Bila terjadi sesuatu perkara pada anak, pasti ramai yang akan menunding silapnya pada ibu bapa. Tapi kita kena juga fikir, ibu bapa mana nak anaknya menanggung sakit. Cuma jika sesuatu kejadian itu nak berlaku, kadang ia diluar jangkaan.
Begitu juga kisah ibu ini, Eyra Shira yang berkongsi pengajaran pada semua ibu bapa yan gtindik telinga anak agar sentiasa periksa selalu. Ini untuk elakkan kejadian seperti anak perempuannya, Naura yang berusia 2 tahun 3 bulan.
Pengajaran buat diri sendiri, sebelum ini tak terlintas pun nak jadi sebegini. Tolong jangan kecam kerana niat saya untuk memberi peringatan.
Biasalah kita sebagai ibu pasti nak anak perempuan bergaya dan cantik. Jadi beli bertindik telinga anak, pasti nak anak pakai subang yang cantik. Mula-mula beli yang jenis biasa hilang sebelah. Selepas itu beli jenis bulat pun hilang sebelah dan ini adalah subang kali ke empat.
ARTIKEL BERKAITAN [Subang Dipakai Anak Tersangkut Pada Jaring Kipas, Cuping Telinga Terkoyak]
Kali keempat beli jenis skru, memang tak hilang tapi boleh masuk dalam cuping telinga pula. Masa mula-mula tu saya perasan subangnya termasuk sikit ke dalam cuping telinga anak.
Jadinya saya cubalah nak keluarkan tetapi Naura menangis tak bagi pegang. Sebab subang ni jenis skru. Mungkin saya salah pusing jadi subang tu semakin ketat lagi. Esoknya telinga Naura jadi semakin bengkak.
Lepas itu saya ambil keputusan untuk bawa pergi klinik tetapi semua klinik tak mahu ambil risiko kerana Naura kecil. Akhirnya terpaksa juga pergi hospital.
Masa doktor periksa, doktor ambil keputusan untuk belah sikit cuping telinga Naura. Apa yang menjadi masalah, Naura ken ikat sebab dia meronta dan boleh bahayakan dirinya.
Kesiannya bila tengok dia menangis sampai hilang suara. Doktor suruh ibu pegang kaki Naura pun ibu jadi lemah bila dengar adik menangis.
Maafkan ibu dik.. Lepas ni tak payahlah pakai subang lagi. Ibu pun jadi fobia dan kes ini benar-benar buat ibu rasa serik.
Kredit: Eyra Shira
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)