boleh bergerak dan sekaligus menyumbat salur darah pada peparu dipanggil pulmonary embolism.

Kehamilan itu sendiri meningkatkan peluang ibu mengandung untuk dapat thrombosis. Kalau berat badan berlebihan + mengandung = lagi senang nak dapat masalah ini.

Risiko untuk dapat thrombosis ini akan dinilai oleh doktor masa memula anda datang jumpa doktor untuk buka buku pink. Kalau perlu anda akan dimulakan ubat untuk mencairkan darah yang diberikan secara suntikan.

#2: Kencing manis masa mengandung

Kalau BMI 30 dan ke atas, anda TIGA KALI lebih senang nak kena kencing manis masa mengandung kalau nak bandingkan dengan orang yang BMI mereka bawah 25

Nak tahu ada kencing manis ke tak masa mengandung nanti doktor suruh minum air gula antara minggu 24 ke minggu 28 kehamilan. Kalau ada kencing manis nanti rawatan dan follow up dah lain. Kena pegi jumpa pakar O&G.

#3: Darah tinggi dan pra eklampsia

BMI 30 atau lebih risiko dapat pra eklampsia adalah 2 hingga 4 kali lebih tinggi berbanding dengan mereka yang BMI 25 dan ke bawah.

Bertambah-tambah senang la lagi kalau ibu;

  • Berumur lebih 40 tahun.
  • Pernah ada pra eklampsia kehamilan yang sebelumnya.
  • Tekanan darah dah memang tinggi sebelum mengandung lagi.

Kalau ada faktor ini dan faktor-faktor lain, doktor akan mulakan ubat aspirin seawal 12 minggu. Biasa sebiji dalam 300mg. So nanti korang kena belah 4, makan suku je, sehari sekali.

#4: Masalah mental

Berat badan berlebihan akan meningkatkan masalah mental masa mengandung dan selepas melahirkan.

5 RISIKO KEPADA BAYI APABILA IBU MENGALAMI BERAT BADAN BERLEBIHAN

Risiko pada bayi jika mak berat badan berlebihan ialah seperti berikut;

#1. MENINGKATKAN RISIKO KEGUGURAN

Peluang keseluruhan untuk keguguran 1 dalam 5 ( 20% ). Tak kisah kurus atau berat badan berlebihan. Tapi kalau anda berat badan berlebihan BMI 30 dan ke atas peluang untuk gugur 1 dalam 5 ( 25% )

#2. RISIKO NEURAL TUBE DEFECT

Kalau berat badan berlebihan sebelum mengandung, boleh menganggu pembentukan bayi dalam rahim. Keseluruhan 1 dalam 1000 bayi lahir dengan masalah neural tube defect, tapi jika BMI anda lebih 30 risiko ini BERGANDA jadi 2 dalam 1000.

#3. BAYI BESAR & KOMPLIKASI SEMASA BERSALIN

Kalau berat badan berlebihan, peluang untuk dapat baby besar dengan berat 4kg atau lebih tu tinggi.

Komplikasi bersalin seperti koyakkan teruk sampai lubang dubur, bahu sangkut, peluang untuk kena caesar pun meningkat.

Kalau BMI anda lebih 30, risiko ini BERGANDA dari 7 dalam 100 jadi 14 dalam 100 jika kita bandingkan dengan mereka yang BMI 20 – 30

#4. SUKAR UNTUK MEMERIKSA BAYI 

Kalau BMI berlebihan masa mengandung, anda kena ada scan tambahan untuk periksa tumbesaran bayi, kedudukan.

Biasanya misi guna pita pengukur je nak ukur saiz rahim, tapi kalau BMI anda lebih 35 tak boleh dah ukur rahim guna pita pengukur ni, memang kena scan lah jawabnya.

#5. BAYI MENINGGAL

Risiko keseluruhan untuk bayi meninggal tetiba 1 dalam 200. Kalau BMI ibu lebih 30, risiko meningkat 1 dalam 100 kelahiran.

So. Nak mengandung? Dapatkan berat badan ideal dulu sebelum mengandung. Kalau dah mengandung dengan BMI berlebihan, tak boleh buat apa dah. Jangan pulak bersenam bagai nak ‘rak’ bila da mengandung – no point, sebaliknya berbahaya kepada anda.

Yang paling bagus adalah pencegahan. KURUSKAN BADAN sebelum bercadang untuk mengandung. Bagaimana? Anda mesti tahu jawapannya. Buang pil kurus jauh-jauh ok?

Sumber: Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan

Published by
Azma ML