Proses kelahiran secara indius bukan sering dikaitkan dengan kandungan terlebih tempoh jangkaan bersalin. Tapi tahukah mama ada lagi sebab-sebab lain yang menjadi faktor kenapa indius perlu dilakukan.

Kelahiran secara indius adalah salah satu jalan yang boleh diambil bagi mengatasi komplikasi yang berlaku. Menurut Dr Siti Esah Bahari, Pakar Perbidanan dan Sakit Puan KPJ Selangor Specialist Hospital, indius ialah proses memulakan proses bersalin dengan menggunakan ubat-ubatan dan cara mekanikal.

Ia tidak dilakukan sewenang-wenangnya. Indius adalah salah satu pilihan bagi doktor yang sudah mengambil kira tempoh menunggu memberikan risiko yang tinggi kepada ibu dan bayi berbanding risiko indius.

Doktor Terangkan Indius Bukan Untuk Kandungan Overdue Sahaja, 5 Lagi Sebab Lain Yang Ibu Perlu Tahu

BAGAIMANA INDIUS DILAKUKAN

Menurut Dr Siti Esah, proses indius dilakukan dengan dua cara yang berlainan bergantung pada keadaan pangkal rahim atau ripening of the cervix. Dua cara indius akan ditentukan sama ada indius yang menggunakan ubat-ubatan atau alat-alatan.

Ubat-ubatan

Pemilihan jenis ubat-ubatan ditentukan berdasarkan keadaan semasa pangkal rahim.

-Prostaglandin ialah sejenis hormon yang dimasukkan menerusi vagina semasa pangkal rahim masih ketat (bukaan 0sm) dan tebal. Ia bertujuan untuk melembutkan serviks dan memulakan kontraksi.

-Oxytocin/ pitocin diberikan dalam bentuk cecair intravena apabila serviks sudah lembut dan ketuban boleh dipecahkan.

Alatan

Sweepe  & strecth (S&S)

IKLAN

Ia adalah satu prosedur yang memisahkan kantung ketuban bayi daripada serviks menggunakan jari tangan. Tindakan ini akan membantu perembesan hormon prostaglandin semula jadi dari tubuh anda yang bakal menggalakkan bukaan serviks.

Amni hook

Apabila bahagian serviks sudah terbuka, doktor akan memecahkan membran kantung ketuban dengan menggunakan amni hook untuk memecahkan selaput rahim dan akan dibantu oleh pitocin yang dialirkan melalui intravena.

Foley balloon cathether

Foley balloon cathether pula ialah sejenis alat yang mempunyai belon di hujungnya. Alat ini dimasukkan ke dalam pangkal rahim untuk merangsang perembesan hormon prostaglandin semula jadi yang akan membuka serviks untuk melancarkan proses kelahiran.

Doktor Terangkan Indius Bukan Untuk Kandungan Overdue Sahaja, 5 Lagi Sebab Lain Yang Ibu Perlu Tahu

IKLAN

6 SITUASI YANG MEMERLUKAN INDIUS

#1: Kandungan melepasi tarikh jangkaan (Overdue )

Ia melibatkan kehamilan melebihi tarikh jangkaan bersalin. Selalunya melebihi 41 minggu. Ia dilakukan untuk mengelakkan bayi lemas. Overdue boleh menyebabkan uri tidak berfungsi dengan baik dan kemungkinan  bayi sudah membuang air besar.

#2: Pecah air ketuban

Indius akan dimulakan sebagai langkah untuk mempercepatkan kelahiran dalam masa 24 jam. Hal ini sangat mustahak untuk mengelakkan berlakunya jangkitan kepada bayi dan ibu. Jika usia kehamilan kurang daripada 34 minggu, indius tidak dilakukan sebaliknya ibu dan bayi diberikan ubat-ubatan untuk meneruskan kehamilan. Antaranya ialah ubat untuk mematangkan paru-paru bayi.

#3: Ibu berpenyakit

Penyakit seperti praeklampsia, memerlukan indius awal bergantung pada tahap keseriusan. Selain praeklampsia, diabetes dan kegagalan buah pinggang juga adalah antara penyakit yang memerlukan kelahiran secara indius.

IKLAN

#4: Keadaan abnormal bayi

Bayi dalam kandungan yang mengalami pertumbuhan terencat, kurang pergerakan atau air ketuban yang semakin kurang memerlukan indius.

#5: Pendarahan

Ibu mengalami pendarahan atau antepartum haemorrhage yang serius atau teruk.

#6 Logistik

Permintaan daripada pasangan disebabkan oleh pelbagai sebab untuk kemudahan si ibu seperti pasangan akan keluar negara, mahu bayi lahir pada tarikh tertentu dan sebagainya.

Kelahiran secara indius lebih menyakitkan daripada kelahiran yang tercetus secara spontan. Ia akan berlaku secara mengejut dan tidak berperingkat. Antaranya ialah kekerapan, ketegangan dan ritma meningkat dengan pantas.

Berbeza dengan kelahiran semula jadi. Dengan ini, proses kelahiran akan lebih pendek. Anda perlu tahu dan menjangkakan keadaan ini serta bersedia daripada segi fizikal dan mental untuk menghadapinya.

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI