“Kakinya cukup kuat untuk tendang, untuk tahan dia punya beratnya, biasanya anak yang berusia 5 atau 6 bulan mempunyai kekuatan kaki tersebut. Whatever ibu is doing is right. Well done ibu dan Aafiyah,” Doktor Vernon puji tumbesaran Aafiyah yang positif dan pantas.
Datuk Seri Siti Nurhaliza telah memuatnaik video di akauan Instagram milik beliau ketika Siti Aafiyah yang berusia 3 bulan menjalani pemeriksaan bulanan.
Pujian daripada peminat
Ramai peminat yang teruja melihat kecomelan dan kepandaian Aafiyah. Rata-rata memuji Aafiyah pandai bergaya dan kuat. Mana tidak tumpah kuah kalau tak ke nasi kan?
Siap bersilang kaki ye Aafiyah
Sopan macam mak dia
Kuat tulang kaki Aafiyah
Kerap bawa Aafiyah berenang
Sebelum ini Siti Nurhaliza ada memuatnaik video membawa Aafiyah berenang. Mungkin ini rahsia kekuatan kaki Aafiyah. Aktiviti-aktiviti seperti ini bagus untuk tulang bayi.
Dulu ibu takde masuk baby spa sayang.. sebab itu ibu tak pandai berenang.. (Kena pakai pelampung).. Now ibu nak anak ibu pandai berenang.. bagus untuk kesihatan & tumbesaran anak ibu..
Sumber: Instagram Dato’ Seri Siti Nurhaliza